Friday, September 21, 2012

Kebun Kecil Tepi Pagar - 11 Hari Berlalu...

Anak kacang panjang galaxy.

Lalat sedang berehat di atas daun anak timun jepun.

Tembikai kuning. Tanam sebagai percubaan kerana kata orang tanah di sini tak sesuai untuk tembikai kuning.

Bendi singa yang membesar dengan sihat dan subur. Tanpa sebarang baja dan racun, ia tumbuh subur kerana tanah masih kaya dengan nutrien. Ada serangga perosak yang menghisap cecair bahagian bawah daun. Saya tenyeh dengan jari je..hehe..

Kudup bunga yang bakal menghasil buah bendi singa. Tangkai daun berwarna merah seperti disapu cat.

Anak pokok markisa yang disemai daripada bahagian pucuk pokok markisa yang terputus. Disemai dengan doa dan harapan agar ia hidup dan membesar. Alhamdulillah..ia memberi perkembangan positif. Lihat, tangan si anak memaut badan emaknya.


Anak pokok tumbuh dengan sendiri. Bila besar ia akan menghasilkan buah yang boleh dimakan. Pokok apa ni ye..?

Pokok selom yang disemai menggunakan batang selom dari pasar. Bahagian lembut dimakan sebagai ulam, yang tua dan liat boleh disemai untuk dimakan suatu hari nanti.

9 comments:

  1. Assalamualaikum en. Adry,
    kacang panjang galaxy apa beza nya ngan kacang panjang biasa? .. teringin nak tengok hasil tembikai kuning en. adry..moga berhasil hdknya..yg bendi singa tuh berbuah lebat yer? kat umah ada tanam bendi yg buahnya blh tahan la byk..pastuh pokok pun lama jgk dok berbuah.tak tahu jenis yg sama tak..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. bagus blog ni...saya suka tumbuhan & bunga

    ReplyDelete
  4. subur nya tanah tempat ni. pokok selom ni boleh tanam ditanah macam ni?, biasanya dia perlukan kawasan berairkan macam kangkung.

    ReplyDelete
  5. @ummuaidan
    Wa'alaikumusallam ummu, kacang pjg galaxy ni kali pertama saya tanam. Tak pernah tgk buah mcmana. Rasanya kacang pjg varieti baru yg lbh tahan penyakit dan berbuah lbt. Penama tembikai kat sini cakap tambikai kuning tak sesuai dgn tanah, mereka lbh suka tnm tembikai merah tanpa biji dan tembikai madu. Bendi singa berbuah lebat dan pokoknya besar.

    ReplyDelete
  6. @Puteri Purnama
    Tanah yg saya guna utk buat kebun ni adalah tanah batas sawah padi. Tanah memang jenis subur. Pokok selom blh hidup subur biarpun tidak berdekatan dgn air asalkan kita siram supaya tanah tak kekeringan.

    ReplyDelete
  7. Assalam Adry,
    lalat atas daun tu, sedang bersedia tunggu buah keluar, dah bersedia ke perangkap lalat buah nye? hehehe..baik sedia awal2 agar tak berebut ngan serangga ni.

    ReplyDelete
  8. As salam cikgu,
    Hehe...yg ni lalat rumah, bkn lalat buah. Lalat tu dok berehat sambil sedut oksigen je..lenguh sayap kot.

    ReplyDelete