Wednesday, February 27, 2013

Kebun Kecil Tepi Pagar - Segar Dari Kebun 27/02/13

Ini hasil pertama cili kulai king yang terpaksa dituai lebih awal daripada sepatutnya. Dua pokok cili kulai king yang berbuah lebat rebah ke tanah setelah dilanda hujan lebat dan angin kencang. Ada buah yang gugur daripada pokok, saya kutip sebab ianya masih elok. Pokok yang rebah dibangunkan semula dan diberi pancang supaya tidak lagi condong dan tergolek atas tanah. Buah cili kulai king baru sepanjang lebih kurang sejengkal (6" @ 15cm). Sekali pandang ia kelihatan seperti cili/lada burung yang besar.

Sebahagian daripada tuaian bendi singa dan bendi emas ini terpaksa dijadikan baja organik kerana buah yang tua di pokok.

Tuesday, February 26, 2013

Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition 2013 (LIMA '13)



Buat kali pertama Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition atau LIMA akan dilangsungkan dalam bulan Mac. Sebelum ini LIMA diadakan dalam bulan Disember. Untuk edisi ke 12, LIMA 2013 dijadualkan bermula 26 hingga 30hb. Mac 2013. Berikut adalah jadual/acara pertunjukan udara yang bakal berlangsung semasa LIMA '13;


  • 23 -  25 March 13,  0830h -0900H & 1230H - 1400H (Rehearsal)
  • 26 March 13, 0850H - 0910H (Opening Ceremony & Air Display), 1230H - 1400H (Air Display)
  • 27 March 13, 1230H - 1400H (Air Display)
  • 28 March 13, 1230H - 1400H (Air Display)
  • 29 March 13, 1000H - 1130H & 1430H - 1600H (Air Display)
  • 30 March 13, 1000H - 1130H & 1430H - 1600H (Air Display)
Nota : 
  1. Jadual tertakluk kepada perubahan.
  2. 26 hingga 29 March 2013, Ruang dan dewan pameran dibuka untuk 'traders' sahaja.
  3. 30 March 2013, Ruang pameran dan dewan dibuka untuk 'traders' dan pengunjung awam.
  4. Pertunjukan Udara atau Air Display boleh dilihat secara percuma pada setiap hari LIMA 13 berlangsung(sila rujuk acara untuk waktu dan masa pertunjuk)
  5. Semua acara dan pameran aerospace untuk LIMA berlangsung di MIEC dan Kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
  6. Info untuk pameran maritim belum diperolehi.

Friday, February 22, 2013

Kebun Kecil Tepi Pagar - Multi Purpose Gardening Tool

Kali ini saya perkenalkan alat berkebun serbaguna yang sesuai digunakan oleh pekebun kecil/penanam sayur kecil-kecilan. Ianya praktikal dan mudah dibawa. Tak perlu lagi nak usung berbagai alatan semasa berkebun.

Boleh diubah menjadi sudip/skup tanah. Berguna sebagai penggembur, merumput dan membaja. Nak tebang pokok balak pun boleh, itu pun kalau larat..hehe.. Bila rasa haus, boleh buka penutup botol dan minum air.

Bahagian ini sangat berguna untuk kerja mengalihkan anak-anak pokok dari tempat semaian ke tempat baru. Ia juga digunakan sebagai alat untuk membuat lubang pada tanah.

Bertukar menjadi cangkul kecil.

Transformasi yang penuh daripada alat berkebun serbaguna ini.




Wednesday, February 20, 2013

Kebun Kecil Tepi Pagar - Segar Dari Kebun 17/02/13


Tuaian segar dari kebun kali ini adalah kategori sayuran hujung ranting, pokok hujung nyawa dan pokok tumbuh sendiri. Kacang panjang dituai daripada sepokok kacong panjang yang tumbuh sendiri. Tempat ia tumbuh tak mengganggu laluan, saya biarkan ia membesar dan ia membalas budi dengan memberi buah yang sihat serta segar. Buah peria kampung semakin kecil saiznya tapi pokoknya terus berbuah, ada sebiji yang besar daripada yang lain-lain. Bendi singa dan bendi emas dah makin kecil saiz buahnya. Pokok bendi singa dah hampir ke hujung nyawanya tapi masih terus berbudi pada tuannya. Bendi emas lebih cepat jangka hayatnya berbanding bendi singa. Petola segi juga semakin mengecil, bandingkan saiz asal yang di bawah(simpan untuk biji benih). 

Tuesday, February 19, 2013

Kebun Kecil Tepi Pagar - Cili Kulai King


Cili Kulai King yang saya semai dan tanam ini sama masa dengan cili solok siam. Cili Kulai King membesar lebih cepat berbanding cili solok siam tapi yang mula berbunga dan mengeluarkan buah adalah cili solok siam. Cili solok siam (barisan belakang dalam foto) dah beberapa kali dituai, cili Kulai King belum dituai kerana buahnya masih kecil. Tak sabar nak menuai cili Kulai King yang segar dari kebun. Ada lima pokok Kulai King yang ditanam, semuanya dah berbunga dan berbuah.

Sunday, February 17, 2013

Kebun Kecil Tepi Pagar - Segar Dari Kebun(Tembikai Kuning)

Ini buah pertama tembikai kuning yang dituai dari kebun kecil saya. Hanya sebiji yang membesar dengan baik, tiga biji yang lain dimakan oleh semut dari bahagian bawah buah. Bila tengok dari atas, buah-buah tersebut nampak elok. Bila kita angkat, bahagian yang tersentuh tanah telah lopong dimakan semut. Buah yang ini saya lapik dengan plastik dan ia terselamat daripada serangan sang semut.

Kata petani yang mengusahakan ladang tembikai merah, tembikai kuning tak sesuai dengan tanah di sini. Saya tanam pokok tembikai ini sebagai percubaan dan untuk pemerhatian. Biarpun buahnya bersaiz agak kecil, isinya tetap kuning dan rasa seperti tembikai kuning. Kira berjaya juga kan.. Puas hati sebab dapat makan tembikai kuning segar dari kebun yang sememangnya bebas daripada sebarang jenis racun.

Friday, February 15, 2013

Kebun Kecil Tepi Pagar - Tanaman Baru

Terung panjang ungu.

Bendi daripada MARDI. Saya kurang pasti klon apa.

Cili hutan. Anak pokok dah lama semai tapi baru ditanam di tempat baru.

Kobis cina yang tak dituai. Saya simpan lima pokok untuk biarkan ia berbunga dan dapatkan biji benihnya.


Tuesday, February 12, 2013

Timun Betik

Buah timun betik yang seakan sama dengan timun batang/mentimun.

Timun betik atau dikenali juga dengan nama timun suri merupakan buahan dalam famili cucurbitae. Ianya satu famili dengan timun,. tembikai dan labu. Timun betik lebih menyerupai mentimun tapi saiznya berkali ganda besar iaitu sebesar buah betik kampung. Buah timun betik yang masak boleh dimakan segar, dijadikan jus, dimakan bersama santan+garam+gula dan ia juga boleh dimakan bersama kelapa parut(ditambah sedikit garam dan gula).

Timun betik semakin sukar untuk ditemui sekarang kerana jumlah tanamannya semakin mengecil kerana permintaan yag tinggi terhadap buahan saingan seperti tembikai, rock melon, marshmellon, honey dew dan lain-lain. 

Siapa yang kenal dan biasa makan buah timun betik ini? Kulitnya yang merekah menandakan ia telah masak dan boleh dituai.

Thursday, February 7, 2013

Kebun Kecil Tepi Pagar - Segar Dari Kebun 02/02/13


Tuaian segar dari kebun kali ini adalah bendi singa (yang terus mengeluarkan hasil), kacang botor, cili solok siam dan petola segi (pokok dah hampir sampai ke hujung nyawa tapi masih berbuah dan ada yang mati). Sebiji petola segi (paling bawah dalam foto) adalah untuk biji benih.

Tuesday, February 5, 2013

Kebun Kecil Tepi Pagar - Tanaman Luar Kebun

Anak pokok dokong daripada induk yang dibawa dari Thailand pada awal tahun 1980. Anak pokok ini disemai sendiri oleh saya.

Anak pokok duku palembang. Spesis duku yang kurang dikenali oleh generasi masa kini. Buahnya kecil dan rasanya isinya sangat manis. Disebabkan keunikan buah duku ini, saya tanam 8 pokok semuanya. Anak-anak pokok duku ini dibawa dari kampung dan disemai sendiri oleh saya.

Nangka madu. Nangka yang jadi pilihan sekarang. Ada dua pokok, sepokok lagi masih ada dalam polibeg. Selain nangka, duku dan dokong, belimbing madu juga ditanam. akan menyusul selepas ini, pokok katak puru(nam-nam), mulberi dan lain-lain.