Pokok herba ini dikatakan dapat mengurangkan tekanan darah tinggi
Pokok herba semusim yang biasanya tumbuh meliar ini sebenarnya penulis tidak mengetahui nama panggilannya. Tiada sebarang rujukan yang penulis temui mengenai tumbuhan renek ini. Pokok ini hanya berketinggian sekitar 30cm dan apabila ia mengeluarkan bunga, pokoknya akan mati setelah semua bunganya mekar. Satu-satunya khasiat yang penulis tahu mengenai pokok ini adalah pucuknya dimakan sebagai ulam untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Dan kerana itulah pokok ini dikenali dengan nama 'pokok ubat darah tinggi'. Jika ada pembaca yang mengenali dan tahu nama sebenar pokok ini, sila beri komen. Terima kasih.
Akar ginseng jawa
ReplyDeleteTrma kasih bg info ni.
ReplyDeletePokok Ginseng Jawa atau Akar Som dan nama botaninya Talinum crassifolium Willd
ReplyDeleteDaun pokok ini dikatakan boleh melancarkan pengeluaran susu ibu, manakala akarnya digunakan sebagai ubat batuk dan asma, Mengatasi badan lesu, pening serta merawat lemah tenaga batin.