Wednesday, July 21, 2010

Gelenggang

Gelenggang biasanya tumbuh liar di kawasan yang lembab.


Nama Botani : Cassia Alata
Famili : Caesalpinaceae

Pengenalan

Gelenggang adalah tumbuhan renek yang tumbuh secara meliar di kawasan terbiar terutama kawasan berdekatan dengan air seperti sungai, sawah padi dan paya. Ketinggian pokok ini mencapai sehingga 7 meter. Pokok gelenggang mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning. Apa yang menarik, dedaun pokok gelenggang ini akan 'rehat' (tertutup) pada waktu malam. Buahnya dalam bentuk lenggai.

Kegunaan

Daun gelenggang telah digunakan sejak lama dahulu untuk mengubati kurap dan panau. Daun gelenggang yang segar dihancurkan, dicampur dengan sedikit minyak tanah dan dilumurkannya pada tempat yang berkenaan. Daun pokok ini juga dikatakan boleh digunakan untuk hilangkan jerawat.

2 comments:

  1. Salam en daun....daun gelanggang n pkk dia mmg bayang kegunaannya...akk ingat masa kecil2 dulu org tua selalu masak kulit gelanggan ni ngan apa akk tak ingat la pulak...di guna utk kudis n gatal2, memang mujarab. Bunganya tak ada ke...cantikkan kaler kuning gitu

    ReplyDelete
  2. Salam kak rosa,
    Pkk gelenggang byk kegunaan tp dh x igt.Yg igt org gna daun cmpur myk tnh utk ubt pykt kulit. Dh lps bbunga pn pkk dlm gmbr tu.

    ReplyDelete