Thursday, February 7, 2013

Kebun Kecil Tepi Pagar - Segar Dari Kebun 02/02/13


Tuaian segar dari kebun kali ini adalah bendi singa (yang terus mengeluarkan hasil), kacang botor, cili solok siam dan petola segi (pokok dah hampir sampai ke hujung nyawa tapi masih berbuah dan ada yang mati). Sebiji petola segi (paling bawah dalam foto) adalah untuk biji benih.

35 comments:

  1. banyak tuaian en.adry dah rupa macam boleh buat juai dah.

    cili solok tu,boleh en.adry bg tahu tak baja ada en.adry pakai dan macam mana maintanance yang en.adry buat untuk kekalkan solok tu berbuah. Saya tanam cili tak berjaya mana pun.

    ReplyDelete
  2. sy pun tgh biarkan sebiji petola untuk benih..tapi pokok mcm dah semput2 nak hidup..sangat jeles tengok lada solok tu

    ReplyDelete
  3. Pkk sayuran yg saya tanam ni jenis rajin berbuah, byk la dpt hasilnya tp nk jual tu tak berbaloi. Baik bagi je kat sedara mara dan kawan2.

    Cili solok tu saya memang tak bubuh apa2 baja bila pkk dah besar dan berbuah. Masa nak membesar, saya buh baja hijau. Lepas tu ia berbuah dgn lebat tanpa sebarang baja. Kalau Ibu Qis nak buh baja blh cuba baja NPK Blue Special (12:12:17:2) utk pkk cili atau baja organik.

    ReplyDelete
  4. @nadia rashid
    Kalau buah petola segi tu dah tua, pkk mati pn dah blh gunakan biji benihnya utk tanaman seterusnya. Saya dah ada tiga biji petola utk benih, dah blh buka ladang petola dgn benih yg sebanyak tu.

    Lada solok saya dah makin byk pkk yg berbuah. Buah dlm foto tu hasil drp 2 pkk. Nadia nak jeles buat apa. Nadia pn blh tanam cili solok ni.

    ReplyDelete
  5. ada la jeles sikit..sebab yg sy semai...lagi kan nak dapat buah..bercambah pun tak..nanti akan disemai lagi..kut menjadi..bolih guna baja NPK blue special..:D

    ReplyDelete
  6. sabut petola yang dah diambil benih tu boleh simpan buah sental badan masa mandi, boleh juga buat sental periuk belanga dan lantai...banyak gunanya. mat salleh panggil sabut petola tu loofa.

    ReplyDelete
  7. @nadia rashid
    Tak pe kalau nak jeles sikit sbb ia blh jadi pencetus semangat utk tanam cili solok ni. Masa semai biji benih tu penting. Pastikan tiada semut yg memakan biji benih cili, letak kat tmpt yg tinggi dan gelap. Bila dah bercambah kena letak bawah teduhan dkt 2 bulan. Sblm pindahkan anak pkk ke tmpt baru, letak anak pkk bawah cahaya sekurang2nya tiga utk mengeraskan btg anak pkk. lps baru blh tanam. Nak pkk yg byk cabang, tanam pkk secara menyenget/condong. Anak2 pkk cili lambat nak besar, jadi kena byk bersabar..jgn patah semangat dan putus asa bila tgk pkk kecil cinonet je dalam tempoh sebulan dua.

    ReplyDelete
  8. @wanie ibrahim
    Sabut petola segi blh dijadikan sental juga ye. Ingat kot petola sarang tu je..hehe.. Saya main buang je sabut buah petola segi ni.

    ReplyDelete
  9. okey en adry terima kasih dengan tips dan tunjuk ajar..nanti boleh la kami yg kurang berjaya tanam ni praktik kan cara yg disarankan..kalau sebelum ni sy semai..tabur jer pada tanah..mana la tak dikutip semut benih cili tu

    ReplyDelete
  10. saya pun jeles en.adry....pada saya antara tanaman yang paling mencabar adalah cili. kadang tu dah elok tumbuh tb2 daun kerinting,mengerekot terus rosak.

    Dah berkali2 semai pun tak berapa nk selamat pokok2 cili saya. Terima kasih banyak2 en.adry atas info. :)

    ReplyDelete
  11. @nadia rashid
    Tanaman cili antara sayuran yg cerewer utk ditanam dan perlu penjagaan khusus. Kalau ikut cara yg betul, biji benih cili disemai sebiji2 blm bekas semaian. Tabur atas tanah mmg kurang berkesan sbb semut akan cari biji cili utk dimakan. Sedap kot rasa biji cili ni.

    ReplyDelete
  12. @Ibu Qistina
    Jeles tu ok sbb blh naik semangat utk teruskan usaha. Tak blh mengalah dan kena cuba lagi. Meananm cili ni mmg agak mencabar sbb byk serangan penyakit dan serangga. Yg daun jadi kerekot tu dianggap sbg barah kpd pkk cili sbb ia berpunca dari dalam pokok bkn serangan dari luar. Kalau teruk sangat, pkk cili terpaksa dimusnahkan.

    ReplyDelete
  13. Salam.. tuaian En. Adry memang selalu menggembirakan...

    ReplyDelete
  14. As salam kak mar,
    Alhamdulillah..tuaian drp tanaman sendiri mmg membuatkan tuan kebun gembira.

    ReplyDelete
  15. Seronok tgk. Memberi semangat kepada saya :)

    ReplyDelete
  16. Semangat dah ada tu. Dah blh mulakan dgn dlm tempoh terdekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petola dah mula tapi masih dalam kelambu sbb ada kekabuh timun berkeliaran

      Delete
  17. Assalammualaikum Adrey,
    Tumpang senyum2 tengok gambar hasil sayur yg menjadi.Harap2 sayur2 ku jga akan menjadi macam kebun Adry. Alhamdulillah, tahniah.

    ReplyDelete
  18. the harvest looks very promising! What are you going to cook from it?

    ReplyDelete
  19. Lada solok benih dariklate kp?tadok tempat lain tuh..kalau kaler ijo muda gitu.
    Kat penang solok guna lado ijo pekak hahaha..pedas lak tuh

    ReplyDelete
  20. salam che adry...
    meriah2 ..cukuplah sayur tk 2,3 hari kan...petola tuh blhlah buat masak putih...taruk lah lada best tu...nanti blh gak buat solok lada byk2 kan..

    ReplyDelete
  21. @puteri purnama
    Wa'alaikumusallam cikgu,
    Bkn setakat tumpang senyum, cikgu nak tumpang makan pun boleh tapi kena datang sini..hehe..

    Sayuran yg cikgu tanam pun menjadi. Rasanya ia lebih baik drp saya.

    ReplyDelete
  22. @Dewberry
    This harvested vegetables that I planted in the back yard. Everything is fresh and pesticide free. Some are cooked and some are eaten fresh as a salad.

    ReplyDelete
  23. @lina_pg
    Benih lada solok siam ni beli online dari Selangor. Masa kak mein buat nasi kerabu sblm ni, puas cari lada solok tp takdak org jual. Tu yg beli benih dan tanam sendiri. Cili lain tak sesuai nak buat solok sbb saiz yg kecil dan rasanya pedas.

    ReplyDelete
  24. @ummuaidan
    As salam ummu,
    Kalau tuaian melebihi keperluan, ada yg saya simpan dlm peti ais dan beri pd org. Petola segi tu dah mcm2 menu yg dpt kitorg masak.

    ReplyDelete
  25. @zamzurina zulkafli
    Kekabuh timun mmg suka mkn daun petola dan timun btg. Petola saya juga diserang tp saya kawal dgn semburan organik saja dan ianya berkesan.

    ReplyDelete
  26. Maaf sebab nak tanya tntg pokok yg tak berkaitan dgn post yg ini.. Pokok yg saya maksudkan ialah pokok melur hutan. Boleh saya dapatkan pokok ini dari en. Adry atau ada tak nurseri yg jual?

    ReplyDelete
  27. Assalam
    Wow, cantik dan segar semuanya. Boleh penuhi keperluan 2, 3 hari juga tu rasa saya.

    ReplyDelete
  28. @Tiny Garden

    Pkk melur tu payah nak dpt. Rasanya nurseri pokok tak jual tumbuhan yg rare mcm ni. Pkk melur hutan ni ditanam kat tepi rumah, pucuknya blh dimakan sbg ulam.

    ReplyDelete
  29. @Temuk
    As salam cikgu,
    Kalau ikut jumlah tuaian tu memang boleh dimakan untuk dua tiga hari. Saya kongsi hasil dgn sedara mara dan jiran jika tuaian melebihi keperluan.

    ReplyDelete
  30. En. Adry, bila terbaca ulasan yg pucuk melur hutan tu boleh dibuat ulam saya begitu teringin nak tanam. Setakat ni saya cuma ada melur susun, melur selapis & melur 2 lapis. Macam mana nak dptkan cambahan?

    ReplyDelete
  31. Pucuk melur hutan dimakan bersekali dgn kudup bunganya. Ia sgt baik dan digalakkan utk wanita lepas bersalin. Pkk melur hutan boleh dbiakkan melalui keratan btg dan biji benih. Biji benih melur payah nak dapat sbb walaupun bunga lebat, hanya sedikit yg mnjadi buah.

    ReplyDelete
  32. En. Adry ni tinggal di negeri mana? Kalau di sebelah utara, bolehkah semaikan saya sepkk melur hutan tu? Kalau boleh, bila dah semai nanti saya akan ke tempat tuan utk beli pkknya.

    ReplyDelete
  33. Rasanya tak berbaloi kalau nak dtg sendiri utk ambil anak pokok tu. Emelkan alamat ke adrymein@yahoo.com. Ada kesempatan, saya poskan keratan btg utk disemai.

    ReplyDelete