Burung tempua jantan.
Burung tempua (Ploceus philippinus) juga dikenali dengan nama cak raya, ciak raya dan ciak tempua. Burung tempua jantan mempunyai kepakaran dalam menganyam sarang yang dibina tergantung pada bahagian hujung ranting/daun pokok besar. Bagi burung tempua jantan ketelitian dan kekemasan sarang yang dianyam sangat diutamakan kerana ia adalah satu-satunya cara burung spesis memikat pasangan. Jika ia tidak berpuas hati dengan anyaman, sarang yang dalam proses untuk disiapkan akan dijatuhkan ke tanah. Tempua jantan akan menganyam sarang lain yang lebih baik. Sarang tempua dianyam menggunakan rumput kering dan akan dianyam satu persatu sehingga sempurna. Tempua jantan mampu menganyam rumput sambil terbang!
Semasa musim membiak, burung ini akan membuat bunyi bising sebagai cara komunikasi. Diet utama mereka adalah bijirin termasuk padi. Di Malaysia, burung tempua adalah spesis lindungan.
Assalam en daun, kat mana banyak burung tempua ni
ReplyDeleteAssalammualikum,
ReplyDeleteterimakasih kongsikan gambar burung tempua.Kecik je rupanya burung ni, tapi saranng buatannya besarkan.
Kasihan jantan tempua ni, kalau burung betina tak berkenaan dgn,sarang@istana yg diusahakan nya tak diterima oleh pasangannya,dia robohkan juga, haii dalam masyarakat burung pun ada perangai begini.
Tq Ardy, kamu memberi aku ilham.
@EmbunRosaliza
ReplyDeleteAs salam kak rosa,
Kat sini ada burung tempua. Dulu byk tp skrg dh mkin kurang. Dgr khbr org buru burung ni utk sarang dn dagingnya. Kesian pulak kat burung kreatif ni. Kalau musim ia membiak blh tgk sarang bergantungan pada pkk besar.
@Puteri Purnama
ReplyDeleteWa'alaikumusallam cikgu,
Burung tempua ni besar sikit drp ciak rumah tu. Sarang yg dianyam oleh tempua jantan berkali ganda saiz badannya. Ada dua jenis sarang yg dianyam oleh tempua jantan iaitu sarang utk berbuai dan bertelur. Sarang berbuai dianyam sbg langkah pertama utk memikat pasangan. Tempua betina yg terpesona akan hinggap di sarang tersebut. Sarang besar dianyam sbg aset utk mendapat pasangan. Jika sarang yg dianyam tidak berkualiti dan si betina tak terpikat, sarang tersebut akan dijatuhkan atau ditinggalkan. Si jantan akan menganyma sarang baru dgn harapan ada yg terpikat.
salam uncle.. comelnye burung tu.. pandai uncle snap..
ReplyDeleteni dah close up ke?kecik je la brung ni
ReplyDelete@LadyBird
ReplyDeleteAs salam Lady,
Burung tempua mmg cantik tp gmbr tu tak cukup sharp sebenarnya.
@ezzyra
ReplyDeleteDh close up tu. Burung tempua ni kecik je, besar sikit drp burung cak rumah tu.