Tuesday, February 12, 2013

Timun Betik

Buah timun betik yang seakan sama dengan timun batang/mentimun.

Timun betik atau dikenali juga dengan nama timun suri merupakan buahan dalam famili cucurbitae. Ianya satu famili dengan timun,. tembikai dan labu. Timun betik lebih menyerupai mentimun tapi saiznya berkali ganda besar iaitu sebesar buah betik kampung. Buah timun betik yang masak boleh dimakan segar, dijadikan jus, dimakan bersama santan+garam+gula dan ia juga boleh dimakan bersama kelapa parut(ditambah sedikit garam dan gula).

Timun betik semakin sukar untuk ditemui sekarang kerana jumlah tanamannya semakin mengecil kerana permintaan yag tinggi terhadap buahan saingan seperti tembikai, rock melon, marshmellon, honey dew dan lain-lain. 

Siapa yang kenal dan biasa makan buah timun betik ini? Kulitnya yang merekah menandakan ia telah masak dan boleh dituai.

25 comments:

  1. Salam En Adry.. K Mar memang tak pernah tau mengenai buah ni...

    ReplyDelete
  2. Pernah jumpa di sg besar tp tak pandai nak di makan macamana.
    Dah tahu cara ni bolehlah cuba

    ReplyDelete
  3. salam che adry...
    rsnya pernah nampak kat pasar dulu2...yg part makan tuh dah tak ingat dah...tak sedap sangat kan rsnya...:)

    ReplyDelete
  4. @suka suka

    As salam kak mar,
    Buah timun betik jenis buahan klasik. Dulu2 ia terkenal sebelum munculnya timun klon baru.

    ReplyDelete
  5. @kasihibu
    kalau Sya jmupa buah timun betik ni, blh la beli. Sgt sedap bila kita buat jus. Potong kecil2(4 segi) campur dlm santan+garam+gula pun sedap.

    ReplyDelete
  6. @ummuaidan
    As salam ummu,
    Dulu2 kat Kelate byk org jual buah timun betik. skrg dah pyh nk jumpa. Timun betik ni tak berapa sedap kalau kita makan segar mcm tu. Biasanya di Kelantan, ia dicicah dgn kelapa parut. Sedappp...

    ReplyDelete
  7. Macam menarik saja. Baru tahu pasal timun betik ni

    ReplyDelete
  8. Salam Adry,

    kecur air liur tengok timun betik! Teringat zaman budak2 dulu makan mentah dengan santan yg ditambah garam sikit, pegang nisan kat tangan. Sambil pakai sudu utk ceduk timun ni dgn santan, sambil tu gigit nisan!! Cukup menyejukkan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami ada lading timun betik...kalau nak order leh email zamri_perancang@yahoo.com.my tuai pada bulan 12 2015....war-war kan lerr..

      Delete
  9. salam adry
    akak cukup suka dgn buah timun betik ni... baunya wangi jer kan.. kami suka mkn buah ni buat mcm cendol... buah timun betik dicampur dengan santan (yg diperah dgn air masak) + garam sikit + air gula nisan/gula merah.. letak ais sikit kalau suka... memang sedap! nak pulak hidang time berbuka puasa.. aduhh.. mmg tak cukup semangkuk..

    ReplyDelete
  10. @zamzurina zulkafli
    Buah timun betik ni ada org yg suka dan ada yg tak suka rasanya. saya suka mkn buah timun betik ni sbb ia wangi, manis dan sejuk.

    ReplyDelete
  11. @Ummu Madihah
    As salam mak aji,
    Masa kecik2 saya biasa makan buah timun betik cicah dgn kelapa parut yg dicampur sedikit garam dan gula. Buah yg dlm foto diproses menjadi jus dan sebahagian lagi dipotong empatsegi, masukkan dalam santan cair+garam+gula.

    ReplyDelete
  12. @MaDiHaA a.k.a Ratna
    As salam, isi buah timun betik memang bau wangi. Bila kulitnya merekah, kita dah boleh hidu kewangiannya. Timun betik yg dalam foto ni juga dibuat mcm cendol tu tp tak buh air gula merah. Buh gula je.. Kalau buh air gula merah lagi sedap. Bila kita makan, rasa sejuk, nyaman dan segar.

    ReplyDelete
  13. sedap.....kalau jumpa memang beli,makan dengan santan....

    hee...ambo lamo tak carro keblog sbb sibuk...pru 13....

    ReplyDelete
  14. Timun betik ni sedap kalau kena dgn citarasa. Nk jumpa org jual timun betik skrg ni agak payah.

    Blog cikgu dah ok ke? Sblm ni tak boleh nak masuk sbb ada amaran malware.

    ReplyDelete
  15. Assalam
    Rasanya pernah ternampak di pasaraya, tapi mungkin itu buah lain, sebab dilabel sebagai Timun Tua/Masak. Pasti tak pernah merasa. Biasakah orang menyagatnya pedek-pendek macam rupa cendol? Banyak santan untuk basah sahajakah atau untuk tenggelamkan timun macam santan cendol? Santan mentahkah? Mungkin boleh disejukkan dalam peti ais, ya Adry?

    ReplyDelete
  16. As salam cikgu,
    Yg tu memang timun tua atau juga dikenali dgn nama timun tun. Ia bukan buahan tp sayuran. Timun betik ni tiga kali ganda besar berbanding timun tua. Timun betik saiznya sebesar betik kampung(sebesar paha org dewasa).

    Timun betik jika disagat, isinya akan hancur sbb itu ia lebih baik dipotong dadu(2cmX2cmX2cm). Kita kena guna banyak santan yang diperah dgn air masak. Santan tu dah jadi macam kuah. Ia sememangnya lebih enak jika disejukkan dulu.

    ReplyDelete
  17. Assalam timun betik ni tanam sendiri juga ke , akk pun dah lamam tak makan timun ni. Kalo musim ada banyak org jual di laluan Machang- K.Krai tu, harga boleh tahan mahal

    ReplyDelete
  18. As salam kak rosa,
    Timun betik ni bkn hasil dr kebun kecil sbb tu tajuknya bukan 'segar dari kebun'. Biji drp buah2 dlm foto dah disimpan utk disemai bila tiba masa yg sesuai. Harga timun betik ni dah meningkat sbb payah nak jumpa skrg.

    ReplyDelete
  19. sesiapa nak oder timum betik leh email kat saya zamri_perancang@yahoo.com.my tuai pada bulan 12 2015. siapa cepat dia dapat ...buah siap bungkus..biji x de..he..he

    ReplyDelete