VIP Dedaun Alam

Monday, November 21, 2011

Bagai Kaduk Naik Junjung


Bagai kaduk naik junjung dalam peribahasa Melayu membawa maksud orang hina yang dimuliakan atau mendapat keistimewaan sehingga dia lupa diri dan asal usulnya. Sebenarnya peribahasa ini tercipta daripada permerhatian orang lama tentang alam dan kehidupan. Pokok kaduk dibandingkan dengan sirih yang mempunyai ciri dan bentuk pokok yang serupa. Sirih jenis pokok memanjat manakala kaduk tumbuh melata di atas tanah. Pokok sirih yang ditanam biasanya dipasang kayu pancang (dikenali sebagai junjung) untuk membolehkan pokok sirih memanjat dan mencengkam kayu pancang. Pokok kaduk lebih kecil tetapi sifatnya berdikari kerana ia tidak memerlukan kayu pancang sebagai sokongan untuk berdiri tetapi apabila ada junjung disebelahnya, ia akan menggunakan junjung tersebut. Kaduk akan membesar bersama junjung dan terlupa seandainya junjung patah atau rebah, ia turut sama rebah kerana batang pokok kaduk sudah tidak dapat menanggung berat yang selama ini disokong oleh junjung. Selagi ada junjung, kaduk terus lupa diri... Dalam kehidupan kita, ada yang bersifat seperti kaduk naik junjung ini.

22 comments:

  1. buat colek daun kaduk ni best, segar dari ladang hehe. org buh juga dlm gulai kawah mmg best

    ReplyDelete
  2. salam...ade jgak eh peribahasa cm 2..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takan tak pernah belajar peribahasa ni kat sek?

      Delete
    2. Bdk wechat mn tau peribahasa ni..

      Delete
    3. peribahasa ni dari zaman nenek moyang kita lagi dh ada..cma zmn sekang ni je kt sekolah cikgu2 xpernah guna peribahsa ni..sb cikgu2 sekang pn xpernah tgk pokok kaduk..apatah lagi memakannya..

      Delete
  3. @EmbunRosaliza
    Daun kaduk yg ni mmg segar dr ladang. Ada kat blkg umah je, blh la nk buat colek daun kaduk tu. Selalu juga mkn sbg ulam biarpun tak berapa nk sedap rasanya..hehe..

    ReplyDelete
  4. @ezzyra
    Ada la peribahasa mengenai kaduk ni. peribahasa dlm Dedaun Alam semua yg berkaitan dgn kehidupan.

    ReplyDelete
  5. macam nie rpanya pokok kaduk. :)

    ReplyDelete
  6. @Melati Qistyna's Mummy
    Pucuk kaduk blh dimkn sbg ulam (celur dulu), dimasukkan dlm masakan. Ianya sgt baik utk kesihatan..

    ReplyDelete
  7. @Marniey
    Mcm tu la rupa pokok kaduk. Lbh kurang pkk sirih tp ia lbh kecik.

    ReplyDelete
  8. daun ni sedap kalau bubuh dlm bubur lambuk.. tp kalau terlebih taruk.. jd x sedap..

    ReplyDelete
  9. Org buh daun kaduk dlm bubur lambuk ke? Tak tau pula saya..hehe.. Kalau terlebih masukkn daun kaduk ni mesti bau dan rasanya dh tak sedap.

    ReplyDelete
  10. sasaorang yang sering berbicara semborono mengenai sesutu tajuk tanpa ditegur lama kelamaan akan diterima olih kumpolan2 pendengarnya yg kurang arif pengtahuan mereka. Masaalah akan timbul apabila ugama diputar putar dengan issu politik/penghidupan semasa. Ada juga yg menganjorkan ceramah2 kononnya mengenai agama,ttp tujuan terpenting mereka adalah mengutip "derma perjuangan"untuk peribadi mereka yg mendapat sambutan hangat dgn bijak diselit banyak jenaka dan mengaibkan musuh2 politik mereka. Usaha semacam ini kian memecah belahkan perpaduan sesama muslim kerana mereka yg digajikan untuk mengawasi dan membendungnya perkara ini dari berlaku takut bertindak, selain merungut rungut saperti rakyat di kedai2 kopi ,agar hal sademikian tidak dilakukan olih oknum2 yg terlibat. Menteri ugama pun nampak semacam terkedu dari bertindak tegas, diantaranya memberhentikan mereka yg lesu dari menjalankan tanggogjawab mereka,dan digantikan dgn orang2 responsif saperti umpamanya harussaini, ,.........Akibat kecuain yg berlarutan ini olih pihak2 berwajib, ujudlah sekarang ramai anasir2 kadok naik junjung ,tersohor diantaranya adalah saperti dato nik aziz, azhar idrus, dll.

    ReplyDelete
  11. Salam, mohon copy paste masuk ke facebook saya, saya mention blog tuan.

    ReplyDelete
  12. sdaya nak ambil text rencana ini... :P :D :)

    ReplyDelete
  13. Thank you for your post, I look for such article along time. myself very happy to read it because it can give me more insight, thanks.. Visit my blog..thankyou

    Bet88
    Sbobet88 Casino
    Dewaslot77
    Poker77

    ReplyDelete