VIP Dedaun Alam

Sunday, March 18, 2012

Lagenda Dalam Taman - Part 2

Kisah Lagenda Dalam Taman Part 2 adalah kesinambungan daripada Lagenda Dalam Taman Part 1

Pulau Jong. Arca jong karam sebagai petunjuk kepada nama sebuah pulau di Langkawi.

Nama tiga buah pulau di sini berkisahkan lagenda dan mitos mengenai kerbau balar.

Duyung dan bola emas.

Pulau Kentut Besar dan Kentut Kecil adalah antara gugusan pulau di Langkawi.

Telana dan Telani.

Telani dan Telanai mengisahkan mengenai percintaan di antara seorang dayang istana bernama Telani dengan kekasihnya,Telanai, seorang pahlawan. Selepas mengalami malapetaka berturut-turut, Sultan yang mendapat tahu mengenai hubungan tersebut telah menyalahkan hubungan dayang istananya itu sebagai punca malapetaka tersebut. Sultan kemudiannya telah memerintahkan Telani dibuang daerah ke sebuah pulau yang sunyi iaitu Pulau Dayang Bunting. Di situ Telani telah melahirkan seorang anak lelaki. Tidak lama kemudian, Telanai pun belayar menuju ke pulau tersebut bagi mengubati rindunya terhadap Telani dan anaknya. Semasa pelayarannya, secara tiba-tiba, kilat sambar-menyambar bersertakan guruh-gemuruh. Anak Telani yang sedang nyenyak tidur di pinggir tasik terjaga ketakutan, lalu terjatuh ke dalam tasik itu. Setelah kabus hilang, Telanai telah bertukar rupa menjadi sebuah pulau yang kini dikenali sebagai Pulau Tajai, sementara Telani pula menjelma sebagai batu besar di tempat dia menangis. Menurut cerita, seekor buaya putih kerap cerita muncul berenang di antara Pualau Tajai dan batu besar itu. Dikatakan bahawa buaya itu adalah jelmaan anak pasangan kekasih tersebut.

Friday, March 16, 2012

Lagenda Dalam Taman - Part 1

Lagenda dalam taman adalah konsep dan tema Taman Lagenda Langkawi. Dalam taman ini dibina arca  atau binaan yang mewakili lagenda dan mitos Pulau Langkawi. Hampir semua mitos dan lagenda ini merupakan nama tempat atau daerah di Langkawi. Lagenda dan mitosnya akan saya update kemudian..

Arca cincin. Tanjung Cincin.

Ayer Hangat.

Dulunya air mengalir keluar dari mulut kendi ini sebagai simbol air hangat tertumpah. Sayang pula ia terbiar tanpa penjagaan betul oleh pihak berkenaan. Air hangat yang mengalir dari sini akan mengalir ke bahagian bawah dan di situ wujud sebuah telaga air panas yang kini dikenali dengan nama Ayer Hangat.

Kuah yang tertumpah dari belanga pecah. Belanga Pechah dan Kuah nama tempat di Langkawi.

Belanga Pecah.

Wednesday, March 14, 2012

Burung Tuwu @ Asian Koel

Burung tuwu jantan

Burung tuwu jantan akan mengeluarkan bunyi, koo-ooo dengan kuat, nyaring dan berulang-ulang dari pagi(waktu Subuh) sehingga senja. 


Bunyian burung tuwu yang saya rakam. Bunyi kuat daripada burung ini boleh didengari dari jarak hampir 1 km.

Burung tuwu atau asian koel atau nama saintifiknya, Eudynamys scolopaceus daripada famili Cuculidae adalah burung tempatan. Ia juga terdapat di beberapa negara Asia lain termasuk India dan China. Burung dewasa jantan spesis ini bersaiz antara 39-46cm. Musim membiak bagi burung tuwu di Asia Tenggara adalah di antara Mac hingga Ogos). Sewaktu musim membiak, burung tuwu jantan akan berbunyi tanpa henti dari pagi sehingga senja sebagai panggilan untuk menarik perhatian pasangan. Burung tuwu betina berwarna kelabu dan berbintik putih pada kesuluruhan bahagian badan. Spesis ini mempunyai reputasi yang kurang baik, iaitu bersifat parasit. Semasa musim bertelur, ia akan menggunakan sarang yang dibina oleh spesis burung lain. Ia akan memakan telur burung dalam sarang yang dipilih dan burung tuwu betina akan bertelur sebagai ganti. Telur burung tuwu akan dieram oleh burung asal(pemilik sarang) sehingga menetas. Dan selepas itu mereka mengambil alih tugas untuk menjaga anak. satu taktik yang bijak tetapi agak sadis.

Sunday, March 11, 2012

Roystonea Regia

Roystonea regia lebih dikenali dengan nama royal palm.

Roystonea regia merupakan tumbuhan jenis palma yang berasal dari Florida, Cuba, Kepulauan Carribean, dan Mexico. Spesis ini merupakan palma yang seing mendapat tempat untuk ditanam sebagai pokok hiasan. Ia sering ditanam sebagai penghias jalanraya atau lebuhraya dan taman berskala besar dan  luas. Pokok palma dari famili arecaceae ini dikenali sebagai royal palm. Ketinggian palma ini mencapai sehingga 30 meter. Tidak sesuai ditanam sebagai pokok hiasan di laman rumah yang terhad kerana saiznya besar dan tinggi..

Friday, March 9, 2012

Phoenix Roebelenii

Phoenix roebelenii dikenali dengan nama dwarf date atau pygmy date

Pokok jenis palma daripada famili arecaceae adalah tumbuhan yang berasal dari Asia Tenggara dan Barat Daya China. Tumbuhan ini banyak ditanam sebagai pokok hiasan landskap kerana bentuk pokok yang cantik, senang dijaga dan tidak terlalu besar. Ketinggian maksimum pokok palma ini adalah 3 meter sahaja.  Tumbesaran dwarf date atau pygmy date agak perlahan dan ia membiak melalui biji benih.

Wednesday, March 7, 2012

Bunga Cemumar, Tebuan, Lebah Dan Kelulut


Pokok cemumar berbunga dengan lebat. Bunganya yang belum mekar sedap dimakan sebagai ulam dan jika rajin ia boleh dijadikan kerabu. Bunga cemumar bersaiz kecil dan apabila kembang, ia tidak lagi sesuai dijadikan ulaman. Bunga-bunga cemumar yang mekar dalam kuantiti banyak pasti akan menarik perhatian serangga penghisap madu. Tebuan, lebah, kelulut, penyengat, rama-rama, burung dan beberapa lagi jenis serangga yang menjadikan madu sebagai makanan akan berlegar di pokok cemumar untuk menghisap madunya.

Sunday, March 4, 2012

Rhapis Excelsa

Pokok Rhapis excelsa menjadi pilihan untuk ditanam sebagai hiasan landskap kerana ianya lasak, mudah dijaga dan lambat membesar.

Rhapis excelsa merupakan tumbahan jenis palma daripada famili arecaceae. Tumbuhan palma ini berasal dari negara China dan ia ditanam di hampir seluruh dunia sebagai pokok hiasan. Rhapis excelsa dikenali dengan nama palma buluh atau bamboo palm. Pokok palma ini lebih menyerupai palas tetapi saiznya lebih kecil dan rendah. Ketinggian pokok ini sekitar 4 meter dan membiak melalui pecahan rumpun serta biji benih.