Thursday, October 27, 2011

Kerabu & Gulai Siput Rodong

Seperti yang telah saya janjikan sebelum ini, menu masakan menggunakan siput rodong  akan dipaparkan di sini. Tak ramai yang mengenali, melihat dan merasa siput rodong ini. Dua jenis masakan yang boleh dibuat menggunakan siput rodong adalah kerabu dan gulai lemak. Untuk menyediakan masakan ini, isi siput rodong perlu dikeluarkan daripada cengkerangnya dahulu. Caranya, kita perlu mengetuk cengkerang menggunakan benda keras seperti tukul, belakang parang dan sebagainya. Isi yang diperolehi perlu dibersihkan kerana biasanya ia bercampur pasir atau selut. Kepingan berbentuk bulat (berfungsi sebagai injap) yang menutup isi dan cengkerang juga perlu dibuang.

Kerabu siput rodong bersama kacang botor (botor bukan botol). Isi siput rodong pejal seperti mana siput jenis lain dan ianya diakui sedap dan unik. 

Gulai lemak siput rodong bersama keledek. Pasangan terbaik untuk masakan jenis ini adalah betik matang.

19 comments:

  1. ish,kerabu tu mengancam la.... tgh menaip pon dok telan liur...hahahah

    ReplyDelete
  2. kerabu siput rodong campur kacang botor mmg sedap. Kali pertama saya mkn dn jatuh cinta padanya..hehe..

    ReplyDelete
  3. tak pernah tengok siput ni walaupun kg ucu dekat dengan pantai.apalagi merasa..mesti sedap..

    ReplyDelete
  4. tak pernah makan pun siput tu
    makan kerabu gamat pun sekali rasanya
    sedap jugak

    satu lagi rumpai laut tu tak pernah makan jugak masak macamana ye?

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum en daun.
    akk dtg ni nak minta kerabu n gulai lemak siput rodong tp ttu dah abiskan. Lain kali klu Mahsuri buat lg masakan ni akk minta ya. Hehe... Mmg nmpk sedap la lbh2 lg gulai lemak tu. Klu termengidam ni tak tau mana nak cari.:))

    ReplyDelete
  6. :Ucu Faridah
    Siput jenis biasanya hidup di kawasan pantai yg berselut atau kwsn paya bakau. Pyh sikit nk dpt siput rodong ni.

    ReplyDelete
  7. :kasihibu
    Saya pn ni kali pertama makan siput ni. Sblm ni mmg tak tau dn tak knl siput rodong ni. Kerabu gamat yg Sya kata tu kerabu beronoq ke? Beronoq pn spesis gamat juga. Rumpai laut yg ada kat sini dipanggil lat tut. Yg tu mkn mentah/segar cicah sambal belacan je. Ada dlm n3 blog sblm ni. Sya blh tgk kat rujukan Dedaun Alam.

    ReplyDelete
  8. :Kak Anis
    Wa'alaikumusalam kak anis, dh abis pn dua2 masakn ni.. Tak tau bila lagi dpt merasa sbb pyh sikit nk dpt siput rodong ni. Org tak jual kat pasar.. Dua2 masakn gna siput ni mmg sedap sbb teksturnya yg pejal tp mudah dikunyah. kalau termengidam kena mai cari kat sini la nmpk gayanya..hehe..

    ReplyDelete
  9. Assalam en daun...wah sedapnya yg kerabu tu, terliur tgk...yg msk lemak pun apa kurangnya mesti sedapkan, oooh mcm mana agaknya rasa bila di campur ngan ubi stello tu

    ReplyDelete
  10. As salam kak rosa,
    Dua2 jenis menu tu diakui oleh en daun ianya sedap. Kerabu siput campur kacang botor lbh sdp sbb gulai lemak campur siput jenis lain dh biasa mkn.

    ReplyDelete
  11. wuu baru tau siput rodong tu ape :P

    bagusnya pandai masak :)
    terima kasih folo sis :)

    wajib baca ni tau
    http://blogsigadis92.blogspot.com/2011/10/wajib-baca-tips-dan-nasihat-untuk.html

    ReplyDelete
  12. Alahai, tak mampu langsung nak gambarkan rasanya. Kecuali bila telah pernah menikmatinya (insya-Allah, satu hari nanti). Tanpa cangkerang, tentulah lebih mudah dan enak kita memakan siput rodong tu, ya? Salam bahagia.

    ReplyDelete
  13. :sis92
    Tak ramai yg kenal siput rodong ni. Yg masak siput ni bkn saya la tp my wife..hehe..

    ReplyDelete
  14. :Temuk
    Rasa siput rodong yg kerabu dn gulai lemak tu mmg sedap. Ia lbh mudah dimakan kerana sudah tiada cengkerang. Blh kunyah mcm tu dn tak perlu menyedut..

    ReplyDelete
  15. bestnye gulai siput tu....terliur...x sabar nak balik kampung!!

    hehe

    ReplyDelete
  16. Raya haji ni blh la balik kg tp ada ke org nk masak gulai siput masa hari raya? Hehe..

    ReplyDelete
  17. baru hbs kutip siput rodong try masak lemak cili api

    ReplyDelete
  18. kutip siput rodong kt bagan lalang

    ReplyDelete