Tuesday, July 27, 2010

Paku Tanduk Rusa

Pokok paku tanduk rusa yang mempunyai daun seperti tanduk rusa


Nama Botani : Platycerium sp.
Famili: Polypodiaceae

Pengenalan

Pokok paku tanduk rusa atau staghorn fern ini merupakan tumbuhan jenis paku pakis yang menumpang di pokok lain. Ia jenis epifit dan melekap pada dahan atau batang pokok besar yang lain. Pokok ini mempunyai daun yang unik bentuknya iaitu menyerupai tanduk rusa. Terdapat lebih daripada 17 spesis paku tanduk rusa di seluruh dunia seperti platycerium bifurcatum(Australia Timur, New Guinea dan New Caledonia), platycerium andinum(Peru dan Bolivia, platycerium alcicorne (Madagascar), Platycerium grande (Australia, Malaysia dan Filipina) dan platycerium conorum(Malaysia). Pokok tanduk rusa lebih menggemari cuaca tropika tetapi mampu bertahan dalam cuaca di bawah paras beku(-9 Celcius). Pokok ini membiak melalui spora dan pecahan anak.

Kegunaan

Daun tanduk rusa ditumbuk bersama sedikit garam dan ditambah segelas air, ditapis dan diminum pada waktu pagi dan petang dipercayai dapat merawat demam. Untuk mengatasi masalah haid yang tidak teratur, daun paku tanduk rusa dicampur dalam air mendidih dan diminum sebelum kedatangan haid. Daun paku tanduk rusa dan sedikit kapur sirih ditumbuk halus dan ditampal pada bisul dapat merawat bisul.

5 comments:

  1. Salam en Daun....tak sangka ada juga kegunaan pkk tanduk rusa ni...akk ingatkan hiasan semata je....rumah kg ada lg tak pkk ni...mcm tak perasan je nmpk.

    ReplyDelete
  2. Salam kak rosa,
    Ada jg gna pkk ni. Mmg tak tau blh gna utk perubatan tp bila bc info br la tau. Yg kat umah dh lama mati sbb tjatuh dr btg pkk pauh. Ikt smla kat btg tp lps tu trs mati.Dh dkt 20 thn kot umur pkk tu. Dr sebesar 2 tpk tgn lg tnm pkk tu.

    ReplyDelete
  3. Ada kegunaan lain rupanya...
    bukan hiasan semata mata yep?

    ReplyDelete
  4. Setiap pepohon yg wujud di alam ini ada gunanya pd kita. Kalau tak blh dijadikn mknn/minuman dan ubtn, ia bekalkn O2(oksigen) utk kita trs bernafas..

    ReplyDelete