Wednesday, July 28, 2010

Ubi Kayu

Pokok ubi kayu yang mempunyai pelbagai manfaat untuk kita.


Nama Botani: Manihot Esculenta
Famili : Euphorbiaceae

Pengenalan

Pokok ubi kayu berasal dari Amerika Selatan. Pokok ubi kayu merupakan tumbuhan berbatang rapuh dan mudah patah. Batangnya berbentuk bulat dan bergerigi yang disebabkan bekas pangkal tangkai daun. Bahagian tengah batangnya mempunyai gabus. Pokok ubi kayu biasanya mencapai ketinggian sehingga 4 meter. Ia mudah ditanam dan penjagaannya juga tidak sukar. Pokok ini boleh ditanam menggunakan keratan batang. Ia tumbuh subur di kawasan yang berketinggian 1200 meter dari aras laut. Daun pokok ubi kayu memiliki tangkai panjang dan setiap tangkai mempunyai daun sekitar 3-8 helai. Kulit batang ubi kayu mengandung tanin, enzim peroksida, glikosida dan kalsium oksalat.

Kegunaan

Pada zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, ubi kayu menjadi makanan pilihan setelah bekalan beras sukar diperolehi. Ia juga mnejadi makanan pilihan semasa musim tengkujuh. Ubi kayu boleh direbus, dibakar, digoreng, dijadikan kerepek dan kuih muih tradisional.

Selain ubi yang boleh dimakan, daun dan bahagian pokok ubi kayu juga ada gunanya untuk kita. Untuk merawat reumatik, 5 helai daun ubi kayu dan satu sudu besar kapur sirih ditumbuk sehingga lumat dan ditampal pada tempat berkenaan. Sepotong batang ubi kayu direbus bersama 3 gelas air sehingga mendidih, kemudian ditapis dan diminum dua kali sehari(waktu pagi dan petang) dipercayai dapat meredakan demam. Manakala daunnya yang dilumatkan dan ditampal pada bahagian kepala dapat mengatasi sakit kepala. Air rebusan daun ubi kayu juga dikatakan dapat merawat cirit birit. Pucuk ubi kayu yang dicelur dan dimakan sebagai ulam dapat menambah selera makan. Tangkai daun yang muda ditumbuk halus atau buah ubi kayu yang diparut boleh digunakan untuk luka bernanah.

Kandungan nutrisi bagi ubi dan daun ubi kayu ( per 100 gram ):

Ubi kayu

Kalori 146 kal
Protein 1.2 gram
Lemak 0.3 gram
Kalsium, 33.0 mg
Fosforus, 40.0 mg
Zat besi, 0.7 mg

Daun ubi kayu

Vitamin A, 11000 IU
Vitamin, C 275 mg
Vitamin, B1 0.12 mg
Kalsium, 165 mg
Kalori, 73 kal
Fosforus, 54 mg
Protein, 6.8 gram
Lemak, 1.2 gram
Zat besi, 2 mg

6 comments:

  1. pucuk ubi masak lomak cili api campur sardin sodapppp

    ReplyDelete
  2. Pucuk ubi mmg sdp kalau masak lomak cili api.Celur dn mkn sbg ulam pn sdp.

    ReplyDelete
  3. salam en daun...wah segar bugar pucuk ubi tu...celur cicah budu pun sodap heheheh..pas tu ubi tu rebes gitu n cicah kelapa + gula + garam....sedapnya..tgh lapa lg sedap

    ReplyDelete
  4. En Dedaun,
    Baru tadi beli kuih tradisional, bingka ubi dan lepat ubi untuk minum petang.

    ReplyDelete
  5. :Kak Rosa
    Salam kak rosa,
    Segar sbb kat sini musim hjn.Pck ubi celur cicah budu mmg sdp. Ubi rebus mkn dgn ikn kering pn sdp. Masa musim bah lg best!

    :Kak Nora
    Sdp tu bingka ubi kayu dan lepat ubi(keledek kot) utk minum ptg. Kuih muih tradisional kita tu.

    ReplyDelete
  6. salam semua nk kongsi boleh jika ada sakit darah tinggi atau masalah saraf atau kanser tahap 1 2 3 dan 4 atau cysts dan lain2 penyakit cuba berubat saya mohd zuhairi bin noordin 017 4687570 cuba wasap saya atau call saya..Insya Allah mujarab dan mmpu milik dah bnyk testimoni2 yang dah sembuh tahap 4 dan penyakit2 lain.saya mengunakan pokok2 herba yang terpilih yang penting harga mmpu milik dan berkesan Insya Allah

    ReplyDelete