Tuesday, October 4, 2011

Ara Songsang

Pokok ara songsang yang lebih dikenali dengan nama rumput Israel.

Nama Botani : Asytasia coromandeliana
Famili : Acanthaceae

Pokok ara songsang berasal dari Malaysia. Ramai yang mengenalinya dengan nama rumput Israel. Tumbuhan jenis rumpai ini juga dikenali dengan nama akar ruas-rusa dan pengorak. Terdapat berapa spesis pokok ara songsang yang dibezakan melalui bentuk dan saiz bunga atau pokoknya. Ia tumbuh secara meliar di kawasan terbiar, kebun, halaman rumah dan ladang. Pokok ini lebih menggemari kawasan yang terlindung daripada pancaran matahari. Ia mempunyai batang yang beruas, lembut dan berair. Ia membiak dengan cepat melalui keratan batang dan biji benih. Ara songsang dipanggil dengan nama rumput Israel kerana ia cepat membaik dan akan menguasai sesuatu kawasan dengan pantas. Tumbuhan rumpai tidak disukai oleh pekebun dan petani.

Biarpun dianggap sebagai tumbuhan perosak tetapi ia juga mempunyai  khasiat dalam perubatan herba tradisional. Daun pokok ara songsang yang dilumatkan dan ditampal pada tempat berkenaan boleh digunakan untuk merawat luka dan bengkak. Untuk melawaskan pembuangan air kecil, pokok ini direbus dan diminum air rebusan tersebut. Daun pokok ini yang ditumbuk bersama bawang digunakan untuk merawat masalah kekejangan otot. Akar pokok ara songsang yang dimakan bersama pinang dikatakan berkesan untuk mengatasi batuk. Selain berguna sebagai perubatan herba, pokok ini juga amat digemari oleh haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan arnab.

20 comments:

  1. Tak nampka cam rupa paras pokok ara pun..awat la..nama ara songsang huhuhu..kompius den

    ReplyDelete
  2. saya cabut je pokok ni.....subur sangat laa...kalau kaw tu dibaja dgn tahi ayam.......paling suka duk kat umbi limau nipis.......kita nak tarik pun susah, asyik terkena duri limau.......

    pah tu...oiii cepat betul...menopoli kawasan.......patutlah petani membebel...

    ReplyDelete
  3. salam kenal...

    saya pun selalu je buang pokok ni... klu dia ada habis pokok kangkung tak boleh hidup... dia monopoli tpt tu...

    minta tolong... kalau boleh singgah di sini untuk namakan pokok yg saya tak kenal ini... http://ejamaria.blogspot.com/2011/09/entry-khas.html

    terima kasih...

    ReplyDelete
  4. :lina_pg
    Namanya pn ara songsang.. Mmg songsang la dari pkk ara yg betoi..hehe.. Ramai org panggil pkk ni rumput Israel.

    ReplyDelete
  5. :zul permatang badak
    Pkk rumput Israel ni mmg membiak dgn cepat. Kita buang hr ni, tak smpai seminggu dh meriah balik pkk ni tumbuh. Dh tu ia blh hidup kat mana2 pn. Sbb tu org pakat panggil pkk ni rumput Israel. Kalau ada lembu atau kambing blh cabut pkk ni bg mkn.. Arnab cukup suka mkn pkk ara songsang/rumput Israel ni.

    ReplyDelete
  6. :ejaMaria
    As salam, pkk ni mmg kita buang sbb ia akan menguasai satu2 kawasan dgn pantas. Walaupun ia dianggap rumpai tp ada juga gunanya, bunganya cantik. Dh gi komen n3 tu..

    ReplyDelete
  7. Assalam..fuhhh nama timbangannya takut dengar, rumah akk pun byk pkk ara ni, tapi akk panggil pkk loceng, munge dia mcm loceng tu, ada byk pesen bungakan

    ReplyDelete
  8. mesti rumput ni jahat kan kan...nama pun rumput israel...he he he

    nak tanya apa nama cili kat Lovely Kitchen ni...tq...

    http://e-nalovelykitchen.blogspot.com/2011/10/pedas-gilerrr.html

    ReplyDelete
  9. ada juga ara songsang ek, ingat ada ajaran songsang aje, :P

    x nmpk cm pokok ara pon, mmg x penah tgk, atau mungkin tgk pon xtau namanya.... ni dah tgk gmbr pon lom tentu tgk real leh cam.... :)

    ReplyDelete
  10. :EmbunRosaliza
    As salam kak rosa, kita panggil pkk ni pkk bunga loceng. Ramai yg guna istilah rumput Israel sbb ia rumapi yg cpt menguasai dn menyusahkan.

    ReplyDelete
  11. :E-na Lovely Kitchen
    Rumput spesis mmg menyusahkn petani dan pemilik rumah jika ia tumbuh. Dlm jangkamasa yg singkat ia akan memenuhi kwsn tersebut. Dh tu ia cpt membesar dn membiak. Cili yg buah kecik2 tu ke??

    ReplyDelete
  12. ara songsang ke nmanya..mmg xde rupa pkok ara...bunga dia cntik la...hehe...

    ReplyDelete
  13. Ara songsang nama standard pkk ni tp ramai org panggil rumput Israel sbb ia menyusahkan orang.. Kita panggil pkk bunga loceng. Dulu selalu cabut pkk ni bg kat arnab. Igt tak ada arnab umah kita dulu?

    ReplyDelete
  14. puteh n aftus...tp sume dah mati...huhu...

    ReplyDelete
  15. Haha...abe pn dh x igt nama2 arnab kita tu. Egie sbt br teringat smla. Nama puyuh yg sekor tu igt la lg. Hector namanya sbb kepala dia goyang mcm robot..hehe..

    ReplyDelete
  16. e-na suka sgt dgn explanantion adry ttg pokok cili e-na tu...complete, semua persoalan e-na terjawab...kelasss!!!tima kasih daun keladi nnt e-na minta tolong lagi...;-)

    ReplyDelete
  17. :ezzyra
    Dulu kita ada bela puyuh satu reban. Best kutip telur puyuh. Hector tu slh sekor drpnya. Semuanya mati diserang ular..

    ReplyDelete
  18. :E-na Lovely Kitchen
    Mana yg saya tau tu blh la kongsi ilmu. Kalau yg tak tau tu tak leh nk buat explanation..hehe..

    ReplyDelete
  19. xtau lgsg pon pokok ara ni, kalau jumpa kat luar pon, mmg x kenal.... tp x mcm pokok ara pon.. :P

    ReplyDelete