Wednesday, September 26, 2012

Kebun Kecil Tepi Pagar - Bunga Petola Ular & Bendi Singa

Bunga petola yang sudah lama tidak saya lihat. Kali terakhir lihat bunga petola ular ialah semasa sekolah rendah. Waktu itu, petola ular ditanam oleh bonda saya di kawasan tepi rumah. Saya sendiri dah lupa bentuk bunga petola  ular ni. Bunga ini mekar pagi tadi dan ia adalah bunga yang pertama daripada pokok yang saya tanam..

Bunga bendi singa. Bendi merupakan tumbuhan yang sama famili dengan bunga raya iaitu malvaceae. Selain bunga raya, ia juga berkongsi famili dengan roselle, kapas hantu, asam paya dan jerun. 

12 comments:

  1. assalammualaikum Adry,

    cantik lah kedua dua bunga tu..
    Bunga petola ular tu, bukan warna kuning?..rasanya saya pernah nampak bunga tu warna kuning.

    Apa pun tahniah, kejap lagi dapatlah hasilnya.Tak tanam bunga mata hari?

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumusallam cikgu,
    Bunga petola bagi sangat cantik dan unik. Warnanya putih bersih, siap ada rambu-rambu lagi. Saya sendiri krg pasti warna sebenar bunga petola ular sbb dh bertahun-tahun tak tgk rupanya. Bunga petola segi dan petola sarang mmg kuning warnanya. Petola ular yg saya tnm ni mungkin varieti baru. Buah petola ular dah nmpk kat bhgn bunga tu.

    InsyaAllah akan dpt hasil dr titik peluh sendir nanti. Bendi pun bah mula mekar pagi tadi. Bunga matahari saya blm semai lagi biji benihnya. Nk tumpu kpd sayuran dulu.

    ReplyDelete
  3. oh mungkin saya silap tengok antara petola ular dan petola sarang.
    Petola sarang panjang dan tidak bersegi kan.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum En. Adry,

    Wah bunga petola lain yer ngan bunga petola biasa, lagi cantek...petola ular kalau masak lemak sedap jugak takkpun goreng..apapun nanti dptlah rezeki en. adry sekeluara ya..

    ReplyDelete
  5. First time tgk bunga petola ular..macam ada reben halus pulak. First time makan sayur ni di kedai mamak

    ReplyDelete
  6. @Puteri Purnama
    Saya dh buat rujukan mengenai petola ular ni. Bunganya mmg mcm ni. Petola sarang buahnya sebesar betis dan agak pendek berbanding petola ular. Petola ular bentuk mcm ular sbb tu org panggil dia petola ular..hehe..

    ReplyDelete
  7. @ummuaidan
    Wa'alaikumusallam ummu,
    Walaupun dlm spesis dan keluarga yg sama, bunga petola ular dgn petola biasa sgt berbeza. Bunga petola ular lbh unik dan cantik. Petola ular ni saya lbh suka dimasak lemak putih, buh lada besar hijau. InsyaAllah ada rezeki utk kami.

    ReplyDelete
  8. @suka suka
    Masa kecik2 dulu saya biasa tgk bunga petola tp dah lupa bentuknya bagaimana. Skrg baru dpt lihat semula bunganya. Cantik bunganya, warnanya putih bersih.

    ReplyDelete
  9. Cantik bunga petola ular tu..nak cuba semai lagi la benihnya..

    ReplyDelete
  10. Bunga petola agak unik dan cantik. Bunganya juga berbau harum spt bunga2 putih yg lain. Kena cuba semai lagi biji benih petola ular, mungkin ia menjadi selepas ini.

    ReplyDelete
  11. Dah tumbuh kut pokok petola ni en adry.tp x tau la petola apa ni.ingatkn lbu air..sbb x ltak penanda.huhu..

    ReplyDelete
  12. Saya dh gi komen kat posting hitomi yg tu. Nmpk mcm anak petola, nk tau petola apa hitomi blh check bau daunnya.

    ReplyDelete