Friday, May 24, 2013

Ulat Gulung


Entri ini dibuat atas permintaan salah seorang pembaca blog Dedaun Alam suatu ketika dulu. Katanya, dia sudah lama tak melihat ulat gulung pada daun pisang. Ini komen pembaca tersebut yang hanya dikenali dengan nama Aza Mars, "jarang jumpa ngan kumbang nih~~jgn la dipupuskannya.. lagi satu aku dh tak pernah tgk katak pisang,kodok ngan ulat yg ada kt daun pisang yg brgulung---kalu ada pn aku jumpa gulungan daun pisang yg brgulung..."

 Ini pula respon saya kepada komen beliau, "Sekarang dah makin sukar untuk jumpa kumbang pengorek lubang ni. Rekabentuk rumah dah banyak guna konkrit dan pasang siling, kumbang nak korek lubang buat sarang dah tak boleh. Terpaksa cari pokok/dahan mati utk teruskan kelangsungan hidupnya. Ulat yang gulung daun pisang tu memang dah lenyap kat tempat saya. Daun pisang yang saya tanam tiada satunya yg digulung oleh ulat. Mungkin rama2 yang bertelur di daun pisang dah berkurangan."

 Dua minggu lepas saya terpandang ada gulungan pada daun pisang yang ditanam. Sahlah ulat gulung masih wujud biarpun tak banyak. Kepada sesiapa yang rindu nak tengok ulat gulung, boleh tengok kat sini ye. Ada tak rakan-rakan maya yang tak pernah lihat ulat gulung ni?

17 comments:

  1. Lama tak tengok daun pisang bergulung camni..
    kat umah bonda pun daun pisang suma cantik2 ajer..jagaan rapi..
    Kena tunjuk sekali tu, hasil post mortem dalam gulungan daun pisang tu..kot2 dah jadi lepat ke hapa haha

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak tgk daun pisang yg kena gulung dek ulat ni. Ingat kot rama-rama yg beranak ulat penggulung daun ni dah pupus. Ada tuan dia kat dalam tu. Kalau buat post mortem, rosak umah dia yg digulung cantik tu. Kat pokok pisang ada dua biji je umah ulat gulung ni.

    ReplyDelete
  3. salam che adry..
    yang selalu tengok tuh cuma gulungan luar jer...yg dalam gulungan tuh agak seganlah sikit nak intai tengok..hehehe..nanti amek gambar katak pisang lak yer...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam ummu, kita nmpk gulungan daun je. Nk tgk tuan gulungan tu kena buka baru blh nmpk ulat tu. Katak pisang saya tak penah jumpa kat sini. Katak puru ada la.

      Delete
  4. Replies
    1. Ulat ada dlm umah dia tu. Kalau nk snap gmbr dia kena buka gulungan tu. Rosak la nti.

      Delete
  5. Salam...saya pun dah lama tak tengok ulat gulung tu. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam, saya pn dah lama tak tgk daun pisang yg kena gulung mcm ni. Rama2 yg bertelur dn menetas ulat gulung semakin berkurangan kot.

      Delete
  6. Eeeeee...ulat tu mesti menguit2 kehijauan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...ulat ni kecik je saiznya tp blh pulak dia gulung daun mcm tu.

      Delete
  7. masa sy kecik2 dulu, sy suka kait daun yg bergulung. Pastu leraikan gulungan dan ambik ulat beluncas/daun yg gemok tu. Campak kat pasri. Suka tau ikan keli kat parit2 tu suma.. mengeletik menyambar ulat. Rie JB

    ReplyDelete
  8. Hehe..saya geli nak pegang ulat tu.
    kalau gulungan terlalu byk pada daun pisang, selalunya ia akan dilenyek dalam gulungan tu saja.

    ReplyDelete
  9. Lama betul tak tgk daun pisang gulung2 mcm ni, kalo jaman dulu suka sangat buat xperiment, amik daun pisang ni pas tu buka tgk ulat lembik ada kat dlm tu, pas tu tak ingat dah buat apa ngan ulat tu heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak-agaknya akak berani tak nak buka gulungan daun pisang yg mcm ni skrg? Org yg tanam pisang akan musnahkan ulat gulung ni sbb ia merosakkan daun dalam skala besar, tak padan dgn saiz ulat yg kecil.

      Delete
  10. X penah lihat Dan tau pon... Tksh ken sudi berkongsi

    Ulatnya rupa cemana lak? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulat gulung ni sinonim dgn pokok dan daun pisang. Biasanya ia akan menggulung daun pisang utk jadikan kepompongnya. Ulat ni kaler hijau, nk ambik gambar hari tu takut org geli nk tgk pulak.

      Delete