Wednesday, June 20, 2012

Puding Diraja

Puding Diraja atau Royal Pudding

Makanan tradisional yang berasal dari Pahang dan biasanya hanya terdapat di daerah Pekan iaitu bandar diraja Pahang. Puding Diraja merupakan sajian diraja suatu masa dahulu dan sekarang ia telah dikomersilkan. Bahan utama Puding Diraja adalah pisang lemak manis, jala mas, prune kering, ceri, gajus dan kuah. Pisang yang digunakan daripada jenis lemak manis sahaja. Jala mas dibuat menggunakan kuning telur itik. Kuah untuk puding ini adalah campuran susu cair, gula dan esen vanila yang dimasak di atas api perlahan. Bahan ini dikacau rata supaya tidak berketul dan dimasak sehingga mendidih. Setelah pekat, ia disejukkan. Untuk menikmati kesedapan puding diraja ini, kuah dituang ke atas bahan-bahan puding.  Kali pertama saya merasa puding diraja ini dan ternyata ianya sangat sedap. Sesuai untuk dijadikan sajian pencuci mulut (dessert). Untuk melihat susun atur puding diraja yang lebih sempurna atau ingin merasai kesedapan puding ini, boleh jenguk ke tempat asal dan pembuat puding diraja ini, myroyalpudding.

17 comments:

  1. soalan akk, makan kat mana beli kat mana sapa buat tu, mmg terliur tgk puding ni, ari tu ada dgr linapg dok cari resipi ni. Sungguh2 nak merasa ni heheh

    ReplyDelete
  2. Jawapannya, puding diraja ni dibeli masa LILAC hari tu. Memang sedap rasanya, kena pulak ada pisang lemak manis. Kalau akak nk beli dan mkn blh order dgn pembuatnya, ada link blog kat entri ni.

    ReplyDelete
  3. baru jer nak tanya home made ka?beli rupanya..sedap x?puding mmg pemes di pahang..harga pun boleh tahan mahalnya..
    nak buat tiada kerajinan ke tahap nk menjala telur itik tuh hehehe

    ReplyDelete
  4. Kalau homemade tak buh dlm bekas plastik mcm ni..hehe.. Msti letak elok2 dlm pinggan antik. Puding ni sajian diraja dan hanya ada di Pekan Pahang suatu waktu dulu. Bkn saja nk menjala mas tp nk cari pisang lemak manis tu bkn senang.. Pisang berangan dgn awak byk la org jual.

    ReplyDelete
  5. TQ En Adry mempromosi PDR saya. Buat masa ni kami hanya ada outlet diKL dan Kuantan. Tgh mohon skim franchise, insyallah klu berjaya mungkin ada outlet di utara nanti.

    ReplyDelete
  6. sedap.try tgk http://rossatkitchen.blogspot.com/
    =)

    ReplyDelete
  7. menarik2..nmpak sedap je..xde ke gmbr yg dah cmpur?

    ReplyDelete
  8. Wow, unik sungguh! Kali pertama saya lihat puding yang punyai pelbagai bahan yang dimasak terpisah, tetapi disetempatkan kemudiannya. Dan punyai kuah yang berasingan pula. Menarik PDR ini. Pasti lazat.

    ReplyDelete
  9. @Azhanie
    Sama2.. PDR blh dikembangkan lagi pasarannya dan saya harap PDR myroyalpudding ni akan bertambah maju dan lbh dikenali ramai.

    ReplyDelete
  10. @ross@kitchen
    PDR ni memang sedap rasanya.

    ReplyDelete
  11. @Melati Qistyna's Mummy
    Ni kali pertama saya lihat dan rasa Puding Diraja ni. Nasib baik masa LILAC hari tu saya bertanyakan brader jual laksa mengenai kuih dlm bekas yg nmpk unik. Beli satu je utk mencuba. Rasanya sgt sedap krn ia sajian diraja.

    ReplyDelete
  12. @ezzyra
    Bkn nmpk sedap tp ia mmg sgt sedap. Gmbr PDR yg dituang kuah lupa nk snap sbb abes dimakan...hehe.. Nk tgk yg tu agie blh gi tgk kat blog yg abe buh link tu.

    ReplyDelete
  13. @Temuk
    As salam cikgu,
    Saya pun kali pertama lihat dan makan sajian diraja ni. Puding ni sebenarnya makanan kerabat diraja Pahang dan dulunya hanya terdapat di Pekan, Pahang saja. Pelbagai bahan di satukan dlm bekas dan dituang kuah apabila kita nak makan PDR ni. Rasanya sangat sedap. Saya suka rasanya.

    ReplyDelete
  14. Saya sanggup ke pekan semlm dr kajang semata2 nk dptkn PDR ni.. Mmg bbaloi.. Emak mertua sy pun dh tjebak skali jd peminat PDR.. Tenkiu Yan & hubby layan kami smlm..smpi x cukup kuah dibuatnya...

    ReplyDelete
  15. Saya sanggup ke pekan semlm dr kajang semata2 nk dptkn PDR ni.. Mmg bbaloi.. Emak mertua sy pun dh tjebak skali jd peminat PDR.. Tenkiu Yan & hubby layan kami smlm..smpi x cukup kuah dibuatnya...

    ReplyDelete
  16. PDR ni mmg sedap rasanya. Ada outlet PDR di KL, beli kat tmpt pembuat lbh mengujakan kot.

    ReplyDelete