Thursday, November 8, 2012

Kebun Kecil Tepi Pagar - Sawi Fair Lady Extra Dwarf


Benih sawi fair lady extra dwarf ini saya dapat percuma daripada en Iskandar(www.tanamsendiri.com). Ianya diberi sebagai benih kongsi dalam pesanan biji benih. Waktu dilalihkan, ianya agak mengecewakan saya kerana serangan serangga yang teruk terhadap anak pokok sawi sehingga ada antaranya hanya tinggal tulang daun. Jadi, saya biarkan ia survival dengan sendirinya kerana tak pernah jumpa serangga yang memakan daunnya. Sesuai dengan namanya, sawi fair lady extra dwarf, sawi ini bersaiz kecil dan comel. Akhirnya, ia membesar tanpa sebarang serangan serangga perosak setelah terdapat sayuran lain yang ditanam terutamanya kacang panjang yang cukup digemari oleh serangga perosak seperti lady bird 12 spot dan larvanya. Sawi yang saya tanam ni dah berbunga. Saya tak tuai sawi batch pertama ni. Batch kedua sawi fair lady extra dwarf dah ditanam dan akan dituai bila ia membesar seperti ini.

17 comments:

  1. Salam en adry..sya ada semai swai ni jgk..dah 5 hari kut..dah pindahkan ke tmpt lain pun..tapi sya jrakkan dia x brp jauh dr stu sma lain.blehka cmtu en adry?dia nak besaq ka?

    ReplyDelete
  2. lama tak bersiaran, masaalah kabel yg dihempap pokok......he..he...sekarang dah pulih....

    berkenaan tanaman sawi, memang saya jarang menaman sawi....banyak musuh serta rumpai....yg mana lebih cepat serta pantas menutup sawi....ha..ha..

    ReplyDelete
  3. @hitomi lavender
    As salam yana, cepatnya yana pindahkan anak pkk tu. Daunnya yg baru dah keluar kot. Blh nk tanam dgn jarak tak jauh tp ia tak membesar dgn sempurna sbb berbut nutrien dan ruang. Ada org yg langsung tak alihkan anak2 pkk sawi. Biarkan dlm bekas utk membesar. Blh dituai tp ia bersaiz kecik dan kurus keding..hehe..
    Sawi yg saya tanam ni diberi ruang secukupnya utk membesar.

    ReplyDelete
  4. @Aishah Jahirah
    Namanya mmg pjg tp pkknya kecik comel je..

    ReplyDelete
  5. @zul permatang badak
    Cikgu lama tak bersiaran tu pasal ada mslh kabel ye. Kena hempap pkk tu kira ok lagi, yg kena curi tu lmbt nk pulih..
    Sawi ni mulanya saya tak berapa suka nk tnm sbb risaukan serangan serangga perosak. Rumput rumpai tu mmg kena rajin buang, kalau tak ia lbh cpt membesar.

    ReplyDelete
  6. bestnye.. tengok tu, tak rugi berkawan kan.. ade je boleh bertukar biji benih.. best kan.. :)
    sawi ni saya suka masak tumis ngan air, pecah telo.. :D

    ReplyDelete
  7. Tak rugi kalau kita berkawan dgn org baik2 sbb kita juga akan dpt kebaikan dgn izinNya.

    Sawi fair lady extra dwarf ni saya blm tuai. Rasa mcm syg pulak nk potong pkk ni sbb ianya comel2. Biarkan saja kat situ dan ada yg dah berbunga. Batch kedua dah ditanam dan akan dituai nanti.

    ReplyDelete
  8. Salam che adry..
    sawi nie lbih kepada rupa sawi putih sikit kan...rsnya pulak agak2 sedao tak? ..daunnya dah kuning tuh..dah matang dah yer...

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum Adry,
    cantik sawi baka ni, saya dah pernah tanam.Sedap dan rangup.

    ReplyDelete
  10. @ummuaidan
    As salam ummu,
    pkk sawi ni lbh krg sawi putih tp ia lbh kecil. Saya blm pernah rasa sawi ni sbb sayang nk tuai..hehe..

    Cikgu puteri kata sedap dan rangup..

    ReplyDelete
  11. @Puteri Purnama
    Sawi fair lady extra dwarf ni mmg cantik. Sesuai dgn namanya fair lady tu kn. Sawi ni yg saya tnm batch kedua akan dituai. Nk rasa yg sedap dn rangup tu.

    ReplyDelete
  12. salam en adry,
    sawi ni pun sy dapat dr en iskandar as benih kongsi..dh siap wat sup sayur byk kali dh..sedap! ranggup dan manis2 pahit...jiran sy pun suka sawi jenis ni...tapi mmg dugaan tanam sawi dwarf ni..ulat suka!

    ReplyDelete
  13. As salam nadia,
    Ramai org kata sawi fair lady extra dwarf ni sdp. Lps ni kena tuai yg batch kedua, nk rasa juga kesedapan dan kerangupannya. Serangga perosak mmg suka daun sawi tp bila saya tnm pkk kacang pjg, mereka tinggalkan sawi. Daun kacang pjg pula yg jadi mangsa.

    ReplyDelete
  14. As-salam ADRY
    Suka sangat saya tengok petola ular dalam entri lepas tu. Tembun betul! Bukankah petola ular biasanya kecil-panjang macam ular? Mungkin pokoknya sangat seronok dengan tempat bergayut cantik yang Adry sediakan.

    Mungkinkah sawi fair lady yang selalu ada di pasaraya tu jenis "dwarf biasa" atau jenis "bukan-dwarf"? Atau bukan si fair lady walaupun macam serupa? Yang dalam gambar Adry memang kelihatan rendah-molek. Agaknya jenis ini boleh kita makan mentah sebagai bahan dalam salad?

    ReplyDelete
  15. Wa'alaikumusallam cikgu,
    Petola ular tu tak jadi mcm ular tp gamat. Petola ular sepatutnya berbentuk pjg dan kurus mcm ular. Saya buat para-para supaya buah2 petola ular yg pjg akan bergantungan.

    Sawi fair lady ni ada byk jenis. Ada yg jenis dwarf dan yg saya tanam ni jenis extra dwarf. Saiznya agak kecil dan sepokok sawi jenis ini blh diletak di atas tapak tangan. Ia blh dimasak dan dijadikan salad kerana rasanya yg manis dan rangup.

    ReplyDelete
  16. assalamu'alaimum
    saya mau nanya gambar sawi langit seperti apa ya

    ReplyDelete