Wednesday, July 21, 2010

Tokke @ Gecko

Tokke atau gecko

Gambar tokke tanpa menggunakan 'flash' kamera

Tokke merupakan spesis gecko daripada famili gekkonidae yang biasa ditemui hidup di atas pokok, celahan kayu, dalam rumah di kawasan kampung dan tepi hutan. Tokke atau nama biasanya, tokek memakan serangga, cicak kecil, tikus kecil dan pelbagai jenis serangga kecil. Nama 'tokke' adalah panggilan bagi penduduk di Langkawi. Tokke mendapat nama kerana ia mengeluarkan bunyi yang agak kuat dan lantang walaupun badannya kecil. Tokke akan berbunyi, "tokkeee...tokkeee.." beberapa kali dalam tempoh tertentu terutama pada waktu malam. Tokke aktif pada waktu malam kerana pada siang ia akan menyembunyikan diri di tempat yang terlindung.

Sedikit kisah mengenai tokke dalam foto di atas:

Ia sebenarnya tinggal bersama-sama kami sejak 5 bulan yang lalu. Entah dari mana ia datang. Memang agak sukar melihat tokke pada waktu siang atau malam kerana ia jenis pemalu dan takut kepada manusia. Malam tadi, ia muncul untuk tunjukkan dirinya seketika sebelum hilang sambil berbunyi, 'tokkee..tokkee..tokkeee..' Tokke ini dibiarkan tinggal kerana ia membantu mengurangkan serangga/binatangyang tidak perlu dalam rumah seperti lipas, tikus kecil dan cicak. Setakat ini ia menjalankan tugas dengan baik walaupun kadang-kadang bunyinya boleh memeranjatkan sesiapa yang tidak biasa dengan bunyi tokke ini. Biarpun ia dikatakan sangat bernilai dalam pasaran sekarang, kami tidak berniat untuk menjualnya biarpun berapa harga yang ditawarkan. Tokke dipercayai mempunyai khasiat perubatan yang sangat tinggi.

Fakta : Tokke seberat 64kg yang dijumpai di Sabah dikatakan dijual dengan harga RM64 juta. Ia dijual mengikut gram. Tokke dalam gambar di atas mungkin mencecah ke RM50,000.00! Ada sesiapa yang berminat untuk beli tokke? Nanti penulis cari tokke yang lain kerana tokke kesayangan kami TIDAK akan dijual..

16 comments:

  1. Sdra Daun,
    Agaknya penyanyi Toki ambil nama daripada tokee, tak? Kalau saya seram juga dengar bunyi 'tokee'. Apa-apa pun jika kita tak ganggu 'dia', 'dia' tak ganggu kita, kan.

    ReplyDelete
  2. Salam en daun...bela ke tokke ni..itulah mahal betul yang kat sabah tu...tapi nmpk cam cicak juga ek

    ReplyDelete
  3. dekat rumah ni ada sekor, besar...mungkin dah lama duk sini kot..kadang terkejut bila tengok melekap je didinding

    ReplyDelete
  4. :Kak Nora
    Hehe..Toki tiru nama tokke sbb dia pn asal dr Kedah. Sebutan lain sikit.Mmg tokke ni pemalu dn jinak, ia tak ganggu kita kecuali rasa dirinya terancam.Ia akn menggigit!

    ReplyDelete
  5. :Rosaliza
    Salam kak rosa, tokke ni tak bela tp dia dtg tmpg umah cr mkn je. Tokke spesis gecko(cicak)besar tp bkn biawak.

    ReplyDelete
  6. :sayangsayangibu
    Besar mana tokke tu? Kat sana org pggil apa ye? Rasanya kalau dh bsr, suaranya msti lantang dn kuat. Blh terkejut kita dibuatnya. Yg dlm foto tu br sbesar lengan bby tp bunyinya mengejutkan kita.

    ReplyDelete
  7. ohhh besarnya tokke kat umah en daun tu...ymah akk ada besar juga, tapi jrg2 muncul...akk panggil cicak gergasi je..masa akk mula2 duk umah ni dia mmg dh ada....last akk tgk sebesar ibu jari kaki org tua...tgk pun takut juga....tapi tak bunyi tokke3x gitu..agaknya cicak besar kut

    ReplyDelete
  8. Tokke tu msh remaja lg. Blh mbesar mcm biawak tp jrg nk ada. Yg sebesar lengan org dewasa tu ada. Cicak yg kat umah akk tu bkn spesis gecko ni kot.Kalo tokke msti bnyi kuat.

    ReplyDelete
  9. nk g langkawi lah culik tokke ni..
    blk jual kt penang...

    ReplyDelete
  10. Mai la culik tokke tu kalo berani nk pgg. Msti geli sbb mcm cicak. Dh tu besaq. Tokke ni jnsi pemalu, pyh nk tgk kcuali nsb baik je. Satu lg, tokke akn mgigit utk mpertahankan diri jika ditangkap. Dn gigitan hnya dilepas bila ia dilepaskn kmbli.. Berani ke nk culik?? Ngahaha...

    ReplyDelete
  11. huhu...jadi2....
    demi RM50K..
    kayanye...hehe

    ReplyDelete
  12. Mai la kalo nk. Nti abe tunjuk tmpt yg ada tokke sebesar betis. Alla tgkp la ye.. RM100K pn dpt tu.

    ReplyDelete
  13. saya ada banyak tokke berat 100gram - 200 gram.. berminat hubungi saya 012-7415714

    ReplyDelete
  14. Kna tggu brt bertambah skt lg br hrganya lbh mhl.

    ReplyDelete
  15. tokke 450gram ke atas saya mahu beli harga 500k keatas talifon saya 0127415714

    ReplyDelete
  16. kalau ada yang nak jual atau beli tokke hubungi saya da talian 0127415714, cepat kerana harga tokke semakin susut... terima kasih..

    ReplyDelete