VIP Dedaun Alam

Sunday, February 5, 2012

Bismarckia Nobilis Silver

Pokok palma bismarckia nobilis silver.

Tumbuhan palma ini berasal dari Madagascar dan ia hanya terdapat di pulau tersebut sahaja. Kini ia ditanam sebagai pokok hiasan landskap di hampir seluruh negara yang mepunyai iklim yang bersesuaian. Ia lebih dikenali dengan nama silver bismarck. Palma asli kepulauan Madagascar ini mampu mencapai ketinggian sehingga 25 meter sekiranya ia hidup secara semulajadi. Kebanyakan pokok palma daripada famili arecaceae yang ditanam sebagai pokok hiasan hanya berketinggian sehingga 12 meter. Terdapat dua jenis bismarckia iaitu yang berdaun perak/biru(silver) dan hijau. Bismarckia Nobilis Silver tidak sesuai ditanam di kawasan kediaman kerana saiznya yang agak besar.

6 comments:

  1. Salam maulidurrasul buat tuan blog Dan keluarga.....

    ReplyDelete
  2. Terima kasih.... Salam maulidur Rasul juga buat mummy melati dan keluarga.

    ReplyDelete
  3. pokok ni cantik.. dan amat sesuai untuk ditanam di taman mini kat rumah.. :).. sejuk mata memandang..

    ReplyDelete
  4. Pokok palma ni mmg cantik tapi saiznya terlalu besat utk ditanam di laman rumah. Ia memerlukan kawasan yg luas dan sesuai ditanam ditepi kolam atau tasik spt dlm foto.

    ReplyDelete
  5. Ni tasik dlm Taman Lagenda. Ada entri khas utk Taman Lagenda lps ni.

    ReplyDelete