Wednesday, November 23, 2011

Buah Nona

Nona yang telah masak.

Buah nona yang dah masak dipetik dari pokok ini. Ia dipetik semasa hampir masak untuk mengelakkan daripada dimakan oleh haiwan yang berminat dengan kesedapannya. Diperam selama sehari dan apabila masak, kulit buah nona yang ketika muda berwarna hijau gelap berubah menjadi hijau kemerahan. Rasa buah nona ini jauh lebih manis berbanding durian belanda dan nona serikaya(sekaya). Tekstur isinya lebih kurang sama dengan saudara terdekatnya tetapi rasanya manis bersari.

19 comments:

  1. sedapnya.... kecur liur... *teringat zaman kanak2* :)

    ReplyDelete
  2. Memang sedap. Sapa yg penah mkn buah nona ni mesti tau rasanya sedap. Nona yg asli ni tak dijual di pasaran.

    ReplyDelete
  3. Isi dia dh abes la kak rosa. Lbh kurang sama dgn durian belanda je bentuk dn warnanya. Cuma rasa yg sgt berbeza.

    ReplyDelete
  4. buah msak kaler merah?ingt kaler hijau jgk...hee

    ReplyDelete
  5. Buah nona yg asli ni bila masak kaler hijau masa muda jadi merah.

    ReplyDelete
  6. terasa macam dah sampai di mulut (,")

    ReplyDelete
  7. Kalau dh biasa mkn, mgkn blh terasa dah sampai ke mulut sbb dh tau rasanya mcmana. Blog Sya dh ok ke? Setiap kali nk masuk, ada warning malware detected..

    ReplyDelete
  8. ooo...masak merah deh,comel buah ni..
    ni nona sebenar......
    sbb tu ramai hok keliru dgn srikaya....
    promosi srikaya kuat kut....ialah...benih baru/buah besar....

    jadi untuk mempermudahkan panggilan/pengenalan......nama nona tu masih digunakan.....

    tanpa merujuk buah asli...ramai yg keliru.....

    ReplyDelete
  9. Buah nona original ni bila masak, kulitnya berubah jadi hijau kemerahan. Mmg comel dn sgt pyh nk jumpa buah nona yg jenis ni. Nona srikaya dijual sbb ada yg diimport dan ditanam secara ladang di Malaysia. Nona yg asli ni dh jadi buah nadir sbb pokoknya yg semakin berkurangan.. Nona srikaya dipanggil nona sbb ia juga drp spesis dn famili yg sama tp nona yg asal adalah berlainan dr segi rupa dn rasa.
    saya ada simpan biji drp buah ni utk disemai. Kalau cikgu berminat nk tnm nona asli ni, e-mail alamat cikgu. Nti saya poskn biji benih kpd cikgu. Ni e-mail address saya, danisma08@yahoo.com.

    ReplyDelete
  10. Assalam. Eh,eh, seronoknya tengok nona lain pula! Kalau lebih sedap drpd si serikaya, tentulah mahal harganya. Tapi kempunanlah kalau cari kat pasaraya, agaknya. Kalau ada gambar isi & bijinya lagi gembiralah saya menontonnya. Terima kasih berkongsi maklumat.

    ReplyDelete
  11. As salam cikgu,
    Nona yg dlm foto ni jenis nona yg asli. Nona yg sejak dr dulu lg ditanam. Nona ni dah semakin sukar nak jumpa. Yg ada dijual nona drp spesis berlainan dn kebanyakan diimport. Gambar isinya tak smpt saya nk fotokan, InsyaAllah pd masa2 lain akn dipaparkan di sini.

    ReplyDelete
  12. buah nona antr buah favourite lady..

    ReplyDelete
  13. Buah nona mcm yg dlm n3 ni mmg sedap sbb isinya manis.

    ReplyDelete
  14. sedapnye!!suke sgat lamae xmkan..okok kat umah tu dah mati..hukhuk..teringinnye..

    ReplyDelete
  15. Rasa buah nona yg ni mmg sedap. Nona jenis ni tak dijual di pasaraya sbb ia buah yg asli. Pokok nona jenis pokok yg tak lasak dgn persekitaran dan ia blh mati dgn buah2 yg masih ada di hujung ranting.

    ReplyDelete
  16. buah ni mmg sedap....sellu berebut dengan tupai...

    ReplyDelete