Monday, April 15, 2013

Siput Tenggiling



Kali ini Dedaun Alam perkenalkan sejenis hidupan laut yang kurang dikenali dan pastinya ramai di antara kita yang belum pernah lihat spesis moluska ini. Saya sendiri kali pertama jumpa dan lihat siput yang dikenali dengan nama siput tenggiling. Masa mula-mula terpandang dari atas jeti pada ketinggian kira-kira 5 meter, saya ingatkan anak penyu yang naik ke atas batu untuk berehat. Bila lensa kamera dihala dan dizoom, baru saya sedar ia bukan anak penyu dan buat kali pertama saya lihat hidupan laut yang unik ini. Mengikut kata orang yang berpengalaman mengenai hidupan marin iaitu ayah mertua saya, siput tenggiling ini boleh dimakan dan rasanya sedap. Siput mendapat nama tenggiling kerana ia akan menggulung badan seperti tenggiling untuk mengelak ancaman musuh. Siput tenggiling dalam foto ini bersaiz sebesar tapak tangan orang dewasa. 

22 comments:

  1. sy pun pertama kali nampak, itu pun dlm blog (blog ni la), wow! besonya kalau beso tapk tangan-mesti puas makan walau sekor

    ReplyDelete
  2. sblm baca td ingatkan siput yg makan daun. hehe.....

    ReplyDelete
  3. Assalam En. Adry.. saya pun pertama kali tengok ni.. ingatkan siput makan sayur.. saya rajin juga meneliti hidupan laut .. memang belum pernah jumpa yang ini

    ReplyDelete
  4. bahagian bawah siput ni macam carpet..sy tgk ingatkan siput perosak..nampak kecik..besar jugak rupanya...

    ReplyDelete
  5. kalau besar tpk tangan...isi siput mesti banyak...nmpk mcm kecik je...

    ReplyDelete
  6. @smRose
    Sblm ni saya tau siput tenggiling ni ada. Bila terpandang trs snap gmbr sbb igtkan anak penyu..hehe..

    Sama spt spesis siput lain, yg besar tu cengkerangnya saja, isinya mungkin sedikit.

    ReplyDelete
  7. @zamzurina zulakfli
    Siput ni dah otai kot sbb tu saiznya besar.

    ReplyDelete
  8. @Rini
    Siput ni tak makan daun tp org yg makan dia.

    ReplyDelete
  9. @suka suka
    As salam kak mar,
    Sama spt saya, ni kali pertama lihat siput yg unik bentuknya. Bila tnya org yg ada ilmu ttg hidupan laut, baru saya tau ianya siput tenggiling dan blh dimakan.

    ReplyDelete
  10. @nadia rashid
    Bahagian tepi yg mcm karpet tu siput guna utk melekapkan badan pada batuan. Ia nmpk kecik sbb berada di atas batu besar yg ditambak utk binaan jeti. Cuba nadia perhatikan saiz teritip yg berada di sekitar siput tu. Saiz teritip nmpk kecik2 kan.

    ReplyDelete
  11. @hitomi lavender
    Siput tenggiling ni blh dimakan. Org yg biasa mkn, kata isinya sedap. Ia blh dimasak dan dijadikan kerabu.

    ReplyDelete
  12. @ @na
    Saya tak pasti isnya byk atau tak tp rasanya ia spt jenis siput lain yg besar pd cengkerangnya. Siput ni leper je bentuknya. Yg nmpk kecik tu @na blh baca komen saya utk nadia.

    ReplyDelete
  13. @nadia rashid
    Saiz siput ni besar sbb tu saya boleh lihat dr tmpt tinggi. Kalau kecik2 pastinya saya terlepas pandang.

    Saya biasa lihat siput yg sebesar paha dijual di pasar basah kat sini. Nk beli pun rasa takut sbb cengkerangnya saja dh berat amat. Nk masak lagi payah kot sbb cengkerang yg tebal.

    ReplyDelete
  14. Pertama kali tgk,terima kasih en.adry sebab sudi kongsi info. Rupa mcm kura2 tp panggil siput.....rupa sangat skeri nk makan. (geli)

    adakah haiwan ini juga mengalami cross pollination antara penyu dan siput? .....hehe. Bergurau saja en.Adry. :)

    ReplyDelete
  15. Saya pun sama, ni kali pertama tgk hidupan laut yg unik ni. Sblm ni mmg tak tau ttg kewujudannya sehinggalah terpandang siput sedang berehat/makan atas batu. Rpa mcm kura2/penyu tp dia takdak kaki dn bergerak spt siput2 yg lain. Siput ni kalau nk makan kena isi dr cengkerang dulu kot sbb saiznya yg besar.

    ReplyDelete
  16. Assalam. Terima kasih, lihat kali pertama. Besar saiznya. Kalau dilihat pada rupanya, bagi yang tak biasa, mungkin juga berasa takut hendak memakannya.

    ReplyDelete
  17. As salam cikgu,
    Saya juga sama seperti cikgu, ini kali pertama lihat siput yg dikenali dgn nama siput tenggiling oleh org tempatan. Rupa siput mmg nampak menakutkan tapi bila nak jadikan sebagai masakan, isinya dikeluarkan drp cengkerang.

    ReplyDelete
  18. Siput yg dlm foto ni sebesar tpk tgn kita. Agak besar sbb blh nmpk dr atas jeti Awana. Mula2 nmpk igt kot anak penyu..hehe..

    ReplyDelete