Thursday, December 27, 2012

Kebun Kecil Tepi Pagar - Setelah 12 Hari (Ep. 1)

Setelah 12 hari kebun kecil ditinggalkan tanpa sebarang penjagaan, inilah yang berlaku. Rumpai tumbuh meliar sampai tak nampak rupa kebun. Biasanya tuan kebun merumput 3 hari sekali tapi kali ini tuan kebun bercuti selama 12 hari. Balik rumah terus jenguk kebun, tengok pokok bendi singa bengkok sebab tak larat nak bawa buahnya yang banyak dan berat.  Buah bendi emas tua di pokok.  Ada kisah yang membuatkan tuan kebun sedih dan ada juga yang menyenangkan hati. Kisah 12 hari ini akan bersambung ke episod seterusnya.

10 comments:

  1. alamak kisah bersiri ke.....ni yg suspen nk baca ni. 12 hari,12 kisah bersiri la ya en.adry....heheh

    ReplyDelete
  2. salam che adry..
    taklah teruk sanat lagi tu nampaknya...sepagi jer che adry kerjakan bereslah tuh..yg kebun sy nie dah jd sarang jin daaa...

    ReplyDelete
  3. Salam en adry,,,wah..sayuq rumput ja yg byk ni ha..hehe..cerita ni to be continue la ni ya?ha xpa..sya tnggu nk bca ni..:D

    ReplyDelete
  4. @Ibu Qistina
    Kisah ni kena buat bersiri sbb ada episod duka dan happy. Nk buat 12 episod tu blh tp lmbt habis la pulak, saya kena buat kompilasi episod..hehe..

    ReplyDelete
  5. @ummuaidan
    Rumpai yg tumbuh dan kerosakan yg berlaku tak teruk sgt. Rumpai tu saya blh bereskan sepagi je kot. Saya tgk kebun ummu yg kena taufan lagi teruk sbb byk pkk sayuran yg termusnah. Dugaan dlm berkebun tu ummu, kena sabar la ye.

    ReplyDelete
  6. @hitomi lavender
    As salam Yana,
    Rumput dh byk yg tinggi, saya tinggalkan kebun selama 12 hari. Blik rumah tgk kebun dah mcm semak..hehe.. Ada smbgn episod lepas ni.

    ReplyDelete
  7. Assalam En daun, mcm tinggal sebulan dh rupa kebun tu ya, ni baru 12 hari, cepat je rumput rampai tu naik n hidup subur je. Akk rasa la En daun xleh bela ayam itik, nnt tak boleh balik kampung, asyik teringat kat ayam itik je.

    Apalah perkisah suka dan duka di sebalik kebun ini, akk nmpk pkk jagung tu elok subur je

    ReplyDelete
  8. Lahai sian kebun tinggal 12 hari. Mabok rumpai dah rupa kebun tu. Patut ler senyap seribu bahasa.

    ReplyDelete
  9. @EmbunRosaliza
    Tu baru cuti 2 minggu, kalau sebulan dah jadi semak samun la kot. Ayam itik tak bela kot sbb pyh nak jaga.
    Ada kisah suka dan duka, nak upadte sat lagi.

    ReplyDelete
  10. @AbbotCottage
    Hehe..kebun mabuk rumpai sbb tuan dia tak dak nak merumput/buang rumput tu. Bila tuan dah ada, blh la cerahkan semula rupa kebun kecil tu.

    ReplyDelete