Seperti yang telah saya janjikan sebelum ini, menu masakan menggunakan siput rodong akan dipaparkan di sini. Tak ramai yang mengenali, melihat dan merasa siput rodong ini. Dua jenis masakan yang boleh dibuat menggunakan siput rodong adalah kerabu dan gulai lemak. Untuk menyediakan masakan ini, isi siput rodong perlu dikeluarkan daripada cengkerangnya dahulu. Caranya, kita perlu mengetuk cengkerang menggunakan benda keras seperti tukul, belakang parang dan sebagainya. Isi yang diperolehi perlu dibersihkan kerana biasanya ia bercampur pasir atau selut. Kepingan berbentuk bulat (berfungsi sebagai injap) yang menutup isi dan cengkerang juga perlu dibuang.
Kerabu siput rodong bersama kacang botor (botor bukan botol). Isi siput rodong pejal seperti mana siput jenis lain dan ianya diakui sedap dan unik.
Gulai lemak siput rodong bersama keledek. Pasangan terbaik untuk masakan jenis ini adalah betik matang.