Wednesday, January 2, 2013

Kebun Kecil Tepi Pagar - Setelah 12 Hari (Ep. 4 : Ceria)

Lada solok yang berbuah agak banyak biarpun pokok masih kecil dan ditinggalkan tanpa sebarang penjagaan selama 12 hari. Pokok lada solok ada dua pokok yang berbuah. Yang lain baru ditanam dan masih kecil.

Biarpun tanpa siraman dan kawalan serangan serangga perosak, kobis cina hidup subur. Ianya  mengujakan tuan kebun biarpun ada yang mati atau rosak tapi peratusannya kecil.
.
Sawi putih tetap hijau walaupun saiznya mengecil daripada biasa. Perhatikan tanah sekitarnya kering dan merekah. Ada juga yang terencat pembesarannya. Sawi-sawi ini telah pun dituai, jumlahnya melebihi keperluan tuan kebun. Sebahagian diberikan kepada saudara-mara. Tuan kebun masih dapat masak sawi putih dua kali.

Biji bunga matahari dah pun menjadi benih. Saya kutip dan simpan untuk ditanam selepas ini.

19 comments:

  1. hairan sungguh sy kenapa cili sy sebiji sebiji je berbuah....sawi-sawi tu sgt gemok!

    ReplyDelete
  2. seronoknya ade kebun..suma dh dpat hasil..lgi seronok

    ReplyDelete
  3. @nadia rashid
    Cili yg nadia tu nak suruh tuan dia berjimat cermat. Blh guna sebiji utk sekali masak..hehe.. Cili jenis apa yg nadia tnm tu ye? Kalau pokok cili tu subur, ia tak ada masalah utk berbuah dgn lebat.

    ReplyDelete
  4. @ezzyra
    Kebun kecil je tp ada mcm2 jenis sayuran yg digemari. Best bila dpt hasilnya.

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum
    Selamat Tahun 2013. Seronoknya lihat cili solok tu. Tentu menarik, rasa dan rupanya, jika si cili putih-kuning itu dijadikan sambal belacan.

    ReplyDelete
  6. Assalam che adry...
    mmg ceria betul..banyak hasil kebun tuh ..berbaloi menanam...sy punya bnga matahari selalu jer bijinya hampa..tak tahu naper..

    ReplyDelete
  7. Salam en.adry,

    Dalam pada episode sedih....episod gembira tak kurang hebat. Sawi batang putih tu sebesar2nye,dah macam rupa kubis pun ada jugak.

    Kubis cina pun tak mau kalah. Cili solok tu benih en.adry beli dari en.is ka? saya tanam tak hidup2. :)

    ReplyDelete
  8. @zamzurina zulkafli
    alhamdulillah, cili solok yg dua pokok pertama saya tanam berbuah agak lebat biarpun pkk masih kecil. Saya dah tnm 10 pkk cili solok utk tmbh bilangannya.

    ReplyDelete
  9. @Temuk
    Wa'alaikumusallam cikgu,
    Selamat menyambut tahun baru 2013 buat cikgu. Cili solok ni sebenarnya khas digunakan untuk membuat solok lada. Solok lada adalah masakan tradisional Kelantan yg menggunakan cili dan dibahagian tengahnya diisikan dgn kelapa parut+isi ikan dan bahan2 lain. Salah satu keistimewaan cili solok adalah rasanya yg tak begitu pedas.

    ReplyDelete
  10. @ummuaidan
    As salam ummu,
    Alhamdulillah..saya puashati dgn hasil tanaman dlm kebun kecil ni. Bunga matahari yg saya tnm ni, ada juga bijinya hampa tapi tak byk. 80% drpnya blh dijadikan biji benih.

    ReplyDelete
  11. @Ibu Qistina
    As salam Ibu Qis,
    Bila ada episod sedih, ada la episod ceria dan happy tu. Saya pn agak terkejut bila tgk sawi putih dan kobis cina yg hidup subur walaupun tak dijaga dan diberi perhatian 12 hari.

    Biji benih cili solok tu saya order drp en Is. Biji benih cili perlukan penjagaan yg baik ketika semaian sbb semut suka makan biji cili. Saya pn semai dua kali baru bercambah. Tu pun kena guna tanah khas utk semaian dan tempat semaian saya letak di tempat tinggi. Semut tak jumpa cari, nak panjat diorg tak larat..hehe.. Bila dah bercanbah dan kuat, blh pindah ke tmpt biasa.

    ReplyDelete
  12. en adry,

    sy tanam lada besar..berbuah sebutir jugak..lada jarum..pun kalu masak sebiji sebiji..cilipadi yg pendek2 tu pun sama..sebiji sebiji...huhu memang nasib berbuah sebiji..nak letak dlm budu pun tok braso..:D

    ReplyDelete
  13. Pkk cili yg Nadia tnm berbuah lebat tp masak sebiji sebiji ke? Kena kutip simpan dlm peti ais dulu. Kumpul bagi byk, blh buh dlm budu..hehe..

    Kalau buahnya kurang, Nadia cuba buh baja utk buah. Byk la nanti buah2 cili tu.

    ReplyDelete
  14. Teringat dulu akk ada tnm lada solok tu, mmg rajin berbuah, dah lama tak tanam benih dh x ada. Rajinnya pokok ni berbuah, suka tgk

    ReplyDelete
  15. Kalau akak nak tnm, biji benih lada solok ni dah simpan kat pkk. Nanti blh bagi kat akak. 2 pkk yg berbuah sbb tnm lbh awal. Yg lain2 baru nk membesar.

    ReplyDelete
  16. Salam,

    Seronoknya tengok bendi dan lada solok tu..lama tak bercucuk tanam..teringin nak mula semula..

    ReplyDelete
  17. As salam Kniedaz,
    Teringin nk mula semula tu maknanya sblm ni dh biasa bertanam la ye. Kalau ada ruang(tnh atau tmpt) dan masa, blh sgt2 kalau nk bercucuk tnm tu. Blh mkn sayur segar drp titik peluh sndiri.

    ReplyDelete
  18. Cari nama lada solok..terjejak di sin

    ReplyDelete