Thursday, October 11, 2012

Kebun Kecil Tepi Pagar - Tuaian Pertama & Senyuman

Ini yang membuatkan tuan kebun tersenyum, putik dan bunga betina petola ular. Bunga-bunga yang keluar sebelum ini semuanya jantan.

Pokok ulam raja yang ditanam menggunakan pucuk telah berbunga. Bunga-bunga ini akan menghasilkan benih dan lebih banyak pokok ulam raja boleh ditanam selepas ini.

Tuaian pertama bendi singa. Daripada 10 biji benih yang disemai, 9 bercambah dan membesar, 5 pokok dah berbuah. 6 biji bendi segar dari kebun. Yang penting ia bebas racun dan organik. 2 biji buah bendi sulung tak dituai, nak simpan sebagai benih.

Semaian pada 04/10/12 dah bercambah. Antaranya peria, labu botol, petola segi, kacang botor dan yang kecil-kecil adalah anak kailan. Biji benihnya tertumpah,  kutip dan tabur dalam bekas ini. Kailan ini adalah semaian kali ketiga.

Cili hutan yang disemai menggunakan biji daripada buah segar.

20 comments:

  1. Salam en. adry,Tahniah..tahniah..tak sia-sia berajin2 berbudi pd tanah..hasilnya 1 family dpt merasa
    rsnya bendi tuh sama ngan bendi saya kat kebun..bendi singa kan..

    ReplyDelete
  2. singgah sini... salam kenal.. :) follow terus, bley tengok pokok membesar.. seronok tengok org bercucuk tanam menjadi...

    ReplyDelete
  3. Wow,en.Andy punya bendi menyinga cantik....sedap buat masak kari ke...masak asam pedas ke.

    ReplyDelete
  4. tak sabar nak tengok buah cili hutan, ambil kat mana benihnya tu.....?

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah...bagusnya berbudi pd tanah dpt hasilnya :)

    ReplyDelete
  6. seronok tgk hasil kebun org, akk tanam ok je naik, tapi kalo tanam, cili biasa x sempat berbuah, pokok mati. bestnya dapat singge bendi segar dr ladang. msk apa bendi tu

    ReplyDelete
  7. saya agak musykil ni bile tetamu datang selalu kata pokok ulam raja saya gemuk sangat (tingginya sudah sama tinggi dengan saya). sebenarnya berapa lama baru dia mula berbunga dan hasilkan benih ye?

    ReplyDelete
  8. @ummuaidan
    As salam ummu,
    Terima kasih.. Mmg tak sia2 bila kita berbudi pada tnh. Bendi tu dh dua kali tuai, ianya jenis bendi singa baka F1. Tangkai daunnya daun wanra kemerahan. Buah bendi ni saiznya agk besar.

    ReplyDelete
  9. @JaSSNaNi
    Terima kasih singgah dn folo. Saya dh lama folo blog JaSSNaNi. Bertanam ni sbg hobi yg sihat.

    ReplyDelete
  10. @Ibu Qistina
    Alhamdulillah, tuaian pertama bendi singa wlpn tak byk tp puashati. Bendi nio blh masak mcm2 cara. Plg mudah, potong2 dn mkn sbg ulam tnpa dicelur.

    ReplyDelete
  11. @zul permatang badak
    Cili hutan ni ayah mertua saya ambik pokoknya kat hutan sbb tu namanya cili hutan. Dia tnm pkk tu kat rmh, saya buah yg masak dn semai bijinya. Buahnya kecil2 tp pedas berapi.

    ReplyDelete
  12. @CT
    Berbudi pada tnh ni InsyaAllah ada hasilnya. Skrg sdg tmbh jumlah tanaman dlm kebun kecil.

    ReplyDelete
  13. @Embun Rosaliza
    Akak pn jenis tgn sejuk tp cili ni antara tanaman yg pyh nk jaga. Ada org kata, kalau berjaya tnm cili tu dpt lesen sbg petani la. Bendi yg kutip kali pertama mkn sbg ulam je. Yg kedua masak kari... Sedappp!!

    ReplyDelete
  14. @wani sc
    Ulam raja yg wani tnm tu kat tnh subur. Ia blh meninggi sehingga 2 meter iaitu mengatasi ketinggian wani..hehe.. Biasanya pkk ni akan berbunga dlm tempoh 2 atau tiga bln slps ditanam. Ulam raja yg saya tnm ni cpt berbunga sbb ia ditanam menggunakan pucuk. Pucuk yg membsar ni masih ada sambungan hyt drp pkk induk. Hari ni dah ada biji benihnya yg belum tua.

    ReplyDelete
  15. memang boleh tersenyum puas bila melihat hasil bumi hijau yg kita sedang lakukan
    tp sya sekarang sudah berpatah arang dgn tanaman
    mungkin kerana kesian dgn pokok tu sebab terbiar tanpa pembelaan
    yg tinggal sekarang serai dan kunyit serta pandan yg ada beberapa helai daunya sedih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa puas hati bila tgk hasil tnmn kita sendiri. Sya blh cuba lagi, jgn la berpatah arang. Mana tau lps ni ada hasilnya dgn sdkt usaha.

      Delete
  16. Replies
    1. Saya br je mula bertanam, hasil pn tak byk tp seronok sbb dpt kutip hasil drp tanaman sendiri.

      Delete
  17. besaunya brendi..hehe..pokok padi x berbuah lagi?hehe

    ReplyDelete
  18. Bendi singa ni mmg jenis besar dn gemuk2. Padi tu dh mkin besar tp berbuah tu lmbt lagi, biasanya padi berbuah slps tiga bln ditanam.

    ReplyDelete