Friday, November 25, 2011

CHOGM Park - 22 Tahun Telah Berlalu...

Taman CHOGM dibina sempena CHOGM yang berlangsung di Langkawi pada tahun1989.

Terletak bersebelahan masjid Al-Hana di Kuah, taman CHOGM diwujudkan untuk memperingati Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel yang diadakan di Langkawi pada Oktober 1989. CHOGM adalah sidang kemuncak dwitahunan yang disertai semua ketua kerajaan dari negara-negara Komanwel. Setiap dua tahun, mesyuarat ini akan dikendalikan oleh negara ahli yang berbeza dan biasanya dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau Presiden. Sebagai kenangan, delegasi dari negara yang bermesyuarat di sini menanam pelbagai jenis pokok di taman ini. Kini telah lebih dua dekad berlalu, pokok-pokok yang ditanam telah membesar dan ada yang mati. Kebanyakan pokok yang ditanam adalah pokok tanjung. Setiap pokok ditandakan nama dan negara asal penanamnya.

6 comments:

  1. Taman CHOGM ni sbg peringatan kpd satu sejarah yg berlaku di sini.
    .

    ReplyDelete
  2. mesti wangi bau taman ini sebab banyak pokok tanjung..

    ReplyDelete
  3. taman yang indah...sejarah yang baik untuk dikenang!

    ReplyDelete
  4. @LadyBird
    Memang wangi sbb byk pokok tanjung tp kena gi masa pokok tanjung berbunga la. Penuh kat tanah dgn bunga2 tanjung yg gugur.

    ReplyDelete
  5. @KELI OH KELI
    Taman indah dan mempunyai sejarahnya tersendiri sbg ingatan utk generasi masa depan.

    ReplyDelete