Monday, September 12, 2011

Kunang-kunang

Kunang-kunang atau kelip-kelip adalah serangga spesis kumbang coleoptera daripada famili Lampyridae

'Lampu' yang berkelip-kelip pada bahagian abdomen kunang-kunang. 

Kunang-kunang atau kelip-kelip merupakan serangga unik kerana ia mampu mengeluarkan kerlipan cahaya pada bahagian hujung bawah abdomen. Terdapat lebih 2000 spesis kunang kunang di seluruh dunia. Ia mendiami kawasan yang berdekatan dengan air seperti sungai dan paya. Serangga spesis kumbang coleoptera ini mengeluarkan cahaya merah terang, kuning atau hijau mengikut spesis. Kerlipan cahaya ini berfungsi sebagai komunikasi sesama sendiri. Kunang-kunang juga menggunakan cahaya ini semasa musim mengawan. Kerlipan cahaya yang dihasilkan sebagai tarikan kepada pasangan samada jantan atau betina. Ada juga spesis kunang-kunang yang menggunakan cahaya yang berkelip ini sebagai umpan untuk memerangkap mangsa.

19 comments:

  1. Kecik2 suka sgt tgkp kunang2, Mak kata xleh pgang, kang nanti kuku tercabut...hehehe

    Kt sini mana nk cr, nk kn p kuala sel br ada.....

    ReplyDelete
  2. Hehe....mak tak suka anak dia buli serangga la tu. Kslo tgkp, ia mgkn akn mati. Kunang-kunang ni masih ada kat kg saya. Gmbr kunang2 ni saya snap masa blik beraya hari tu. Tiada sungai tp hnya parit kecil yg jauh dari rumah tp ia masih wujud hingga skrg.

    ReplyDelete
  3. kunang2 2 abe buli...sian dia...hehe

    ReplyDelete
  4. ooo kt kg ke kunang tu, umah akk pun kdg2 ada gak sekor dua . mula2 tgk tu takut juga ingatkn hantu hehee, mana sesatnya dia kt KL ada.

    ReplyDelete
  5. oo..cam ni rupa paras kunang2 ni..selalu tgk yg dok terbang jerr

    ReplyDelete
  6. masa budak2 dulu selalu main dgn kunang2 ni....letak atas tapak tangan....cari tempat gelap untuk lihat cahaya,heran ......macam ada bateri.....

    itu dulu,sekarang tak pernah jumpa........
    anak2 pun tak kenal kelip2 ni......

    ReplyDelete
  7. :ezzyra
    Bkn buli tp dia tak reti nak dok diam, asyik lari je masa abe nk snap gmbr. Tu yg kna terbalikkn dia utk ambik gmbr lampu kelip2 dia..hehe.. Kunang2 tu abe dh lps smla, slmt dh dia.

    ReplyDelete
  8. :Kak Rosaliza
    Gmbr kunang2 tu snap mlm kenduri kawen. Bdk2 dok kata ada kunang2. Gmbr kunang2 yg terbang pn ada tp kecik sgt. Kat Kl pn ada juga kunang2 ni ye. Mgkn ia dtg dari kwsn tasik atau lombong tinggal.

    ReplyDelete
  9. :lina_pg
    Mcm tu la rupa paras kunang2. Mcm kumbang tp ia ada lampu..hehe..

    ReplyDelete
  10. :zul permatang badak
    Masa kecik2 dulu, saya tgkp kunang2 lima enam ekor dn buh dlm botol cerah, buat lampu blik dr mengaji. Masa tu tak terfikir ia sbnrnya menyeksa serangga unik tu. Sampai kat rumah, kunang2 akn dilepaskn.. Tak pasti ia akn jumpa kembali kwn2 yg terpisah. Kesian betul...
    masa kecik2 saya juga test 'lampu' bwh perut kunang2 ni. Ingat kot panas tp sejuk je.. Pelik sungguh!

    ReplyDelete
  11. Paparan yang amat informatif. Dan seronok cerita 'lampu' ajaib tu. Hebat ciptaan Allah ini.

    Kalaulah pada tubuh kita boleh dipasang lampu kunang-kunang, di bahagian manalah yang sesuai agaknya, ya?

    ReplyDelete
  12. Kunang2 ni serangga unik ciptaan Allah (swt). Kalau kita nk bercahaya kena kuatkan iman sbb org2 yg beriman ni bercahaya dan berseri2 mukanya.

    ReplyDelete
  13. dulu suka tangkap kelip2 letak dlm plastik....

    ReplyDelete
  14. Dulu2 kita tak tau itu perbuatan yg agk kejam utk kelip2 ni kn. Kalau diingatkn skrg ni, kesian pulak seksa kelip2 mcm tu..

    ReplyDelete
  15. pertama kali tahu perkataan kunang2 ni sewaktu menonton teater KUNANG2 GUNUNG LEDANG...waktu sekolah lagi tu...bila adry sebut ttg kunang2 ..terus teringat momen pada teater itu...")

    ReplyDelete
  16. Tajuk teater pn gna nama kunang2 ni ye.. Itu kenangan manis zaman sekolah dulu2 kn.

    ReplyDelete
  17. kecik2 dulu suka tangkap kunang2 ni lpskan kat dlm bilik. pas2 matikan lampu bilik... cantik jer dia terbang dengan kaler kuning kehijauan dia....

    ReplyDelete
  18. kecik2 dulu suka tangkap kunang2 ni lpskan kat dlm bilik. pas2 matikan lampu bilik... cantik jer dia terbang dengan kaler kuning kehijauan dia....

    ReplyDelete
  19. Kunang2 tu lpskn kembali tak? Kalau tak lpskn msti ia akn mati..

    ReplyDelete