Wednesday, July 3, 2013

Pisang Nangka & Pisang Berangan

Pisang nangka yang matang dan boleh dituai dalam bulan Ramadhan nanti. Pisang nangka sedap dimasak sebagai pengat/serawa, sira dan digoreng. Pisang nangka jarang dimakan segar kerana rasanya sedikit masam.
Pisang nangka ini ditanam oleh saya di luar kebun kecil saya dan pernah diceritakan dalam entri sebelum ini.

Pisang berangan antara pisang paling mendapat permintaan tinggi di pasaran dan ianya pisang kegemaran saya. Pisang berangan segar dari ladang/kebun sendiri lebih memberi kepuasan kepada penanamnya. Pisang berangan ini adalah jenis kampung yang mempunyai bintik-bintik hitam pada kulitnya. Pakar kesihatan sepakat mengatakan pisang berangan jenis ini lebih baik berbanding berangan klon/varieti baru.


22 comments:

  1. sedap goreng pisang nangka selain pengat akak bakar dlm pemanggang ajaib tak buang kulit di belah dua dan buat rebus pisang jugak sedap.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pisang nangka ni saya biasa makan yang digoreng, rebus, sira, pengat dan mentah tp belum pernah yg bakar guna double grill pan tu. Masa bakar tu, bubuh apa2 tak kat pisang? Garam? Gula? Marjerin?

      Delete
    2. tak letak apa apa perasa pun bg dia perang perang sikit je tp memang sedap

      Delete
    3. Rasa pisang nangka yg asli..masam2 manis. Nak kena cuba bila pisang dlm gmbr dah masak, double grill pan dah ada.

      Delete
  2. salam
    saya pun suka pisang nangka..mmg sedap di goreng..org putih cakap pisang nangka apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam ady,

      Memang sedap pisang nangka goreng dan ianya jenis pisang terbaik utk digoreng. Jarang sangat org jual pisang goreng yg gunakan pisang nangka krn harganya mahal berbanding pisang awak yg jadi pilihan penjual pisang goreng. Kalau kita baca rencana/artikel dlm bahasa Inggeris, pisang nangka tetap dikenali dgn nama pisang nangka. Tak pula diubah jadi jackfruit banana...hehe..

      Delete
  3. pisang berangan ni sesuai sangat dengan siapa pun.. kalau org asma pun boleh makan sbb tak bisa.. and kalau dlm pantang pun boleh makan juga.. :) kalau pisang lain kena tunggu betul2 habis pantang.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu dalam pantang boleh makan pisang berangan ye. Ingat kot jadi sejuk badan kalau makan buah pisang ni.

      Delete
  4. pisang nangka yg dh hampir masak tu goreng...sedapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pisang nangka yg baru nak masak adalah yg terbaik utk digoreng, disira, dibuat pengat dan direbus. Kalau dah ranum, isinya mudah hancur/mencair. Oleh kerana pisang ni akan dituai dalam bulan puasa, pengat atau sira yg jadi keutamaan saya.

      Delete
  5. sedapnya pisang nangka goreng atau buat pengat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di bazar Ramadhan, pengat dan sira pisang nangka dijual 3 keping(pisang belah 3), RM2. Nanti boleh buat pengat sendiri.. Bestnya.

      Delete
  6. sy pun suka sangat pisang nangka yang digoreng, nyum, nyum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak saya pindah dan duk kat sini, tak pernah jumpa org jual pisang goreng guna pisang nangka. Rindu la pulak kat pisang nangka goreng. Jadi, saya import anak pokok pisang nangka dari kampung dan tanam kat sini. Dpt la makan pisang nangka goreng sepuas hati..hehe..

      Delete
  7. Kalau pisang tu dilenyek2, campur sedikit tepung, bakar dlm daun pisang, pas 2 mkn dengan kelapa parut dicicah air kopi tumbuk, confirm sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resepi atau menu yg kak ti ceritakan ni, di sini ianya dikenali sbg tempek. Mungkin ada nama lain utk makanan tradisional ni. Kopi tumbuk tu pyh dah dapat skrg ni. Kopi yg campur mcm2 tu byk org jual. Nama kopi pun pelik2.

      Delete
  8. Pisang mahal tu, tp skang ni pisang emas pon mahal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pisang berangan dan pisang nangka memang harga agak mahal di pasaran skrg ni. Bila tnm sendiri ni dapat la pisang free..hehe..

      Delete
  9. Assalam Adry,
    Dua-dua jenis pisang tu hidangan popular masa di kampung. Yg nangka selalunya digoreng, yg berangan di makan segar. Berangan macam Adry paparkan tu memang molek, isinya manis. Yg ada di pasaran sekarang, dlm sesikat pun ada yg masak ada yg tidak. Kadangkala isinya keras dan rasanya tawar. Aneh, ada pula pisang embun (ya kah embun) di pasaraya yang rupanya macam berangan. Pernah Pak Temuk tertipu, sebab tak dihidu semasa membelinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusallam Pak Temuk,

      Pisang berangan dan pisang nangka memang hidangan popular di kampung. Pisang nangka tu boleh dikategorikan sbg pisang berkelas tinggi. Apa yg saya tahu, dulu2 pisang berangan jadi kemestian utk anak murid berikan pada gurunya. Pisang nangka selain sedap digoreng, ia boleh direbus. Saya suka pisang nangka rebus sebab rasanya masam2 manis.

      Pisang yang dijual di pasar kebanyakannya dituai pada masa yg kurang sesuai kerana mereka perlu tuai hasil secara serentak. Dalam byk2, pasti ada yang kurang matang. Memang ada dan wujud pisang embun tu. Rasanya pisang tu di tempat kami ia dipanggil jelai bunga, adik beradik dgn pisang berangan. Warna kulitnya lebih kuning dan licin. Tekstur isinya tak sepadat pisang berangan. Rasa pun berbeza.

      Delete
  10. Salam. Saya berminat nak dptkan benih pisang berangan kampung ni. Jual tak, anak pokoknya?
    Anak2 saya suka mkn pisang berangan kampung. Yg jual kat supermarket diorang tak minat...lagipun buahnya besar2, jarang habis sekali makan.

    ReplyDelete
  11. Salam. Saya berminat nak dptkan benih pisang berangan kampung ni. Jual tak, anak pokoknya?
    Anak2 saya suka mkn pisang berangan kampung. Yg jual kat supermarket diorang tak minat...lagipun buahnya besar2, jarang habis sekali makan.

    ReplyDelete