Sunday, January 6, 2013

Orkid - Satu Ketika & Kini

Sebagai peminat bungaan dan landskap, pokok orkid merupakan salah satu daripada pokok hiasan yang menjadi pilihan saya. Kira-kira lapan tahun lalu, saya membeli pokok-pokok orkid dan membina sebuah rumah orkid untuk menempatkan koleksi yang ada. Biasanya saya membeli pokok orkid dengan melihat warna dan bentuknya. Pokok yang dah berbunga dan mekar selalunya dibawa pulang. Itu cerita lama. Setelah berpindah ke tempat baru, pokok-pokok orkid ditinggalkan. Beberapa tahun lepas rumah orkid runtuh kerana faktor usia. Kini, mereka mendapat rumah baru dan dibawah jagaan baik bonda saya. Bunga-bunga orkid dalam entri ini adalah antara yang mekar semasa saya balik kampung hujung tahun lepas.

Bunga orkid yang disirami titisan hujan musim tengkujuh.

Warna bunga orkid ini memikat hati. Ketika membeli pokok ini dulu, bunga-bunganya sedang mekar.

Bunga orkid mekar dengan indah bila dijaga dengan baik oleh bonda saya.

Orkid ini hanya tinggal sekuntum. Bila disentuh, bunga gugur. Terpaksa panggil model kecil pegang bunga untuk diambil fotonya.

Tak pasti kenapa kelopak orkid jadi kegemaran serangga perosak sedangkan yang lainnya tak diusik.

Antara bunga orkid yang mekar ketika sesi fotografi dibuat. Yang lain, belum keluar tangkai bunga baru dan ada yang belum mekar bunganya.

16 comments:

  1. salam.. cantik2 bunga orkid ni.. k mar tak pandai jaga orkid.. dulu ada beli orkid warna oren.. sekejap je dah wassalam ..

    ReplyDelete
  2. Salam che adry...
    wah banyak betul orkid yang che adry tanam yer..mudah pulak hidup kan...nama2 khas setiap jenis takder?

    ReplyDelete
  3. @suka suka
    As salam kak mar,
    Pkk orkid ni kalau kena gayanya, mudah je nk menjaganya. Plg penting pkk orkid tak blh kena pancaran matahri secara terus. Sebaiknya diletak di bawah naungan spt pkk teduhan pkk besar dan rumah khas utk orkid yg ada atap jaring tu.

    ReplyDelete
  4. @ummuaidan
    As salam ummu,
    Pkk2 ni dh lama saya beli dan tnm. Skrg kat kg dn dijaga oleh bonda saya. Kalau dibandingkan dgn kaktus, orkid lbh senang dijaga. Nama2 khas utk orkid yg saya tnm saya tak pasti sbb semuanya varieti baru dan pastinya bermula dgn nama Dendrobium dan nama keduanya org buh ikut suka je skrg. Ada nama org dan nama tmpt.

    ReplyDelete
  5. Assalam, en daun. bnayknya munge okid, blk hari tu tak sempat ronda keliling kawasan, hujan sokmo. Nasib baik model cilik bagi kerjasama, kalo di lunyai munge tu habis la sejenis munge heheh. Ada lg ke N3 dari desa

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum en adry...cantik bunga orkid ni..sya minat jgk orkid ni..tp sy tanam tak pernah berbunga kut.hehe...mula minat orkid sejak baca cerpen dendrobium(betuikah ejanya...hu) untuk cikgu....pi cri kat kamus..mula2 ingtkan apa la dendrobium ni..rupa2nya satu spesis orkid....hehe..

    ReplyDelete
  7. @EmbunRosaliza
    As salam kak rosa,
    Masa blik hari tu, orkid byk yg berbunga. Bonda jaga dgn baik, rmh orkid yg baru pn dh ada. Model cilik tu dididik utk hargai alam dan pokok. Kdg2 tu dia yg kalut suruh ambil gmbr pkk dan bunga..hehe..

    Foto x byk yg smpt ambil sbb hujan hmpir sepanjang hari masa dok kat kg hari tu.

    ReplyDelete
  8. @hitomi lavender
    Wa'alaikumusallam Yana,
    Bunga2 orkid mmg cantik sbb tu saya suka tnm dn tgk. Bunga mekar dlm jumlah yg byk dan lama dlm satu2 masa. Kalau pkk orkid yg Yana tu terus hidup maknanya Yana hmpir berjaya. Satu perkara yg penting utk pkk orkid ialah kita letak orkid ni. Ianya perlu ada teduhan dan terlindungi drp pancaran terus matahari.

    Dendrobium tu bkn salah satu spesis orkid tp nama pertama utk semua spesis orkid. Nama botani bagi orkid bermula dgn Dendrobium dan diikuti nama kedua dan ketiganya

    ReplyDelete
  9. Oo..haha..baru tau..semua orkid pun nam dendrobium..ooo..nanti bolehla tanam orkid balik...yang jenis vanda2 tu kut yang lawa ek..yang senang keluar bunga xdak ka en adry?

    ReplyDelete
  10. cntiknya bunga orkid ni...rajin betol berbunga..x sabar nk balik kmpung

    ReplyDelete
  11. @hitomi lavender
    Hehe..dendrobium tu nama latin utk semua spesies orkid. Kalau bkn mula dgn dendrobium tu bkn orkid wlpn bunganya hmpir sama. Dendrobium vanda tu takdak dlm koleksi saya. Pkk dia yg mcm lipan tu kn..

    ReplyDelete
  12. @ezzyra
    Pkk2 ni yg kita beli kat pasar tani dulu. Bonda yg jaga, pkk orkid rajin berbunga la.

    ReplyDelete
  13. salam Adry,
    saya terlepas entry ni.Nak tanya mengenai orkid.
    Orkit yg ditanam dari keratan batang, tanam guna tanahke?.

    Ada org.bagi keratan orkid tu..saya lupa tanya nak tanam macam mana.Saya tak pernah tanam orkid.

    ReplyDelete
  14. As salam cikgu,
    Orkid biasanya org tnm guna pecahan anak tunas. Keratan btg ut jrg org buat kecuali yg dh keluar akar pd bhgn btg pkk. Biasanya yg guna pecahan anak ditanam tnpa tnh. Guna campuran sabut kelapa, arang( arang batu bkn arang kayu yg dibakar) dan pecahan bata/pasu tanah liat. Jgn lupa siram secara kerap sehingga akar mula mencengkam pada medium.

    ReplyDelete
  15. wah..cantik2 la bunga orkid ni.
    mesti baunya pun wangi..

    ReplyDelete
  16. Bunga orkid yg dlm foto ni tak la wangi sangat baunya. Setakat bau-bau orkid je. Ada spesis orkid yg mengeluarkan bau yg sangat wangi.

    ReplyDelete