Tuesday, February 14, 2012

Cycas Rumphii

Pokok cycas rumphii yng ditanam sebagai pokok hiasan landskap

Cycas rumphii merupakan tumbuhan paku pakis yang berasal dari Asia Tenggara. Ia dikenali dengan nama Malayan Fern Palm, Queen Sago, dan Paku Laut. Cycas rumphii biasanya ditemui hidup meliar di kawasan berhampiran pantai. Walaupun ia daripada keluarga paku pakis tetapi ketinggian pokok mencapai sehingga 10 meter. Batang pokok cycas rumphii biasanya tunggal namun ada juga pokok yang mempunyai beberapa cabang. Pokok yang ditanam sebagai hiasan ini sebenarnya dapat menghasilkan sagu yang boleh dimakan daripada batangnya. Di sesetengah tempat, pucuk muda pokok ini dijadikan makanan.

8 comments:

  1. @zul permatang badak
    Gambar pokok ni saya ambil dlm Tmn Lagenda. Mmg landskap kat sini sgt cantik dan indah. Lps ni lbh byk n3 mengenainya akan saya post dlm blog ni.

    ReplyDelete
  2. Dari jauh nampak mcm daun kelapa tp bila tgk dekat br tau bkn pokok kelapa. Pokok ni org panggil palma walaupun ianya spesis paku pakis.

    ReplyDelete
  3. pokok bogak...muaz pernah makan pucuknya...
    lebih sedap dari pucuk paku

    ReplyDelete
  4. Org di sini mmg panggil pkk ni pokok bogak. Saya blm penah mkn. Kalau lbh sedap drp pucuk paku tu sedaplah rasanya sbb pucuk paku tu biasa saya mkn. Nk dpt pucuk bogak ni pn bkn mudah sbb ia tak tumbuh dgn byk.

    ReplyDelete
  5. Owh, boleh dimakan juga ye, ingat utk hiasan semata... :D

    ReplyDelete
  6. Pucuk pokok ni blh dimkn sbb ia mcm pucuk paku.

    ReplyDelete