Sunday, February 12, 2012

Urbanisasi Yang Membunuh

Di sebalik keindahan dan cantiknya pasir di Pantai Taman Lagenda, kematian dan kemusnahan karang semakin parah. Pasir-pasir pantai di sini bercampur dengan pelbagai spesis karang yang mati. Karang bukan jenis tumbuhan tapi hidupan(haiwan). Urbanisasi telah membunuh mereka. Dahulunya tempat ini bersih dan langsung tidak tercemar tetapi dek kemodenan, karangan ini tidak mampu lagi untuk bertahan. Air longkang dari bandar, penempatan dan lain-lain mengalir terus ke laut. Di kawasan pantai ini juga dijadikan labuhan/jeti untuk kapal, feri, bot, kapal laar dan berbagai jenis kenderaan terapung. Sisa-sisa minyak juga menyesakan nafas karang-karang ini.
Entah berapa banyak spesis karang yang mati dan terdampar di pantai ini.

Saiz karang yang mati ini adalah lebih besar daripada buah oren gred A.

Apakah generasi kita yang mendatang akan mampu melihat ketam angin ini mengorek lubang di pantai dan berlari-lari ketam (ke kiri atau kanan, bukan ke depan) di pasiran pantai. Adakah kita boleh hantar balik apa yang kita pinjam ini kepada mereka. Bak kata pepatah, apa yang kita ada sekarang adalah pinjaman daripada generasi mendatang dan bukan yang akan kita wariskan kepada mereka..



15 comments:

  1. kita telah menjajah dunia mereka. Ralit mengurus kehidupan tanpa kita sedar,ruang yang sempit ini....sebenarnya kita berkongsi....

    dunia mereka tanpa sisa buangan....tapi kita alirkan.....

    pun begitu,akhir2 ini.....telah ada sedikit kesedaran....harap2 kita dapat war2kan......bersama memeliharanya......

    ReplyDelete
  2. Dulu tempat ini bersih drp pencemaran. Tiada hotel, tiada jeti, tiada feri, tiada pembangunan tp skrg kita telah menjajah dunia aman dan bersih mereka. Tanpa sedar kita kita telah meracun nafas mereka dgn urbanisasi. kita telah alirkan sisa beracun ke dunia mereka. Benar, skrg telah ada kesedaran drp kita hanya secalit, kemusnahan sudah pun kita lakukan> Semoga generasi kia yang akan dtg masih blh lihat karagan yg hidup bkn hanya dlm gambar.

    ReplyDelete
  3. harap ada persatuan bukan kerajaan yang dapat membantu mereka...

    ReplyDelete
  4. ASsalam, cantik pasir putih bersih je, tak sangka ada serpihan batu karang, kesian..x cukup oksigen

    ReplyDelete
  5. Rasanya belum terlambat untuk kita selamatkan karang ini tapi sebahagian daripada mereka sudah termusnah.

    ReplyDelete
  6. @EmbunRosaliza
    Pantai ni pasirnya memang cantik tp kalau akak tgk dlm entri sblm ni. Yg mcm batu atas pasir tepi air laut tu adalah batu karang. Ada yg sebesar buah kelapa. Karang mati sbb tak blh bernafas. Air longkang busuk kohong pn masuk ke laut. Busuknya sampai Nis bertanya 'apa yg bau busuk ni??'. Org pn blh mati kalau hari2 hidu bau mcm tu.

    ReplyDelete
  7. Sayang.... Byk kemusnahan akibat kemodenan...

    ReplyDelete
  8. masa lepak kat pangkor..kat coral island...lagi banyak karang yang mati....

    ReplyDelete
  9. kasihan si karang.. karang2 ni lady sellau jumpe di pantai.. lady ingt memang ajalnya dh tiba.. rupanya sebab pencemaran ek.. mati kerana terpaksa.. kesian.. dek kerana kerakusan manusia durjana.. kejamnya makhluk yg bernama manusia ni :(

    ReplyDelete
  10. @Melati Qistyna's Mummy
    Harap2 kemusnahan ini tak berterusan. Karang mengambil masa yg pjg utk membesar.

    ReplyDelete
  11. @eita
    Di Pangkor pn ada urbanisasi ni sbb tu karang tak mapu bertahan utk terus hidup. Karang juga akan mati dgn peningkatan suhu air laut.

    ReplyDelete
  12. @LadyBird
    Karang juga akan mati bila tiba waktunya tp kematian dan kemusnahan secara besar-besaran ini bukanlah sesuatu yg biasa. kalau kita jumpa serpihan karang mati itu mungkin biasa tapi ini bukan lagi serpihan tapi bahagian besar karang yg patah. Di dasar laut pasti lebih dahsyat drp apa yg kita lihat di pasiran pantai.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. As-salam, ADRY
    Al-Quran sudah lama mengingatkan kita, tangan-tangan kitalah yg mendatangkan kerosakan kepada persekitaran!

    Urbanisasi (pembesaran kawasan bandar & pertumbuhan bandar dari kawasan yang asalnya bukan-bandar) memang mampu menghadirkan impak negatif yang ketara, terutamanya dari segi fizikal. (Diakui, memang ada kesan positifnya). Akhirnya kitalah yang terpaksa menanggung kos ekonomi dan sosialnya yang tinggi. Urbanisasi yang melampau (over-urbanization), malahan, boleh menyebabkan bermacam-macam kerosakan yang tak mungkin dapat kita perbaiki (irrepairable damage). Dalam memburu kemajuan & pembangunan, khususnya melalui pelbagai aktiviti berorientasi-ekonomi, kita jadi lupa, tamak, dan rakus sehingga tanpa henti-henti kita memperguna dan mengkesani alam sekeliling.

    ReplyDelete
  15. As salam cikgu,
    Dalam al Quran ada menyebut bahawa tangan manusia yg akan menyebabkan kerosakan kpd alam. Urbanisasi yg nyata dilakukan oleh kita(manusia) adalah mengikut keperluan semasa tapi tanpa sedar kita sedikit demi sedikit telah memusnahkan alam dan isinya. Di sini, semakin byk laut yg ditambak untuk pembangunan. Kebanyakannya dibina hotel dan bangunan komersil. Laut di sini mempunyai karang, dan apabila tbusguna tanah dilakukan, mereka telah membunuh hidupan yg ada di dasarnya. Mereka lebih pentingkan wang dan keuntungan tp memikirkan nasib alam dan isi alam. Pokok bakau yg sedikit pn dibunuh untuk membina kemajuan dan mengisi poket dengan wang. Pada meraka, biarlah persekitaran musnah...wang dan dunia lbh penting.

    ReplyDelete