Thursday, November 29, 2012

Kebun Kecil Tepi Pagar - Ulam Raja, Misi Sukses

Salah satu daripada pokok ulam raja yang ditanam menggunakan pucuk seperti paparan dalam posting terdahulu. Ianya hidup subur dan pucuknya begitu menggoda tuan kebun untuk dipetik sebagai ulam tapi misi untuk membiakkan pokok ulam raja menggunakan biji benih perlu diteruskan. Ia dibiarkan berbunga dan menghasilkan biji benih.

Inilah buah ulam raja yang dah boleh disemai. Biji benih ulam mudah hidup, saya tabur terus ke tanah.

Anak-anak pokok ulam raja dah muncul dan kali ini ia dalam jumlah yang banyak. Lepas ni tuan kebun boleh makan ulam raja segar dari kebun. Misi untuk cambahkan anak pokok ulam raja daripada keratan pucuk yang dibeli di pasar dah sukses.

10 comments:

  1. saya pun sengaja tabur-taburkan atau campak saja....
    hujan yg berterusan, keadaan tanah sedikit lembab.....benih ni cepat tumbuh....
    seronok tak sia2 harapan kita.....sana sini ulam raja...

    ReplyDelete
  2. tahniah atas misi yang berjaya....lepas ni misi ape pula en.adry?

    geram tgk ulam raja tu.....subur dan segar.

    ReplyDelete
  3. oooo boleh tanam ulam raja guna keratan pucuk...tak tahu pula sy...dulu punya la cari benih..kalau tahu boleh guna pucuk..beli je kt pasar

    tapi sekarang..hari-hari boleh mkn ulam ni..penuh belakang rumah cukup senang tumbuh!

    ReplyDelete
  4. @zul permatang badak
    Di kg, ulam raja penuh kat laman rumah, benih yg gugur blh cambah dan hidup subur. Sampai jemu nk mkn ulam raja. Skrg ulam raja pn dh ada harga.

    ReplyDelete
  5. @Ibu Qistina
    Termia kasih...misi berjaya sbb dh blh biakkan pkk ulam raja ni. Yg subur dan gemuk tu saya tak petik pucuknya sbb nk biarkn ia berbunga.

    ReplyDelete
  6. @nadia rashid
    Kebanyakan pokok blh tumbuh atau hidup dgn keratan btg/pucuk. Cuma ia perlu diberi perhatian terutamanya siraman.

    Kalo dh byk sgt, kita pn jadi jemu nk mkn tp ulam raja ni baik utk kesihatan.

    ReplyDelete
  7. Salam Nampak subur dan segar ulam raja che adry.
    makin saya tengok ulam raja nie makin terliur..nak2 makan ngan sambal belacan....

    ReplyDelete
  8. As salam ummu,
    Pkk ulam raja ni subur sbb kena dgn tanah dan musim hujan skrg. Yg ni saya biarkan utk berbuah biarpun rasa teringin nk petik utk makan pucuk ulam raja segar. Sedap cicah budu atau sambal belacan.

    ReplyDelete
  9. memang subur gebu nampaknya pokok ulamraja tu

    ReplyDelete
  10. Ulam raja ni subur sbb kena dgn musim hujan. Hmpir setiap hari hujan trn.

    ReplyDelete