Friday, June 22, 2012

Bunga Part XXX

Bungaan dalam Bunga Part XXX ini merupakan bunga daripada pokok yang tumbuh meliar dan rumpai. Ada yang ditanam sebagai pokok hiasan seperti jarak pagar. Bungaan lain adalah bunga-bunga kecil yang kita terlepas pandang untuk melihat keindahan dan kecantikannya. Dedaun Alam membawa bunga-bunga kecil ini ke dalam dunia yang lebih besar untuk tatapan semua.

Bunga dan buah yang cantik ini ialah bunga jarak pagar. Biarpun pokok jarak pagar berketinggian sehingga 2 meter tetapi bunganya bersaiz agak kecil dan keluar dalam jumlah yang banyak
.
Bunga maman hantu yang cantik. Tidak nampak hantunya.

Bunga ini bersaiz kecil, saya telah terpijak pokoknya semasa mengambil gambar bunga maman hantu di atas dan terpandang bunga di celah dedaunnya. Ini bunga rumput yang biasa tumbuh di kawasan terbuka seperti padang, sawah dan kawasan terbiar.

Siapa tahu dan kenal nama pokok ini? Saya kurang pasti nama asal pokok yang tumbuh meliar dan berkhasiat sebagai ubatan herba. Rempah padang? Bunganya sangat kecil tapi cantik.

7 comments:

  1. cantiknya!!! mmg peminat bunga pun..hee...singgah ler blog sy kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ utk tgk bunga2 yg canik mekar dlm cara yg berbeza

    ReplyDelete
  2. cantiikk..bunga-bunga ni semua ada kat keliling rumah ke? bertuah la rumah ada banyak bunga liar ni tak perlu ker nursery beli bunga kan.

    ReplyDelete
  3. @nur
    Saya bkn hanya peminat bunga tp tumbuhan dan alam semulajadi. Ok, saya akn bkunjung ke sana.

    ReplyDelete
  4. @mat jon
    Bunga2 dlm entri ni mmg ada di sekitar rumah kita. Kategori bunga2 yg kita terlepas pandang sbb saiz yg kecil.

    ReplyDelete
  5. comel... klu kdg2 prhatikan bunga2 rumput..mmg ade comel nya..wlpn ianya hnya rumput..

    ReplyDelete
  6. Bunga2 rumput rampai ni pn cantik tp kecik2. Kita tak berapa nk nmpk bunga2 ni. Ada yg sgt kecil, nk zoom makro pn tak blh.

    ReplyDelete
  7. Setakat yg sy tahu... Pokok tersebut mmg dipanggil rempah padang... Kalau dikalangan perubatan tradisional kadang2 dipanggil rumput ketumbar disebabkan daunnya berupa mcm ketumbar.untuk membuat minyak.. kadang2 dicampur sekali pokok tersebut utk khasiat tertentu..

    ReplyDelete