Friday, January 4, 2013

Isi Buah Tal


Pernah lihat isi buah tal segar? Buah tal juga dikenali dengan nama kelapa laut. Kelapa laut pun tak pernah lihat pokoknya? Buah tal segar pada tandan rupanya bagaimana agaknya? Isi buah tal segar kali terakhir saya makan adalah semasa masih bersekolah. Ketika itu ia masih banyak dijual, sebungkus seprti dalam foto di atas hanya berharga RM1.00. Sekarang, harganya dah melonjak. Bukan saja harganya naik, isi buah tal sangat payah nak jumpa orang jual sekarang. Isi buah tal rasanya hampir sama dengan isi kelapa muda tapi teksturnya lebih kenyal. Selain dimakan segar, isinya boleh dijadikan jus. Hiris isi tal nipis-nipis dan masak bersama dan gula. Boleh dicampur madu dan ais untuk menambahkan lagi keenakan rasanya.

Info mengenai pokok kelapa laut, buah dan khasiat serta kegunaannya, boleh baca di sini.

14 comments:

  1. assalam masa kecik2 penah mkn tapi xtaw nama hehehe sedap ni..

    ReplyDelete
  2. Salam adry
    Masa duduk di pantai timur dulu selalu dapat minum air ni
    nyaman segar je
    dah lupa pulak rasa air ni macamana

    ReplyDelete
  3. @bicara harianku
    As salam...,
    Masa kecik2 biasa mkn buah tal ni ye. Dah besar2 ni pyh nak jumpa buah tal yg segar mcm ni kan...hehe..

    ReplyDelete
  4. @kasihibu
    As salam Sya,
    Kat pantai timur mmg ada org jual air kelapa laut ni tp skrg pyh skt nk jumpa.
    Dah lama sgt Sya tak merasa buah tal ni kn smpai lupa rasanya lagumana..

    ReplyDelete
  5. Ingat biasa makan yg diletak dalam ABC ade kan...yg banyak tuh berapa che adry beli...? nampak fresh tuh.

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum Adry,
    buah tal ini ke yg.dijual sebagai sirap yg namanya tercatat sebagai 'nata de coco'..dipotong dadum dalam kontena banyak jual disupermakret.

    ReplyDelete
  7. Kat cameron ada org juai ni..tapi yng duk sebijik lagi la...selalu terbeli yng isi dia dah keras..huhu...liat kut..:D

    ReplyDelete
  8. Assalam.
    Entah berapa tahun dulu, rasanya pernah membelinya di Langkawi, tapi dah ada rasa masam-masam! Dalam sebutir, ada berapa banyakkah isirungnya? Kalau hendak biakkan, adakah setiap isirung yang tua dalam satu-satu butir itu dikeluarkan dulu dan dibiarkan bertunas?

    ReplyDelete
  9. @ummuaidan
    Yg org buh dlm ABC tu bkn buah tal ni la ummu.. Yg tu buah kabung namanya. Nampak isi mcm sama tp rasa dan bentuk berlainan. Sebungkus dlm RM4 tp bkn hrga yg jd mslh tp nk dptkn buah ni yg payah.

    ReplyDelete
  10. @puteri purnama
    Wa'alaikumusallam cikgu,
    Nata de coco dibuat mengguna kelapa sepenuhnya. Yg bentuk dadu mcm isi buah tal ni diproses menggunakan air kelapa.

    ReplyDelete
  11. @hitomi lavender
    Buah tal dlm entri sblm ni (link tu) saya beli dan snap foto kat cameron highland. Ada org juai kat tepi jln selepas S corner tu. Yg dh liat tu isi buah tal yg matang/tua. Isi tal pn sama mcm nyoq juga.

    ReplyDelete
  12. @Temuk
    Kat Langkawi skrg, hanya jusnya dijual dan buah kelapa laut ni sbg pameran saja. Dlm sebiji buah tal biasanya tiga atau kurang isirungnya. Nk mengambil isi buah yg muda, ia perlu dibakar dahulu. Saya sendiri tak pasti bagaimana cara utk semai biji benih kelapa laut ni.

    ReplyDelete
  13. Buat tal yg muda mmg best je mkn, kalo yg tua tak dapat nak kunyah2 bagi hancur, jadi mcm bersepah lak dlm mulut

    ReplyDelete
  14. Isi tal mmg sama dgn isi kelapa. Kalo yg muda lembut dn sdp dikunyah. Yg dah tua, keras dan bersepah kalau kita mkn. Tak smpt nk snap gmbr isi tal yg akak sira hari tu.

    ReplyDelete