Thursday, November 15, 2012

Kebun Kecil Tepi Pagar - Kacang Panjang Galaxy

Pokok kacang panjang galaxy. Daripada 10 biji benih, 6 pokok yang berjaya meneruskan hidup dan berbuah. Yang lain-lain, gagal untuk melihat dunia. Kacang panjang jenis ini cepat berbuah dan lebat. ia juga tahan penyakit tapi tidak dapat menahan serangan ladybird. Kesan gigitan pada daun adalah hasil kerja kreatif oleh ladybird dan anak-anaknya.

Buah kacang panjang galaxy bersama bendi singa(dan benih bendi singa yang kedua). Ianya memberi keriangan berganda kepada tuan kebun kerana setiap tangkai ada dua kacang.

21 comments:

  1. assalammualaikum Adry,
    wah bersihnya kebun.Cantiklah kacang panjang tu, hampir setengah meter kut.bendi pun sangat memuaskan.Alhamdulillah.Baja apa?hehehe, mesti tanya baja kan.

    ReplyDelete
  2. Wa'alikumusallam cikgu,
    Kebun nmpk bersih sbb seminggu sekali saya merumput dan cabut rumpai. Kacang pjg galaxy ni buah pjg dan berbuah lebat. Hasil bendi setakat ni mmg memuaskan. Saya tak guna apa2 jenis baja utk tanaman pertama sbb nutrien dlm tanah masih kaya.

    ReplyDelete
  3. panjangnye kacang dia....sampai nak mencecah lantai tanah. Bendi pun hasil memberangsangkan. :)

    ReplyDelete
  4. banyak kacang tu..berbaloi menanamnya

    ReplyDelete
  5. Sya semai benih acang pnjang asyik x mnjd ja..sama dgn cabai.huhu..

    ReplyDelete
  6. mak oiii sihat kacang galaxy tu.. baja tak perlu banyak sangat kan, sekadar cukup air kan. yang dalam gambar tu ada kacang yang 'kasar sikit kulit' kacang Galaxy juga ke?

    ReplyDelete
  7. tanam banyak2 pun tak habis makan... spokok dua cukup...
    esok masak sayur lain pula....jadi kita tidak jemu.....
    kalu ari2 sayur hoktulaa......hem..puah jugok....

    ReplyDelete
  8. As-salam ADRY
    Wow, seronoknya lihat tuaian! Saya agak buah kacang panjang galaxy tu ada yang mencecah 36 inci. Betulkah? Nampaknya, kita mesti pastikan penyangga pokoknya tinggi, supaya buah tak mencecah tanah. Kacang panjang memang menarik: senang menanamnya dan ia versatil.

    Ada respon panjang saya untuk Adry dalam entri saya mengenai Pisang Berangan, November, 9.

    ReplyDelete
  9. salam che adry..
    nampaknya kacang nie mcm kacang yg ade kat umah saya kalau tgk warna kacangnya, yg berbuah lama..sampai hari ni masih lagi berbuah...tak mcm yg hijau tua..kejap jer dah habis hasil..

    ReplyDelete
  10. salam che adry..
    nampaknya kacang nie mcm kacang yg ade kat umah saya kalau tgk warna kacangnya, yg berbuah lama..sampai hari ni masih lagi berbuah...tak mcm yg hijau tua..kejap jer dah habis hasil..

    ReplyDelete
  11. @Ibu Qistina
    Kacang pjg baka ni mmg pjg buahnya. Sampai meleret atas tanah. Bendi singa terus mengeluarkan hasil tanpa putus sehingga hari ni.

    ReplyDelete
  12. @suka suka
    Saya tnm 6 pkk tp hasilnya agak memuaskan sbb setiap tangkai ada 2 batang kacang pjg.

    ReplyDelete
  13. @hitomi lavender
    Biji benih kacang pjg dan cabai/lada jadi makanan kegemaran semut. Yana kena semai kat tmpt yg semut tak blh masuk. Saya semai benih cabai dlm bekas dn letak kat tmpt tinggi.

    ReplyDelete
  14. @mat jon
    buah dn pkk kacang pjg ni agak sihat dan thn serangan penyakit. Saya tak buh apa2 baja, pkk ni serap nutrien dr tnh je tu.
    Buah kacang yg kulit kasar tu mmg lain bentuk dan rasa dgn kacang pjg galaxy. Rasanya itu kcg pjg ular. Dlm pek benih yg saya order, satu pkk yg hasilkan buah yg mcm tu.

    ReplyDelete
  15. @zul permatang badak
    Hehe..sbb tu la ambo tane sayur tak byk pkk tp byk jenis. Kace panje ni ado 6 pkk, kace mior ada 9 pkk. Kace mior emas tane 5 pkk. Pkk tenne (petola segi) ambo tane 12 pkk. Semua sikit2 tp pelbagai jenis.

    ReplyDelete
  16. @Temuk
    Wa'alaikumusallam cikgu,
    Buah kacang pjg baka baru agak pjg dan plg seronok ia cepat mengeluarkan hasil. Trellis atau pancang tu sebenarnya dah tinggi drp saya iaitu 6' tp kacang ni mula berbuah pada bhgn daun yg pertama(bhgn bawah). Ni kali pertama saya tnm kacang pjg, ia mudah dijaga tp serangga perosak cukup suka mkn daun dan buahnya.

    ReplyDelete
  17. @ummuaidan
    Kacang pjg yg kita tnm drp baka yg sama kot. Bagus la kalau ia mengeluarkan hasil dlm tempoh yg lama. Saya baru kali pertama tnm kecang pjg. Pengalaman takdok lagi..hehe..

    ReplyDelete
  18. asalamualaikum...saya dari ranau sabah..nak tanya apa jenis racun serangga yang baik utk menjaga penyakit kacang panjang..kerana kacang panjang yang selalu saya tanam..ada penyakit kutu...

    ReplyDelete
  19. Wa'alaikumusallam,
    Istilah racun serangga yg baik tu krg tepat sikit sbb semua racun tak baik utk kita.

    Tanaman kacang pjg biasanya dikawal dgn racun berikut,

    1.Lalat Kacang (Ophiomyia phaseoli), Sembur racun Fenthion (Lebaycid).

    2. Ulat Pengorek Lenggai (Maruca testulalis), Sembur racun Deltamethrin (Decisa), jika perlu

    3. Kutu Daun/Kutu Hunga (aphid sp./Thrips), Sembur racun Bendiocarp (Garvox).

    4. Antraknos Kekacang (Colletotrichum lindemuthiamum), Sembur racun kulat Mancozeb (Manzate).

    5. Karat (Uromyces appendiculatus), Sembur racun Maneb atau Copper oxychloride.

    Saya tak pernah gunakan sebarang racun utk tanaman, hnya kawal dgn semburan organik(kebun berskala kecil)

    ReplyDelete
  20. cantik pokok kacang bendi singa dan kacang panjang galaxy tuan kebun. saya baru menempah biji dari tanamsendiri.com nak baji mak mertua tanam..dia suka berkebun

    ReplyDelete
  21. Pkk bendi singa berbuah dlm tempoh yg pjg iaitu kira-kira 6 bln. Sehingga hari ni masih ada pkk yg mengeluarkan hasil dan ada yg saya dah buang.

    Biji benih yg diorder tu kenapa menantu mak mertua tak tnm sendiri? Kan bagus kalau dpt tuai hasil yg ditanam sendiri..hehe..

    ReplyDelete