Wednesday, February 20, 2013

Kebun Kecil Tepi Pagar - Segar Dari Kebun 17/02/13


Tuaian segar dari kebun kali ini adalah kategori sayuran hujung ranting, pokok hujung nyawa dan pokok tumbuh sendiri. Kacang panjang dituai daripada sepokok kacong panjang yang tumbuh sendiri. Tempat ia tumbuh tak mengganggu laluan, saya biarkan ia membesar dan ia membalas budi dengan memberi buah yang sihat serta segar. Buah peria kampung semakin kecil saiznya tapi pokoknya terus berbuah, ada sebiji yang besar daripada yang lain-lain. Bendi singa dan bendi emas dah makin kecil saiz buahnya. Pokok bendi singa dah hampir ke hujung nyawanya tapi masih terus berbudi pada tuannya. Bendi emas lebih cepat jangka hayatnya berbanding bendi singa. Petola segi juga semakin mengecil, bandingkan saiz asal yang di bawah(simpan untuk biji benih). 

14 comments:

  1. Salam che adry
    petola tuh lama kan berbuah..sekali tanam berbulan2 lamanya blh mengaut hasil..peria tuh kalau goreng cili ngan telur mmg sedap & tak pahit rsnya..:)

    ReplyDelete
  2. semuanya sayur kegemaran...seronok tengok tuan kebun menuai hasil

    ReplyDelete
  3. Salam Adry
    Cemburunya tengok hasil kebun Adry..
    Satu ketika dulu makchaq pun selalu makan sayuq hasil kebun jugak, sawi macam2 jenis, kacang panjang, kacang buncis, petola, timun, cili, daun sup semua pernah tanam dan berhasil..

    La ni tanah tepi rumah janya 2'x 4' saja, cuku untk pokok pandan dan sebatang serai kayu..yang lain semua dalam pasu..

    ReplyDelete
  4. @ummuaidan
    As salam ummu,
    Petola segi berbuah dlm tempoh yg pjg. Yg saya tanam ni, rasanya hasil petola dh berpuluh kilo. Sampai skrg ia tetap berbuah walaupun semakin mengecil.

    Peria yg dituai ni mmg dimasak spt yg ummu maksudkan tu. Sedap..dah tak rasa pahitnya.

    ReplyDelete
  5. @Kniedaz
    Semua sayur yg saya tnm adalah kegemaran saya, dah tak perlu beli kat pasar. Rasa nk mkn blh tuai kat kebun kecil.

    ReplyDelete
  6. @makchaq
    As salam mak chaq,
    Mak chaq nak tnm mcm2 pokok sayur spt sblm ni dh tak blh sbb ruang yg terhad. Tnm dlm pasu pn ok sbb blh juga dpt hasil dr titik peluh sendiri.

    Pokok serai kayu yg ditanam tu kena rajin buat pemangkasan sbb pembesarannya agak cepat semasa kecil.

    ReplyDelete
  7. @MarnieyZ
    Marniey suka kacang pjg ye. Goreng pun sodap, masukkan dlm gulai/kari pn best. Mkn mentah sbg ulam pn ok.

    ReplyDelete
  8. @zamzurina zulakfli
    Hehe...beh la sbb dpt mkn sayur segar dr kebun sendiri yg rasanya lbh manis dan plg penting ia bebas drp racun.

    ReplyDelete
  9. Salam Adry,

    Serai kayu kena kerap pangkas eh? Mak Aji punya dok mcm tu je mcm x nak besar je! Entah bila boleh buat ulam nasi kerabu??

    ReplyDelete
  10. As salam mak aji,
    Serai kayu sepatutnya membesar dgn cepat semasa kecil. Kalau mcm tak nak besar tu, kena tgk dulu keadaannya. Rasanya ia tak perlukan pemangkasan.

    ReplyDelete
  11. Lama juga dapat mkn hasil kebun ya, dah ada pokok2 ganti utk kebun ke

    ReplyDelete
  12. Ada jenis sayuran yg mengeluarkan hasil dlm tempoh lama spt bendi, tenne dan puyo. Tanaman ganti yg ada setakat ni bendi, terung dan cili. Masa tak sesuai utk menanam pkk sblm ni sbb cuaca panas kering. skrg dah hujan. Biji benih pun byk yg diimport dr kampung, yg beli pn byk tp blm disemai. Tunggu masa yg sesuai.

    ReplyDelete