Thursday, January 3, 2013

Kebun Kecil Tepi Pagar - Setelah 12 Hari (Episod Akhir)

Sebahagian hasil yang dituai setelah kebun kecil ditinggalkan 12 hari. Sebahagian lagi dibiarkan pada pokok untuk dijadikan benih. Kebun pun dah dibersihkan sepenuhnya(foto masih ada dalam kamera dan akan dimuat naik selepas ini). Tiada lagi semak samun yang menutup ruang kebun. Kebun kecil menerima ahli baru iaitu terung panjang hijau dan cili hutan.

16 comments:

  1. hehehe......mcm nak berniaga dah rupa. keke.

    nk masak ape dengan bendi2 tu en.adry.... :)

    ReplyDelete
  2. Salam che adry
    Tahnia..banyak betul hasil tanaman kali nie...sy tengok kacang botor pun ade jgk...y sy punya berbulan2 umur tak berbunga lagi nie..naper yer..?

    ReplyDelete
  3. ha tgk bendi berpuluh-puluh..smlm sy tuai ada la sebiji..memang kebun sy ni hasil sebiji kut...:)
    cili hutan? tak penah dengar

    ReplyDelete
  4. @Ibu Qistina
    Kira jual lambak la sayur segar ni. Selonggok RM3.00..hehe.. Bendi tu ada yg beri pada jiran, masak kari dan buat ulam.

    ReplyDelete
  5. @ummuaidan
    As salam ummu,
    Pkk sayuran dlm kebun pn dah bertambah, hasilnya pn blh tahan dan lbh drp cukup utk kami. Kacang botor saya ada dua pkk. Satu lagi masih kecil, baru nk memanjat. Yg sepokok ni berbuah masa kecil lagi. Bunganya keluar pada setiap tangkai daun.

    Kacang botor ada byk spesis/jenis. Mungkin yg ummu tnm tu jenis lmbt berbuah. Dulu saya ada tnm pkk mcm tu. Tunggu lama utk dpt hasilnya. Buah yg keluar pn tak lebat.

    ReplyDelete
  6. @nadia rashid
    Nadia tnm bendi jenis apa ye? Yg saya tnm ni bendi singa baka F1 dan bendi emas. Bendi singa berbuah lbt, buahnya besar dn pjg. Bendi singa ada 9 pkk dan hasilnya blh dituai hingga sekarang. Tnm selepas raya puasa thn lps.

    Cili hutan yg saya tnm ni, pkk asalnya dibawa dr hutan. Buahnya kecil2 tp pedas.

    ReplyDelete
  7. Seronoknya tgk hasil kebun byk tu, kalo akk dok berjiran mesti dpt buat ulam

    ReplyDelete
  8. @suka suka
    As salam kak mar,
    Puashati sbb dpt mkn hasil drp titik peluh sendiri.

    ReplyDelete
  9. @EmbunRosaliza
    Tuan kebun pn seronok dgn hasil yg dpt dituai dr kebun kecil ni. Ada masanya tuaian melebihi keperluan, sedekahkan pd sedara dn kawan2.

    ReplyDelete
  10. Salam Adry..

    Wah! banyak menuai hasil...hehehe
    Beli 1 kg kacang bendi tuh...ngeee

    ReplyDelete
  11. sy tanam bendi emas belum berbuah lagi..bendi biasa ni tak pasti baka apa...OP ke apa tak ingat dah..yg ni berbuah la sebiji sebelum ni..esok mungkin boleh tuai lagi sebiji..

    ReplyDelete
  12. Assalam. Green fingers hasilkan green vege!

    Kalau saya, tentu semua kacang bendi yang dipamerkan itu saya tenggelamkan dalam kari ikan atau asam pedas ikan. Tapi, kalau dimasukkan ke kari, kenalah malu-malu banyak bila mengambil kuah santannya!

    ReplyDelete
  13. @CT
    As salam CT,
    Hasil utk tuaian kali ni agak byk. Sekilo bendi siap...

    ReplyDelete
  14. @nadia rashid
    Saya pn ada tnm bendi emas tp jika dibandingkan dgn bendi singa, bendi singa lbh byk keluarkan buah dan tempoh pengeluaran buah juga lama. Bendi saya tuai 3 atau empat hari sekali.

    ReplyDelete
  15. @temuk
    As salam cikgu,
    Seronok dpt tuai sayuran segar dari hasil tgn kita sendiri. Bendi sgt sesuia jika dimasukkan dlm masakan asam pedas. Jika dibandigkan dgn masakan kari, saya lbh suka masakan asam pedas.

    ReplyDelete