Monday, November 26, 2012

Kebun Kecil Tepi Pagar - Kailan??


Pada bungkusannya tertera nama dan gambar kailan, saya beli sebungkus kerana teruja untuk makan kailan segar yang ditanam sendiri. Tiga kali buat semaian baru berjaya bercambah dan hidup. Dua semaian sebelumnya, tak berjaya kerana biji benih dimakan semut. Bila anak cambahan mula membesar, ia dipindahkan ke batas. Di tempat baru yang berkongsi dengan petola segi sebagai pokok peneduh, anak-anak pokok ini membesar. Tapi kenapa ia tak sama seperti kailan? Mungkin masih muda, pujuk hati sendiri. Namun kailan yang dinanti tak nampak rupa, semua yang ditanam bertukar menjadi sawi putih atau sawi pak choy. Magis betul...

18 comments:

  1. Haa....Bolih goreng juga...janji subur....

    ReplyDelete
  2. salam che adry..
    betulllah bila sy tgk pun pelik..
    kailan tp nampak bkan mcm kailan..mcm sawi putih jer..tersilpa benih kot ya...

    ReplyDelete
  3. fuyooo...magicnya...kailan bertukar sayur sawi batang putih. Sedap jugak tu en.adry....hehe...

    Tangan en.adry mmg tangan ajaib la,haritu semai petola ular jadi petola gamat....tak ke magic gitu...hehehe.

    ReplyDelete
  4. @zul permatang badak
    Hehe..igt kot nk mkn kailan goreng ikan masin tp kena buat menu lain dgn sawi ni. Blog cikgu dh ok ke? Tak blh nk masuk, google bg amaran malware.

    ReplyDelete
  5. @ummuaidan
    Saya tak penah tgk rupa biji benih kailan tp semai berdasarkan gmbr pd bungkusan. Biji benih yg dlm pek ni, lbh bsr berbanding sawi dan warnanya coklat cerah. Bila dh besar baru tau ia bkn kailan tp sawi putih. Rasanya silap masa kerja pembungkusan tu.

    ReplyDelete
  6. @Ibu Qistina
    Memang magis. Kailan yg ditanam, sawi putih yg hidup. Tak dpt mkn kailan goreng ikan masin pn takpa, blh buat menu masakan sayur sawi pulak.

    Hehe..tgn ajaib kot sbb tnm petola ular jd petola gamat dan ada lagi kisah ajaibnya.

    Benih kacang pjg galaxy yg saya tanam tp sepokok yg buahnya lain mcm. Sama mcm kacang pjg ular, benih kacang pjg tu dh saya semai dan bercambah. Mungkin ia terhasil drp cross breed.

    ReplyDelete
  7. kesilapan teknikal masa bungkus..hee..xpe,boleh mkn jgak.hee

    ReplyDelete
  8. kena semai lagi ..semai benih dari sumber lain pula.. suka tengok sawi lebar tu.. cukup tu untuk saya 3 beranak he.. tapi kalau hero2 ada tak cukup ni..

    ReplyDelete
  9. wah bestnya..tumpang gembira & seronok tgk kwn2 bercucuk tanam...tgh bersemangat...:)

    ReplyDelete
  10. Macam adik-beradik Pak Choi. Benih kailan dan pak choi seakan sama rupanya. Mungkin sebab tu boleh tersalah packing dan label.

    ReplyDelete
  11. Ala2 tipah tertipu la nih ya, biasanya mcm tu la, gambar lain biji benih lain. Tapi kalo akk suke je bila hasilnya hidup dgn subur dan dapat merasa hasilnya

    ReplyDelete
  12. @ezzyra
    Silap buh benih lain dlm packing gmbr kailan la tu. Blh mkn sayur sawi tp abe nk tgk pkk kalian. Tak penah tnm kailan sblm ni.

    ReplyDelete
  13. @suka suka
    Nk kena semai lagi biji benih kailan ni. Sawi ni ada byk, blh mkn dua atau tiga kali tp saya blm tuai lagi. Tggu ia besar sikit lagi.

    ReplyDelete
  14. @CT
    Mmmg best sbb blh petik sayur segar drp hasil titik peluh kita sendiri.

    ReplyDelete
  15. @Malay-Kadazan girl
    Kalau tgk pkk sawi ni mmg ia drp sawi putih atau sawi pak choy. Saya blm pernah lihat benih kailan, tak tau pula ia sama dgn pak choy. Patutlah diorg salah packing...

    ReplyDelete
  16. @Embun Rosaliza
    Tertipu mcm ni takpa sbb blh mkn juga sayur sawi tu. Besar sikit lg br nk tuai pkk sawi putih ni.

    ReplyDelete
  17. org yg packing benih ni berangan kot!

    ReplyDelete
  18. Hehe..org yg packing biji benih dok berangan sambil buah berangan kot. Tu yg tsilap masuk benih lain dlm bungkusan gmbr kailan.

    ReplyDelete