Saturday, July 6, 2013

Kebun Kecil Tepi Pagar - Segar Dari Kebun 03/07/13


Tuaian kali ini sebahagian besarnya untuk diberikan kepada kawan-kawan, tuan kebun ambil sikit untuk sekali makan. Terung panjang ungu adalah hasil daripada sepokok saja. Pokoknya sekarang dah melepasi ketinggian 2 meter dan sentiasa tumbang/senget biarpun ditongkat dek kerana berat daun serta buahnya. Labu botol dibungkus dengan plastik untuk mengelak serangan lalat buah yang cukup berminat dengan buah labu comel ini. Labu botol mesti dibungkus sebaik saja bunganya kering, jika terlepas pandang pasti lalat buah akan menyuntik telurnya.  Buah labu botol perlu dibungkus keseluruhannya dan sekiranya bahagian atas buah terdedah, lalat buah tetap akan menyerang. Paling teruk, buah yang dah dituai pun diserangnya juga sekiranya kita biarkan terdedah. Sebarang jenis racun adalah dilarang sama sekali dalam kebun kecil saya. Yang mana dapat kat kita, Alhamdulillah.. Yang dapat kat penyerang tu biarlah itu rezeki mereka, kira sedekah kepada penghuni alam

20 comments:

  1. Assalam En. Adry.. alhamdulillah byknya terung tu.. akak ni belum berjaya dgn terung ni.....apa rasa labu tu ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam kak mar,
      Terung pjg ungu ada 2 pokok tp hanya sepokok yg berbuah lebat. Terung pjg ungu ada sepokok yg besardn rendang. Buahnya lebat hingga meleret atas tanah.
      Labu botol ni rasanya lbh kurang labu air yg bulat pjg tu.

      Delete
  2. tak pernah makan labu tu
    terung cina masak kari goreng ikan masin perghhh...
    tak pun buat sambal terung tak pun buat pajeri sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Labu botol ni jrg org jual kat pasar. Yg jenis lain tu byk la. Terung cina tu yg kaler apa? Ungu ke hijau? Saya tnm terung ni jadi terung melayu la pulak kan.
      Semua resepi yg Sya sebut tu dah dibuat guna terung segar dr kebun.

      Delete
    2. yang unggu tu orang sebut terung cina

      Delete
    3. Terung ungu yg dipanggil terung cina ye. Tak tau pulak saya pasal nama tu. Yg kaler hijau org panggil terung apa?

      Delete
  3. Assalam en daun, lalat buah tu sama ke dgn peringat yg suka sengat buah2 pas tu buah jadi kematu atau rosak. Banyaknya terung, akknya kebun habis pokok kering kontang dh, pokok cili dh besar pun hampir mati, tak cukup air siraman huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam kak rosa,
      Lalat buah ni ore Kelate panggil peringat/pingat buah. Labu botol yg tak smpt bungkus habis rosak. Kalau akak nak tau anak/larva lalat buah ni kita panggil ulat jentik. Ulat yg blh lompat mcm spring dlm buah nangka buruk.

      Akak tnm pokok atas tanah atau dlm bekas/pasu?

      Delete
  4. Kalau berbakti pada tanah inilah hasilnya, betul-betul segar, & selamat tanpa semburan racun. Kak t suka terung panjang ungu tu kalau buat ulam mentah. Lagipun kalau peti ais berbau, kak t suka patahkan terung tu dan letak dalamnya, hilang bau secara semula jadi. Cili segar tu pulak sangat2 sesuai kalau nak tambah pedasnya somtam, aromanya... mesti terangkat la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kata org, berbudi pada tanah ada hasilnya. Kita pun blh makan sayur yg betul2 segar dan paling bebas racun. Saya lebih suka makan terung yg dicelur atau bakar sbg ulam. Terung pn blh hilangkan bau dlm peti ais ye. Terima kasih kongsi petua kat sini.

      Cili segar tu ada 4 jenis semuanya. Ada yg sgt pedas dan ada yg kurang pedas. Sesuai nak buh dalam somtam.

      Delete
  5. salam singgah. segar dari ladang nie..terung panjag tu sedap kalau dibakar pastu dibuat sambal..labu botol tu belum pernah jumpa n makan..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah sini. Sayuran jenis terung blh nk masak ikut citarasa kita dn yg penting ia betul2 segar. Labu botol bentuk mcm ni payah nk dpt di pasaran Malaysia. Biji benih asalnya dibawa dari Thailand.

      Delete
  6. Alhamdulillah, banyak pulak harvest en.adry.

    Labu botol tu saya tak pernah tgk lagi....tp rupa mcm labu air sikit...ape kata en.adry pos sini bagi saya test rasa.....keke. gurau jee.....

    Salam ramadhan buat en.adry sekeluarga.....salah silap harap di maafkan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harvest yg ni agak byk sbb pokok yg dalam kebun kecil saya jenis bertahan lama seperti cili, terung, labu dan petola. Kebun kecil saya dah padat skrg ni, nak lalu pun kena menyelit di celahj2 pokok. Labu botol ni sebenarnya jenis labu air juga tp berbeza bentuknya saja. Kalau ibu Qis nak tanam, blh saya hantar biji benihnya nanti. Saya ada simpan buah utk dijadikan benih(masih kat pokok lagi).

      Salam Ramadhan al Mubarak juga buat ibu Qis sekeluarga, semoga memperolehi keberkatan di dalamnya.

      Delete
  7. Salam tuan... :)

    Terima ksh msh sudi singgah teratak yg dh Nk roboh tu, harap2 bukan mcm biskut la, hehehehe

    Di kesempatan ini kami sekeluarga in gin mengucapkan Selamat menjalani Ibadan puasa buat en adry sekeluarga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam pn abby,

      Welcome back.. Rindu kat pengomen tegar blog saya ni..hehe.. Lama betoi menyepi, ingat kot dah bersara. Terima kasih, slmt berpuasa juga buat pn. abby dan keluarga.

      Delete
  8. Ehh lupa Nk ckp, labu tu comelnye... Pestime tgk, cemana rsnya Ye? Mcm labu air atau labu Oren tu? :)

    ReplyDelete
  9. Ramai org kata labu botol ni comel. Saya pun suka tgk bentuk labu botol ni. Rasanya lbh kurang labu air sbb ia spesis labu air.

    ReplyDelete
  10. Assalam Adry
    Jahat betul si lalat buah tu rupanya, ya. Asyik nak menyuntik buah kita saja kerjanya....hihi. Kalau begitu, Pak Temuk mesti selalu berjaga-jaga, sebab sebelum ini tak ambil kisah pasal kejahatan si lalat buah tu.

    Terung hijau tu rasanya Pak Temuk belum pernah makan. Suka kalau terung (apa jenis pun) sikit/kurang biji di dalamnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusallam Pak Temuk,

      Lalat buah adalagh antara serangga perosak yg paling tak disukai oleh pekebun kerana ia menyerang sekecil-kecil buah cili sehinggalah sebesar-besar buah nangka. Bila buah diserang, ia akan rosak dan menyebabkan kerugian besar kepada pekebun.

      Terung panjang hijau tu lebih byk bijinya berbanding yg ungu sebab isi yg hijau lebih padat. Untuk mengelakkan bijinya memberi masalah kpd kita, ia perlu dituai pada masa yg sesuai iaitu sebelum bijinya menjadi keras.

      Delete