Friday, September 28, 2012

Tridax Procumbens

Tridax procumbens yang berasal dari USA. Setakat ini belum ada nama dalam Bahasa Malaysia, mungkin ia boleh dipanggil dengan nama daisi tridax atau rumput butang kot.

Tridax Procumbens merupakan spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga daisy. Tumbuhan ini lebih dikenali sebagai rumpai perosak. Ia berasal dari kawasan tropika Amerika dan telah disebarkan ke kawasan tropika, subtropika dan kawasan sederhana di seluruh dunia. Ia disenaraikan sebagai rumpai berbahaya di Amerika Syarikat. Tridax procumbens juga dikenali dengan nama coat button dan tridax daisy. Rumpai ini membiak melalui biji benih yang disebarkan oleh angin. Rumpai ini biasa dilihat tumbuh meliar di kawasan terbuka, padang rumput, tepi longkang tanah pertanian, kawasan terbiar dan tepi jalan. Ia bersifat lasak kerana mampu bertahan di kawasan yang kurang subur. 

Biarpun ia dikategorikan sebagai rumpai perosak, Tridax procumbens juga berguna sebagai herba tradisional dan bersifat antivirus, anti oksidan dan antibiotik. Ia juga dikatakan berguna sebagai rawatan untuk luka kecil dan gigitan serangga. Di India, jus daripada daun tridax procumbens dicampurkan dengan beberapa bahan lain digunakan sebagai tonik untuk menghitamkan rambut. Daunnya digunakan untuk menyembuhkan luka dan menghentikan pendarahan. 

Tridax procumbens masih disenaraikan di Amerika Syarikat sebagai Rumpai Berbahaya dan diuruskan di bawah Federal Noxious Weed Act.

8 comments:

  1. Salam En. Adry, rasanya tumbuhna nie banyak terdapat dikawasan yg tak terurus sikit kan..tapi byk juga yg kita tak tahu pasal kegunaannya..good information yg dikongsi, thanks..

    ReplyDelete
  2. As salam ummu,
    Tridax procumbens ni dikategorikan sbg rumpai dan ia byk tumbuh liar di kawasan lapang terbiar. Biarpun ia dianggap sbg perosak tp ada juga gunanya kepada kita. Begitu juga lalang, pulut-pulut dan semalu.

    ReplyDelete
  3. Gambar bunga tridax ni ada dlm entri bunga part xxxi.

    ReplyDelete
  4. bunga ni banyak kat rumah saya...

    ReplyDelete
  5. Bunga tridax blh dikatakan cantik tp saiz bunga agak kecil dan ia termasuk dlm kategori rumpai perosak.

    ReplyDelete
  6. As-salam
    Cantiknya tanah tempat menyemai tu! Juga geram lihat bendi singa yang come lote buah dan pokoknya. Saya pernah lihat orang memanggang bendi atas bara, di negara Amerika Latin, kalau tak silap. Walau tak pernah cuba, saya agak rasanya mesti "best".

    ReplyDelete
  7. As salam cikgu,
    Tanah utk menyemai biji benih tu saya beli. Kalau saya guna tanah biasa, ada semut yg memakan cambahan anak pokok. Bendi singa mmg jenis pokok dan buah yg besar, kena pula tanah tempat saya tnm ni jenis subur dan masih kaya dgn nutrien. Sebenarnya tmpt saya bertanam ni ada tiga lapisan.

    ReplyDelete