VIP Dedaun Alam

Tuesday, September 3, 2013

Kebun Kecil Tepi Pagar - Keladi Johor


Keladi Johor yang ditanam beberapa bulan yang lalu membesar dan membiak dengan banyak. Bila tiba musim hujan ia membiak dengan cepat dan banyak dan tiba masanya untuk dituai. Hanya anak-anak keladi dan sulurnya dituai, pokok induk dibiarkan. Keladi Johor yang dituai ini telah pun selamat dimasak asam pedas. 

27 comments:

  1. asam keladi sedap tu ada pulak sambal ikan goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak asam keladi mmg sedap. Kena pulak kuah yg pedas2..

      Delete
  2. assalam che adry,
    ingat pernah makan keladi mcm nie masak air letak udang kering ..mmg sedap..tp sy kengkdang alah ngan keladi..cepat rs gatal bila makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusallam ummu,
      Saya suka dan selalu jugak makan sayur keladi ni sbb tu tanam sendiri utk stok keladi segar. Ada jenis2 keladi yg tak rasa rasa gatal spt keladi pinang dan keladi johor ni. Ada petua dan cara utk hilangkan rasa gatal keladi yg kita nak makan/masak. Yg pertama dan paling penting, kulit luar atau kulit ari perlu disiat/sepat. Lepas tu masak seketika dalam air yg dicampur sedikit garam dan asam keping(gelugur). Kemudian angkat dan toskan.

      Delete
  3. salam che adry,
    slim betul keladi Johor ni ye...masak lemak kuning pun sedap..tp betul kata ummuaidan tk berapa berani mkn keladi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam @na,
      Yg slim ni anak2 keladi johor tu. Mak dia gemuk2, sayang pulak dan tuai sbb mereka beranak dengan banyak. Kalau takut gatal, @na boleh cuba petua yg saya terangkan kpd ummu. InsyaAllah keladi tak gatal bila dimakan.

      Delete
  4. Sedapnya. Kebetulan ada beli kat Pasar Larkin.tp belom masak lagi....agaknya spesis keladi Johor la tuh kan...hehehe ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..kalau beli kat Larkin tu, kemungkinan besar ianya keladi johor sbb mmg beli di Johor.

      Delete
  5. Salam Adry,

    Mak Aji pernah masak keladi berpuluh tahun dulu. Semasa menyiangnya takde rasa miang, bila dicuba kuahnya, terasa miang hingga ke tenggorokan, sampai terbatuk-batuk. Sejak itu xde lagi beli keladi, apa lagi memasaknya. Sekadar makan yang orang dah siap masak aja. Macam mana kita nak tahu keladi miang atau tidak ya??? Mak Aji phobia sampai sekarang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam mak aji,

      Mak aji boleh cuba cara dan petua yang saya berikan pada ummu kat atas tu utk hilangkan kegatalan keladi. Nak kenal keladi yg boleh dimakan atau tidak tu mmg payah kecuali kita dah kenal jenis2 keladi yg boleh dimakan.

      Delete
    2. Terima kasih atas info. Insya-Allah akan cuba nanti!

      Delete
    3. Mak aji blh cuba petua tu nanti.

      Delete
  6. Replies
    1. Kenapa kak t delete komen yg ni. Saya sempat baca tp blm reply pun lagi.

      Delete
    2. kak t tekan2 pas tu terdelete...nak delete yang baru tulis. Sory sangat

      Delete
    3. Saya ingat lagi petua yg kak t berikan dlm komen tu. Guna buah pinang kan. Nak guna pinang yg mana? Masih muda, matang atau dah masak? Pinang jeruk?

      Delete
    4. Pinang masak boleh, pinang yang dah kering tu boleh. Biasanya kalau bulan puasa macam jadi kemestian pulak masak sayur keladi ni dan makan bersama nasi ulam. Kalau balik kampung mak akan 'mendera' kak t turun ke kawasan keladi yang lembab2 tu untuk potong pokok keladi. Ada petua juga masa nak ambik keladi ni: tak boleh bertindih bayang kita masa nak potong pokok keladi ni. Kak t ikut je le petua ni, tak rugi pun...insyaallah petua ni akan diturunkan lagi pada generasi kami yang akan datang...

      Delete
    5. Bagaimana dengan rasa dan bau buah pinang tu kak t? Ia masuk dalam masakan sayur keladi tak?

      Delete
    6. Tak mempengaruhi rasa pun sebab kita kacip bagi nipis. 1 potong kecil pun memadai..

      Delete
    7. Haha..saya ingat kot buh sebiji pinang dalam tu... Letak sepotong/sehiris pun dah cukup ye. Blh cuba nanti.

      Delete
  7. Replies
    1. Kak t ubah nama url blog, kena setting lain utk letak link dlm blog ni.

      Delete
  8. Replies
    1. As salam cikgu,

      Sedap bagi org yg suka makan sayur keladi spt saya ni. Ada org yg tak suka sbb kata depa, sayoq keladi ni gatai..hehe..

      Delete
  9. Sy x suka sgt mkn asam pedas kelali sbb klau sy makan mesti rasa gatal. Mak sy cakap darah sy sejuk sbb tu rasa gatal klau mkn asam pedas keladi ni... tak tau la bila nk tggu darah panas supaya keladi ni x gatal dlm mulut sy... hehehe. Part yg paling sedap sulur anak keladi... bila tengok sedara mkn, mmmmm sedapnya. Sabo jela...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau adila sorang yg rasa gatal bila mkn sayur keladi dan org lain yg mkn masakan sama tp tak rasa gatal tu dah tentu bkn berpunca dr keladi. Betul kata mak adila tu, ia tak serasi dgn darah.

      Sulur keladi lbh sedap berbanding pokoknya. Sulur anak keladi blh dimkn biarpun pokok induknya tak blh dimkn krn gatal.

      Delete
  10. Sayur keladi mmg sedap kalau masak air campur budu ...pernah makan kat Tganu

    ReplyDelete