Hawaiian Baby Woodrose (Argyreia nervosa) adalah tumbuhan memanjat yang juga dikenali sebagai Elephant Creeper dan Wolly Morning Glory. Ia berada dalam famili convolvulceae iaitu famili yang sama dengan Rivea corymbosa(Ololiuhqui) dan
Ipomoea violacea (Morning Glory). Pokok memanjat ini mengambil masa 18 bulan selepas ditanam untuk berbunga dan ia akan merimbun dalam tempoh 2 tahun. Ia boleh emebesar sehingga 10 meter panjang. Pokok yang mempunyai daun berbentuk hati(love) ini tidak boleh didedahkan kepada cahaya matahari secara terus kerana boleh mengakibatkan daun menjadi lecur dan kering. Hawaiian Baby Woodrose memerlukan tiang, para-para dan pergola sebagai sokongan untuk memeanjar dan menjalar.
Di setengah tempat, biji buah pokok ini dimakan dengan pelbagai kaedah penyediaan masakan. Woodrose Bayi Hawaii mengandungi LSA (d-lysergic acid amide) yang memberi kesan sampingan seperti loya, muntah, kejang perut, kecelaruan, pening, paranoia,
takut dan panik jika terlebih makan.
Morning glory ngan wolly morning glory ni lain yek, nmpk bunga seakan2....
ReplyDeleteBunga wolly morning glory dgn morning glory biasa mmg nmpk sama sbb mereka tu sepupu sepapat. Wolly morning glory atau Hawaiian Baby Woodrose ni bersaiz besar. Daunnya yg bentuk love tu sebesar pinggan nasik, bunganya sebesar gelas...
ReplyDeleteDimana saya bisa dapatkan atau membeli benihnya atau bibitnya...?
ReplyDelete