Sunday, April 24, 2011

Amaran Si Yellow Vented Bulbul

Burung merbah kapur atau yellow vented bulbul ini berkicau dan membuat pergerakan sebagai amaran kepada saya semasa hendak mengambil gambar putik buah sentul klon. Kelakuan seperti ini biasanya sebagai amaran, sarangnya ada berhampiran. Puas saya mencari sarangnya tetapi gagal. Burung merbah kapur ini diam setelah saya berlalu pergi dari situ. Inilah foto aksi burung merbah kapur yang sempat saya ambil.



Untuk melihat aksi burung ini memberi amaran, scroll down foto ini dengan gerakan yang agak cepat.

12 comments:

  1. assalam..burung tu dok jaga sarang dia tu..dia ingatkn u nk tembak dia tu hehe

    ReplyDelete
  2. terhibur dgn aksi burung tu, seronok dapat skodeng dia kan?

    ReplyDelete
  3. sedih kalu ingat ko burung ngobok.... budok2 bidah.....sapa putuh palo...cabut kaki....

    loni kalu ambo tengok budok2 bawak lastik memang ambo jerkoh....suruh kelik.....wat nyatnyo burung jah....

    ReplyDelete
  4. what a nature.
    1st time tengok burung ni...
    ^^

    ReplyDelete
  5. kelemahan saya, tak kenal nama2 burung, kalu burung merpati, gagak, kelicap, burung antu tu kenallah, baru tau yg tu burung merbah.. jarang jumpalah..

    ReplyDelete
  6. :kak Rosaliza
    Wa'alaikumusallam kak rosa, biasanya kalo burung merbah bg amaran mcm tu, mmg ada srg yg bdekatan. Dia nk lindungi srgnya dr diceroboh. Tak pn kat mana srg burung ni.

    ReplyDelete
  7. :sayangsayangibu
    Mmg seronok dpt tgk aksi burung ni. Jrg nk dpt peluang utk rakam gmbr masa burung bg amaran ni.

    ReplyDelete
  8. :zul permatang badak
    Kalau dulu, burung merbah, murai, kelicap dn beberapa jnis burung yg hidup di kwsn kg jd sasaran lastik. Skrg ni dh krg kot xtvt melastik burung. Kalau sy jmpa bdk2 yg masih main lastik, sy akn kata kat bdk2 tu, org dh tak main lastik skrg, yg ni org dulu2 je main, bdk2 skrg main komputer..haha..

    ReplyDelete
  9. :Nyzee Crazee
    Burng merbah kapur atau yellow vented bulbul ni msh byk dn di kawssan bndr pn ada burung ni.

    ReplyDelete
  10. :Sari Yusa Ibrahim
    Byk juga la tu knl jnis burung. Ada yg langung tak kenal burung yg ada di Malaysia ni. Merbah ni ada byk jnis spt merbah kapur, merbah mata merah, merbah kepala putih(merbah abu).

    ReplyDelete
  11. ni la mak burung yg ade dlm teka2 hari 2 eh...hehe

    ReplyDelete
  12. Yg ni burung merbah kapur yg lain kot sbb yg dlm n3 sblm ni buat sarang ats pkk inai tepi pkk buluh jepun tu pulak. Dok mgeram skrg ni tp xleh tgk, pkk inai tu agk tinggi.

    ReplyDelete