Monday, July 29, 2013

Kebun Kecil Tepi Pagar - Kerja Menuai Yang Perlu Rilek Brader!

Sejak ada kebun kecil dengan tanaman yang pelbagai dalam satu, inilah tuaian yang perlukan kesabaran dan tumpuan penuh. Bak kata Art Fadzil dan Imuda kena Rilek Brader... Nak tuai cili kecil kita kena tengok dan pilih yang betul-betul masak di antara ratusan buahnya. Cili ini tak boleh dituai dengan menarik buahnya begitu saja, kita kena pegang ranting pada pangkal tangkainya. Jika sentap begitu saja, bukan buahnya yang kita dapat tapi dengan rantingnya sekali. Maka, kedua-dua belah mesti bekerja pada masa yang sama. Sebelah pegang buah, sebelah lagi pegang rantingnya. tak boleh main-main, kena serius..hehe..
  
Buah cili masak perlu dipilih kerana ada di antaranya busuk/rosak. Yang elok, masuk dalam bekas, yang rosak, buang. Bukan itu saja, kita perlu belek-belek di sebalik rimbun dedaunannya kerana pasti ada buah cili masak yang terselit. Untuk menghabiskan kerja menuai cili kecil ini, kaki terasa lenguh, belakang pun sakit tapi puashati sebab dapat hasil yang segar hasil penat lelah sendiri.

Cili besar seperti ini mudah untuk dituai. Kita cuma perlu tarik pada bahagian hujung buah ke atas dan tangkainya akan patah dengan sendiri. Cili yang mudah dituai adalah cili solok, cili kulai, cili panjang merah dan hampir semua cili bersaiz besar.


32 comments:

  1. cili padi jenis ni yg paling malas nak kutip hehe..kecik2..biasanya saya patahkan dgn rantingnya sekali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cili ni buahnya kecik2 tapi pedas berasap telinga. Nak mengutip kena sabar sbb sayang nk patahkan rantingnya.

      Delete
  2. Cili padi tu memang letih nak petik tapi saya suka masak guna cili camtu.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan saja letih nak petik tapi lenguh kaki dan belakang sbb kena duduk dan terbongkok2..hehe.. Cili ni mmg ok utk dijadikan sambal atau dimasukkan dlm masakan.

      Delete
  3. salam en adry, lebatnya cili tu...guna Baja apa tu? cili kat rumah saya jarang2 je buah dia....pokoknya plk selalu kena serang dgn semut merah...nak buat mcm mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam @na,

      Sehingga kini saya tak gunakan sebarang baja utk pokok pada peringkat ia mengeluarkan hasil. Baja hanya digunakan semasa anak pokok membesar, itu pun jika pokok kelihatan kemetot(tak nak membesar dgn sihat dan kuat). Cili biasanya ambil masa lama utk berbuah lebat. Pada peringkat awal, bunga yg mekar akan gugur. Jgn sedih dan kecewa krn selepas itu ia akan mengeluarkan hasil dalam tempoh yg agak lama.

      Pokok cili kena dgn semut merah? Semut biasanya tak merosakkan pokok yg dah besar. Mungkin ia ada hubungan dgn aphid. Semut dan aphid ni bersimbiosis dan saling memerlukan.

      Delete
  4. AsSalam adry,
    Kak t suka sgt cili yang kecil-kecil tu. Di kampung adik tanam tepi dapur, memang lebat buahnya. Kadang2 nak petik hulur tangan ikut tingkap ( kes malas ni..hihi)itu utk sekali sambal la, tapi kalau nak petik banyak kena bw bangku, tak larat bongkok2 ( kes malas gak ni...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusallam kak t,

      Kak t suka mkn yg pedas2 la ni ye. Tanam tepi tingkap dapur, senang la nak petik buah..tak payah keluar jauh2 kan. Baru boleh mkn cili yg betul2 segar. Saya ada lapan pokok cli ni, semuanya berbuah lebat. Nak habiskan semua rasa lenguh betis dan belakang. Tapi berbaloi tanam cili kerana harganya mahal sekarang.

      Delete
    2. kak t memang suka pedas, kalau mkn tak pedas rasa macam ada yang tak kena. Kakak pengusaha kantin tempat kerja kak t pun cukup faham feel makan kak t. Kalau hari tersebut tak de sambal, dia akan buatkan cili kicap khas utk kak t...(terima kasih kakak kantin...)

      Delete
    3. Kalau mkn yg biasa2 dan tak pds kak t ok tak? Atau mmg kena ada yg pds2 tu? Baiknya kakak kantin tu...siap buat cili kicap utk kak t.

      Delete
    4. Ikut keadaan, kalau bertandang ke rumah orang, makan apa yang dihidang. Kalau masak sendiri, confirm ada pedas, kalau ke gerai tengok menu, sambal tumis kurang suka.

      Delete
    5. Makan kat rumah orang, kita tak boleh minta mcm2, kena makan apa yg dihidang kan.. Sambal tumis yg pedas2 ok tak?

      Delete
    6. Kalau sambal tumis udang campur petai, orait

      Delete
    7. Sambal tumis petai dengan bilis dan sotong antara kegemaran saya. Kalau tumis bersama udang memang tak boleh makan..

      Delete
  5. salam che adry..
    wah sempat masak semuanya yer..merah berseri gitu..cili nie mcm yg kat umah nie..cili hutan..tp benci betul part nak menuainya..satu persatu mmg letih..nak makan pun kalau 3,4 biji tak cukup ..kena segenggam baru puas..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusallam ummu,

      Pada peringkat permulaan, cili ini tak sempat merah dan ia hilang begitu saja. Saya hairan, ke mana perginya buah cili kat pokok. Akhir dapat bukti, buah yg masak dimakan burung. Ada kesan gigitan paruh pada buah yg masak. Sekarang ni, burung2 dah tak larat nak makan sbb buah terlalu byk dan ada 8 pokok semuanya. Nak menuai cili kecik ni mmg mencabar, ambil masa yg lama utk tuai semua yg masak. Lenguh dan sakit tu memang terasa tp takpa, puashati dpt makan cili segar. Buh dalam budu pun kena byk biji utk bagi rasa pedasnya.

      Delete
  6. Assalammualaikum Adry,
    wow hebatnya cili padi tu.Saya harap akan memiliki kebun cili macam ini, berbuah lebat tanpa gangguan makhluk perosak.Alhamdulillah.zinnia tak tak idup ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusallam cikgu,

      Cili ni pada peringkat awal ia tak berbuah lebat biarpun pokoknya subur tapi setelah tiba masanya, buahnya kelaur dgn byk. Serangan serangga perosak blh dikawal tapi penyakit kerinting daun yg jadi masalah besar kpd tanaman cili.

      InsyaAllah saya akan buat entri khas utk pokok2 dari bumi di bawah nanti.

      Delete
  7. Geramnya tgk cili ni, lebatt.... Comely lak tu, buat smbl belacan mesti berasap telinga kan... Hehehehe


    Selamat hr raya maaf zahir batin buat en adry n keluarga in advance... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cili ni mmg jenis lebat tapi saiznya kecik2. Pedasnya tak padan dgn kecik, nak buat sambal belacan kena buh banyak2.

      Selamat hari raya juga buat Melati Qistyna's Mummy sekeluarga.

      Delete
  8. Jelesnyer syaa tengok.. saya dah ebberapa kali (3 kali) tanam pokok cili. tp semua tak menjadi. sama ada kena serang hama atau tetiba jadi layu dah mati. tension betul. last last saya terima hakikat pokok cili tak serasi dengan saya :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jeles tgk cili ni, kena la cuba lagi tanam cili. Tak blh putus asa dan mengalah. Cili ni sebenarnya paling sukar semasa peringkat semaian biji benih. Bila dah bercambah, ia lbh mudah dijaga. Cili yg tiba2 jadi layu tu tu mungkin disebabkan cuaca, baja, serangan serangga perosak.

      Delete
  9. Replies
    1. Cili kecik ni lebat buahnya sampai lenguh nak mengutipnya. Lps ni kena tanam sepokok dua je.

      Delete
  10. SALAM. SAYA SUKA JUGA MENANAM, TETAPI TAK SEMPAT2 LAGI MASA INI..ASYIK DOK MENULIS BLOG SAHAJA....MENCARI DAMAI DILANGITMU (MDLM) DAN DIA YANG TERSEMBUNYI (DYT). DULU HAJAT NAK TANAM TERONG, CILI, KACANG PANJANG...TAK JADI2 LAGI..MUJUR ADA BLOG EN ADRY..BOLEH TUMPANG TENGOK2 SEJUKKAN MATA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam Abah Z,

      Dah ada hajat nak berkebun tu boleh teruskan, InsyaAllah akan mampu laksanakan. Saya pun berkebun sbg hobi dan bukan setiap hari dapat jenguk kebun kecil biarpun dapat memandang dari kejauhan. Tumpang tgk sayuran kat sini tu boleh tapi tak dapat rasa sayuran segar dari hasil usaha kita sendiri.

      Delete
  11. berbakti pd tanah xkan sia2.. :D..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sia2 berbudi kepada tanah, kita dapat hasil, badan pun sihat.

      Delete
  12. Replies
    1. Cili ni subur mungkin kerana tanahnya jenis subur. Saya tak buh baja, ia cuma membesar dgn menyerap nutrien asli dari tanah.

      Delete