Thursday, September 29, 2011

Petola Segi

Petola segi adalah antara sayuran jenis buah yang mendapat permintaan tinggi di pasaran.

Petola segi atau nama botaninya Luffa acutangula merupakan tumbuhan jenis memanjat daripada famili cucurbitae. Petola segi berada dalam famili yang sama dengan timun batang. Pokok sayuran jenis buah ini berasal dari India. Terdapat tiga jenis petola yang biasanya ditanam sebagai sayuran di Malaysia iaitu petola segi, petola bulat dan petola ular. Buah petola segi (rujuk foto) berukuran diantara 20-40 cm panjang. Buahnya berwarna hijau dan mempunyai garisan bersegi tirus dari bahagian tangkai sehingga hujung buah.

Buh petola segi dimakan sebagai sayuran. Ia biasanya dimasak lemak, digoreng tumis, masak bening (sayur air/sup), dan pelagai jenis masakn. Ia juga boleh dicelur dan dimakan sebagai ulaman. Selain daripada buah, pucuk dan muda petola segi boleh dimakan sebagai sayuran. Daun petola segi boleh digunakan sebagai rawatan herba. Daunnya yang ditumbuk hingga lumat dan ditampal pada kulit digunakan untuk meredakan demam panas dan merawat penyakit kulit. Biji petola segi dimakan untuk menggalak muntah. Ia juga dimakan sebagai julap. Jika berlebihan ia akan menyebabkan keracunan.

Tuesday, September 27, 2011

Bagai Embun Di Hujung Rumput

Titisan embun di hujung daun rumput.

Peribahasa Melayu, bagai embun di hujung rumput membawa maksud kasih sayang yang tidak berpanjangan atau berkekalan. Kasih embun pada rumput hanya seketika kerana apabila mentari muncul, keringlah ia dek kepanasan sang mentari. Namun begitu, embun akan hadir lagi keesokan harinya biarpun kasihnya tidak berpanjangan. Ia tetap setia.

Sunday, September 25, 2011

Tebu Hitam

Pokok tebu hitam


Nama Botani : Saccharum sp.
Famili : Graminae

Tebu merupakan tumbuhan daripada famili Graminae iaitu sama seperti rumput dan buluh. Pokok sangat penting dalam pengeluaran gula di seluruh dunia. Terdapat dua jenis tebu yang biasa ditanam iaitu tebu kuning dan tebu hitam. Pokok tebu tumbuh secara berumpun dengan ketinggan diantar 1 meter hingga 4 meter mengikut spesis. Batang pokok tebu mempunyai ruas dan buku. Buku adalah bahagian dimana daun pokok tebu keluar.

Pokok tebu hitam mempunyai khasiat dalam perubatan herba tradisional. Akar pokok tebu hitam (tiga genggam) dicuci dan kemudian direbus. Air rebusan ini diminum pada waktu pagi dan petang untuk meredakan jantung berdebar. Batang tebu hitam diperah dan ambil airnya. Air perahan tebu hitam diminum untuk mengurangkan kepanasan badan. Untuk merawat batuk, batang tebu hitam dibakar dan perah airnya. Air perahan tersebut diminum untuk meredakan atau merawat batuk.

Thursday, September 22, 2011

Kacang Panjang

Kacang panjang bukan sekadar sayuran dan ulaman tetapi ia mempunyai khasiat dalam perubatan herba tradisional.

Kacang panjang jenis ungu yang jarang ditemui.

Nama Botani : Vigna Unguiculata
Famili : Leguminosae

Kacang panjang dipercayai berasal dari negara China dan ia banyak ditanam secara meluas di Malaysia kerana permintaan tinggi dalam pasaran tempatan. Buah kacang panjang dijadikan sayuran dan ulaman. Manakala pucuknya juga boleh dimasak lemak. Ramai yang tidak mengetahui sebenarnya kacang panjang juga mempunyai khasiat dalam perubatan herba.

Buah kacang panjang dimakan sebagai herba untuk tenaga. Ia juga dikunyah sebagai penghilang dahaga dan dapat merawat cirit birit. Selain itu, ia juga dipercayai boleh mengatasi masalah terlalu kerap membuang air kecil. Buah kacang panjang dibakar, abunya dicampur bersama air panas dan diminum untuk memudahkan proses bersalin. Abu buah kacang panjang yang dibakar dan dicampur minyak kelapa boleh digunakan untuk merawat kulit yang melecur kecil.

Daun kacang panjang yang dilumatkan kemudian sapu pada payudara untuk merawat bengkak payudara bagi ibu lepas bersalin. Buah kacang panjang ditumbuk dan perah airnya kemudian sapu pada payudara untuk menjadi payudara lebih cantik dan menarik. Petua ini digunakan sejak sekian lama di Indonesia.

Tuesday, September 20, 2011

Serangga - Siri 2

Serangga-serangga yang dipaparkan dalam segmen serangga siri ke 2 ini adalah daripada jenis serangga perosak tanaman dan sayuran.
.
Kepinding. Serangga ini akan menghisap cairan daripada tunas dan pucuk muda tumbuhan yang akan menyebabkan tunas atau pucuk menjadi layu dan rosak.

Kumbang kecil ini memakan daun dan bunga. Ia biasanya menyerang tumbuhan dalam kumpulan yang banyak dan akan menyebakan kerosakan teruk pada pokok. 

Belalang. Serangga ini memakan daun dan pucuk muda tumbuhan.

Belalang perah yang menggunakan teknik penyamaran (camourflage) di sebalik dedaunan pokok intan berayun atau kosmos kuning ini.

Friday, September 16, 2011

Bunga Part XXVII

Bunga-bunga dalam siri ke 27 ini adalah bungaan anggerik atau orkid liar. Anggerik ini biasanya tumbuh secara meliar di hutan.

Anggerik ini hanya dikenali dengan nama orkid pandan.

Orkid pinang yang berbunga warna putih

Orkid pinang banyak tumbuh meliar di kawasan hutan terutama kawasan pinggir bukit yang berbatu.

Yang ini orkid pinang kuning.



Wednesday, September 14, 2011

Kacang Panjang Ungu

Kacang panjang berwarna ungu

Kacang panjang ungu kurang dikenali walaupun ia telah lama ditanam di Malaysia. Ia mempunyai bentuk dan rasa yang sama dengan kacang panjang biasa (hijau), cuma berbeza dari segi warnanya sahaja. Selain buah yang dijadikan sayuran atau ulaman, pucuk kacang panjang juga boleh dimakan. Ia biasanya dimasak lemak. Buah kacang panjang mengandungi air, karbohidrat, protein, lemak, fiber, mineral, fosforus, kalsium, Vitamin A, Vitamin B1 dan Vitamin C.

Monday, September 12, 2011

Kunang-kunang

Kunang-kunang atau kelip-kelip adalah serangga spesis kumbang coleoptera daripada famili Lampyridae

'Lampu' yang berkelip-kelip pada bahagian abdomen kunang-kunang. 

Kunang-kunang atau kelip-kelip merupakan serangga unik kerana ia mampu mengeluarkan kerlipan cahaya pada bahagian hujung bawah abdomen. Terdapat lebih 2000 spesis kunang kunang di seluruh dunia. Ia mendiami kawasan yang berdekatan dengan air seperti sungai dan paya. Serangga spesis kumbang coleoptera ini mengeluarkan cahaya merah terang, kuning atau hijau mengikut spesis. Kerlipan cahaya ini berfungsi sebagai komunikasi sesama sendiri. Kunang-kunang juga menggunakan cahaya ini semasa musim mengawan. Kerlipan cahaya yang dihasilkan sebagai tarikan kepada pasangan samada jantan atau betina. Ada juga spesis kunang-kunang yang menggunakan cahaya yang berkelip ini sebagai umpan untuk memerangkap mangsa.

Friday, September 9, 2011

Malu-malu Kucing


Malu-malu kucing bermaksud malu tapi mahu atau berpura-pura malu. Jika kucing yang malu-malu, ia nampak comel tapi kalau kita yang malu-malu kucing??

Wednesday, September 7, 2011

Bunga Part XXVI

Bunga kemboja yang mekar. Titisan hujan menyegarkan lagi mata memandang kelopak bunga ini.

Bunga kacang panjang.

Bunga kuning terang ini adalah bunga petola.

Yang ini pula bunga dari spesis babybreath.