VIP Dedaun Alam

Thursday, September 29, 2011

Petola Segi

Petola segi adalah antara sayuran jenis buah yang mendapat permintaan tinggi di pasaran.

Petola segi atau nama botaninya Luffa acutangula merupakan tumbuhan jenis memanjat daripada famili cucurbitae. Petola segi berada dalam famili yang sama dengan timun batang. Pokok sayuran jenis buah ini berasal dari India. Terdapat tiga jenis petola yang biasanya ditanam sebagai sayuran di Malaysia iaitu petola segi, petola bulat dan petola ular. Buah petola segi (rujuk foto) berukuran diantara 20-40 cm panjang. Buahnya berwarna hijau dan mempunyai garisan bersegi tirus dari bahagian tangkai sehingga hujung buah.

Buh petola segi dimakan sebagai sayuran. Ia biasanya dimasak lemak, digoreng tumis, masak bening (sayur air/sup), dan pelagai jenis masakn. Ia juga boleh dicelur dan dimakan sebagai ulaman. Selain daripada buah, pucuk dan muda petola segi boleh dimakan sebagai sayuran. Daun petola segi boleh digunakan sebagai rawatan herba. Daunnya yang ditumbuk hingga lumat dan ditampal pada kulit digunakan untuk meredakan demam panas dan merawat penyakit kulit. Biji petola segi dimakan untuk menggalak muntah. Ia juga dimakan sebagai julap. Jika berlebihan ia akan menyebabkan keracunan.

14 comments:

  1. OOoh buah tenne mmg sedap di msk lemak putih pas tu mkn ngan ikan goreng, ulam cicah budu, mmg terangkat pinggan beb...lama tak beli sayur ni, anak2 tak berapa nak suka sayur gini, sayuran daun je mkn huhu

    ReplyDelete
  2. Buah tenne ni mmg plg best dimasak lemak putih..kna pulak ada ikan atau ikan kering goreng.... Celur...lps tu cicah budu...perghhh... Anak2 menakan tak suka mkn sayur jenis buah ke? Tp ok juga sbb diorg mkn sayuran berdaun.

    ReplyDelete
  3. salam...
    apsal nama dia petola segi?tp kita dok pnggil 1 nma je..hehe

    ReplyDelete
  4. As salam egie,
    Nama standard dia mmg mcm ni sbb ada tiga jenis petola yg ditanam di M'sia ni. Bahasa Kelate plg spesifik istilahnya krn ada nama yg bbeza bg setiap sesuatu. Petola segi dipanggil tenne, petola ular kita panggil tollo ular, dan petola bulat tu dipanggil tollo.

    ReplyDelete
  5. wat sayur air boh lada bena sedap neh..make ngan ikan goreng pergg sedap tak hengatt..
    snap kat umah bonda ke ni?nmpk kcg pepel blkng tuh

    ReplyDelete
  6. Sayur air tenne buh lado bena mmg best. Kena pasangannya ikan goreng. Sedap tak hengat..haha.. Ni pkk yg bonda tnm la. Nk tnm sendiri blm ada masa lg. Lps ni nk bkebun semula..hehe.. Biji benih dh mcm2 jenis ada dlm simpanan. Dr labu hingga ke sawi.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum en daun.
    kat pasar satok petola yg dijual panjang2. hehe... kata penjual tu petola import. rasanya mmg berbeza dr petola tempatan. manis bila dimasak tumis air+suhun+fucuk. kulit luarnya pn nmpk cantik hijaunya.

    ReplyDelete
  8. Wa'alaikumusallam kak anis,
    Yg kat pasar Satok tu petola segi ke? Atau petola ular yg pjg2 tu. Kalau di Sarawak, sayuran diimport dr mana ye? Indonesia kot.

    ReplyDelete
  9. air lebihan celor tenne, saya pernah buat kuah untuk makan nasi, kebetulan ari tu tak nyanyur, jadi makae nasik pun tak menyakut, haa..ha..haa..

    nasib baik budu dan celor tenne membantu.....menambah lalu.....

    makan bersederhana,untuk mengelak dari mengambil kolestrol,ayam,serta makanan berminyak..

    tak apalah...kita mengamalkan makanan bersinggang....atau sayur air......pun ada juga selera kan....

    ReplyDelete
  10. Plg suka petola masak lemak putih dan sayo air boh lada hitam byk2..... Up ngan ikan grg, mmg x pandang kiri kanan, heheheh

    ReplyDelete
  11. :zul permatang badak
    Air celur buat kuah tu blh tp rasanya tawar. Kna bg masin sikit. Budu atau sambal tu mmg dh kena gayanya.. Saya pn suka masakan jenis tidak berlemak ni. Kalau asyik yg bsantan, lebih byk kolestrol dlm bdn. Lauk singgang dan air ni mudah dn sihat.

    ReplyDelete
  12. :Melati Qistyna's Mummy
    Petola mmg sgt sinonim dgn masak lemak putih dan sayur air buh lada hitam tu. Ikan goreng tu mmg pasangan secocoknya..

    ReplyDelete
  13. Petola segi ni sedap kalau kita masak lemak putih.

    ReplyDelete