VIP Dedaun Alam

Wednesday, April 7, 2010

Kuini

Buah kuini yang telah masak
Kuini atau naman botaninya, Mangifera odorata Griffith adalah tumbuhan yang sekeluarga dengan bacang. Kuini dikenali dengan nama krini di Kelantan dan konen di utara Semenanjung Malaysia. Ciri-ciri yang terdapat pada pokok kuini menyamai pokok bacang tetapi pokoknya lebih rendah. Buah kuini bersaiz kecil, lebih harum baunya ketika masak dan tekstur isi lebih lembut berbanding dengan buah bacang. Isinya juga lebih padat serta seratnya lebih halus daripada bacang. Rasa isinya lebih manis dan sedap jika dibandingkan dengan saudara terdekatnya iaitu bacang. Buah kuini dimakan segar setelah masak dan ia juga boleh dijadikan sambal belacan. Buah kuini yang muda biasanya dibuat kerabu atau dimakan bersama pencicah.

2 comments:

  1. Buah kuini ni sedap dan baunya wangi tp makin pyh nak jumpa dah skrg ni. Tak lama lagi, ia akan termasuk dlm kategori buahan nadir.

    ReplyDelete