Wednesday, October 19, 2011

Siput Rodong

Ini kali pertama saya lihat siput yang dikenali dengan nama siput rodong (sebut : ghodong dalam pelat utara).  Siput ini dikutip dari kawasan pantai yang berselut atau paya bakau. Biasanya siput jenis ini tidak dijual dipasar basah. Siput rodong ini dikutip oleh saudara sebelah isteri saya di kawasan pantai berdekatan.

Bentuk siput rodong agak runcing dan tajam. Saiznya sebesar dua jari orang dewasa dengan panjang kira-kira 8cm. Proses untuk memasak siput ini agak rumit. Bagaimana cara dan apa menu masakan untuk siput rodong ni akan disiar dalam entri yang akan datang.

20 comments:

  1. Besar tu kalau besar 2 jari..... X penah tgk, 1st time tgk..... Masak ape ye sedap? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak rendang,masak sambal letak santan sedap..😋

      Delete
  2. Saya pn ini kali pertama tgk siput mcm gini. Besar2.. Tapi ada yg lagi besar drp siput rodong ni. Sama besar dgn paha.. Cara masakan siput ni saya akn update nanti.. Tunggu ye..

    ReplyDelete
  3. Assalam En Siput eh En Daun...pertama kali jugalah akk tgk siput rodong ni, akk dah ukur ngan jari akk kat siput tu, mmg besarlah siput ni. Eh mcm susah je cara nak mkn siput ni, ceciter sikit, tak sbr nak tgk n3 akan datang.

    Pada firasat akk lah, siput ni kena ketuk2 dulu utk kuarkan isi dia hehehe, mungkin sedap msk lemak atau goreng, memandai je

    ReplyDelete
  4. As salam kak rosa, siput rodong ni ada kat pulau2 dn kwsn berselut je kot. Siput ni mmg besar saiznya, kalo nk sedut mcm siput biasa, tak tersedut rasanya. Nk kna guna penyedut hampagas br blh..hehe.. Betoi la apa ygt difirasatkn oleh akak, siput kna ketuk dulu dn keluarkn isinya sblm dimasak.

    ReplyDelete
  5. Wow! Suka rupa, pandang pertama. Teruja nak tahu, utk siput begitu, resepi macam manalah yg Adry bakal paparkan. Kalau ingat Adry tolong beritahu harganya di pasar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siput sedut ni sedap masak rendang,masak sambal letak santan sedap..😋

      Delete
  6. Saya pn kali pertama lihat dan kenal siput yg dipanggil siput rodong ni. Siput jenis biasanya dimasak gulai campur betik. Siput ni tidak dijual di pasar, kena cari sendiri utk dapatkannya. Ia juga jenis bermusim. Maknanya, ia tidak diperolehi sepanjang tahun.

    ReplyDelete
  7. tak pernah makee.......eee...gerun,ingat tak siput gondang hok dlm paya.....

    masak lemak daun kesum sedap.......

    ReplyDelete
  8. Saya pn tak penah mkn siput jenis ni. Ni pn kali ptama tgk.. Siput ni tak dimasak bersekali dgn cengkerang. Kna ketuk keluarkn isinya spt gondang jg. Gondang selalu ada kat btg pkk bemban tepi sungai. Ia bertelur kat btg pkk bemban tu. Nk mkn gondang kena buang slh satu organ pd bdnnya yg mpunyai toksik. Kalau tak buang, kita akan keracunan.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum en daun.
    mahsuri masak apa siput ni? mesti sedapkan.:) akk pn tak penah jumpa siput jenis ni. akk setia menanti entri terbaru ttg siput ni, jgn lama2 ya.:))

    ReplyDelete
  10. Wa'alaikumusallam kak anis,
    Siput ni blh digulai bersama betik atau keledek. Mahsuri gulai bersama keledek sbb betik yg matang takdak stok..hehe.. Dn satu lg, kerabu siput bersama kacang botor. Saya kali pertama mkn. Ia mmg sedap dn unik. Nti saya update foto menu lps ni.

    ReplyDelete
  11. Gondang pn blh mkn jugak.. Tapi ada satu organ dlm bdn gondang kna buang dulu sblm dimasak sbb ia ada toksik. Gondang pn sdp tau...

    ReplyDelete
  12. bukan sama ke cam siput blitong tuh

    ReplyDelete
  13. Siput belitong tu lain bentuk dan saiznya. Siput belitong jauh lbh kecil berbanding siput rodong ni.

    ReplyDelete
  14. em...mak sy...pgl siput berongan...mybe lain ngeri...laen org bg name...mak sy buat msak sambal je...rebus dlu..ktuk kulit bg kuar isi..then msak smbal..hehe...sdap.....

    ReplyDelete
  15. Nama setiap sesuatu ada yg tak sama biarpun ia adalah benda yg sama spt siput ni. Ianya ikut nama tempatan bkn nama yg didaftar di DBP. Tima kasih sbb bagi nama lain utk siput ni.

    ReplyDelete
  16. Sama tak dengan Berongan?
    Saya di selatan kata siput Berongan.

    ReplyDelete
  17. Siput rodong ini ada di desaku disulawesi tengan bxk Skali dapatnya di daerah hutan mangrove

    ReplyDelete