Tuesday, October 2, 2012

Yang Singgah Di Sini...

Mereka sering kelihatan singgah dan hinggap di sini tapi ada juga spesis burung yang sangat jarang untuk dijumpai seperti tiung belacan. Burung-burung lain yang biasa dilihat di sini adalah dendang selayang, melilin, bangau, camar, layang-layang, helang, butbut dan beberapa spesis yang tak dikenali oleh saya.

Burung kelicap yang sering kelihatan singgah untuk menghisap madu bungaan.
Saya hanya sekali lihat burung ini singgah di sini. Sempat ambil dua keping gambar dan ia terus terbang. Spesis ini jarang dilihat dan agak sukar untuk dijumpai. Burung daripada spesis tiung ini dikenali dengan nama tiung belacan. Suara tidak merdu seperti saudara rapatnya iaitu tiung emas.

Burung cecawi yang kesejukan selepas hujan lebat. Singgah hanya sekejap sebelum terbang. Spesis cecawi anting-anting sering kedengaran suaranya tapi payah untuk diambil gambar. Bila nampak orang, ia terus terbang jauh.

Penangkap ikan atau udang yang mahir. Ia juga pakar terjun junam. Pekaka yang berehat di atas kabel elektrik.


12 comments:

  1. Salam En. Adry..wah banyaknya burung2 yang singgah...seronok kan..burung kelicap yg kecil warna warni tuh lama dah tak tengok, pekaka juga biasa tgk masa kecil2 dulu kat kampung nenek..burung2 yg boleh ditangkap sembelih tak terdpt ker?

    ReplyDelete
  2. comel je burung kelicap, suka tgk aksi dia hisap madu bunga...

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum Adry,
    Tiung yg dalam gambar ni ke yg boleh diajar bercakap meniru suara manusia?

    ReplyDelete
  4. saya juga singgah sini berkongsi ruang...........

    burung pekaka, bulunya memang cantik,rasa nak pegang....he...he...
    tolong tangkap.....boleh...

    ReplyDelete
  5. @UmmAidan
    As salam ummu, nama kat profil dh tukar ye. Byk spesis burung yg ada kat sini. Plg byk ialah burung gembala kerbau dan merbah kapur. Burung kelicap spt dlm foto ni jenis besar. Kelicap mayang. Burung pekaka biasanya berkait rapat dgn bendang padi. Ada bendang, ada la burung ni. Burung yg blh dimkn tu byk spt kelicap kalau rajin nk proses. Spesis merbah, wak-wak, ayam-ayam tapi kebanyakan burng2 ni dh dilindungi sbb diancam kepupusan. Jadi, lbh baik kita mkn ayam je. Kalau nk mkn daging burung mkn je daging burung puyuh. Siap diproses dah..hehe..

    ReplyDelete
  6. @Aishah Jahirah
    Burung kelicap mmg comel dgn bulu berwarna-warni. Ia suka terbang dari sekuntum bunga ke bunga lain dan plg suka tgk ia terbang setempat sambil menghisap madu.

    ReplyDelete
  7. @Puteri Purnama
    Wa'alaikumusallam cikgu, tiung belacan ni saya krg pasti blh diajar meniru suara manusia atau tidak sbb ia spesis yg sukar ditemui. Rasanya blh sbb spesis tiung spt tiung emas dan tiung gembala kerbau ada kebolehan utk meniru pelbagai jenis suara burung lain.

    ReplyDelete
  8. @zul permatang badak
    Cikgu pun singgah kat sini tapi skrg jarang nampak sbb sibuk kot. Pekaka yg selalu kita tgk ada dua warna kan? Satu yg spt dlm gmbr ni dan satu lagi warna kebiruan dan dada putih. Pekaka ni mmg pyh nk dekat, nmpk je org gi dkt, ia terbang lari.

    ReplyDelete
  9. pertama kali dgr nama burung tiung belacan...

    akak suka dgr bunyi burung tukang...sayup dan syahdu...

    ReplyDelete
  10. Burung tiung belacan ni krg terkenal sbb suaranya tidak semerdu sedara terdekatnya iaitu tiung emas. Suaranya agak kuat, kasar dn lantang. Burung tukang pn ada juga di sini tp ia hanya bertukang pd waktu mlm. Pyh nk tgk.

    ReplyDelete
  11. Mmg byk spesis burung yg jrg dilihat kat sini. Kalau nasib baik blh tgk burung cecawi anting terbang. Burung melilin melayang, dendang selayang yg berdendang merdu atau sang helang yg digeruni.

    ReplyDelete