VIP Dedaun Alam

Friday, February 18, 2011

Gemunggal

Buah gemunggai yang matang.


Nama Botani : Moringa Oleifera

Pengenalan

Pokok gemunggal yang juga dikenali dengan nama kelor dipercayai berasal dari Himalaya, India dan kemudian disebarkan ke benua Afrika, Asia Tenggara dan Asia Barat. Di beberapa negara Afrika, ia dijadikan tanaman untuk program pemulihan tanah yang tidak subur, kering dan gersang. Pokok ini sangat lasak dan ia mampu tumbuh dan hidup di kawasan yang tandus. Di Malaysia, pokok gemunggal biasanya ditanam sebagai tiang pagar kerana ia mudah hidup. Pokok ini juga dikenali sebagai kacang kelo, kilo, munggai, murunggai dan gemunggai. Ketinggian pokok gemunggai mencapai sehingga 10 meter. Pokok ini mempunyai daun yang bersaiz kecil dan berbatang agak rapuhya rapuh. Bunganya keluar secara berjambak dan buahnya dalam bentuk lenggai yang berdiameter kira-kira 6cm dan panjangnya sehingga 60cm.

Kegunaan

Buah gemunggal atau kelor ini boleh dimakan dan ia digunakan dalam masakan. Daunnya juga boleh dijadikan bahan masakan seperti masak lemak atau digoreng bersama telor. Ia sebenarnya kaya dengan vitamin B, B1, B2, B3, C, D, E, antioksidan, fiber dan sumber klorofil yang tertinggi. Daunnya digunakan untuk merawat gusi berdarah, anemia , mengimbangkan dan memulihkan sistem fungsi badan. Akarnya yang pahit boleh ddigunakan untuk membantu sistem penghadaman, mengatasi masalah kecacingan, mengatasi sembelit, melegakan sistem saraf dan meningkatkan tenaga batin.

Pokok ini mengandungi kompaun yang dikenali sebagai cytokini. Ia mampu untuk mempercepatkan tumbesaran. Kajian saintifik telah membuktikan cytokini mengandungi unsur anti penunaan. Ini bermakna ia boleh dijadikan bahan awet muda. Daun, buah, batang dan akar pokok gemunggal diproses untuk menghasilkan teh, minyak, salad, syampu, sabun, jus dan kosmetik.

Ia juga mengandungi beta sitosterol yang berpotensi untuk menurunkan tekanan darah dan mempunyai nilai tinggi dalam bidang perubatan India (Ayurveda). Pokok ini bersifat bebas toksik.

5 comments:

  1. Hari banyak sangat pkk mungai ni kawasan umah akk..tapi semenjak jiran india sebelah umah tinggal, habis semua pkk kena tebang huhuh

    ReplyDelete
  2. :kak Rosaliza
    Pkk ni berasal dr India dn kaum india mmg suka mkn buah dn daun pkk ni. Bg kaum India, ia dipanggil murungay.

    ReplyDelete
  3. :alla
    Mgkn alla tak penah tgk sbb kat kg kita mmg takdak pkk ni. Kat Utara byk org tnm. Kat Penang msti ada pkk ni. Cba tgk pkk yg daunnya kecik2 dn buahnya mcm kacang sebesar ibu jari.

    ReplyDelete
  4. Sedap buat masak kari.. Tau psl pokok ni pun sbb mmbe tmpt kje aku msk dia share sikit so mcm ok laaa buat msk lari gntikan dgn bendi..

    ReplyDelete